Sah 1 Mcat Official Production Partner

1 Mcat Official Production Partner. Alhamdulillah

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa bikin tu? Tengah pilih nak pakai baju merah ke putih? Haha

SERUM MAWAR ZEETA 

Ok. Nak cerita sikit pasal semalam. Semalam aku dan Team Raksasa Manja turun Meeting kat Selayang untuk berbincang tentang program 1Mcat Art Bazaar.

program 1mcat art bazaar 2016
1Mcat Art Bazaar tahun lepas. sumber
Korang nak tau? Semua lampu motor aku kat belakang (lampu utama, signal kiri kanan) terbakar. Balik pulak pukul 2 pagi. Korang rasa? Tak ke aku seram je sepanjang jalan sebab belakang aku gelap.

1Mcat Art Bazaar program Balai Seni Visual Negara

Ok. Tutup cerita pasal tu. Ni aku nak cerita pasal program 1Mcat Art Bazaar yang dianjurkan oleh Balai Seni Visual Negara 26-27 November 2016 ni. Alhamdulillah. Penganjur berminat untuk menjadi Team Raksasa Manja sebagai Official Production Partner dorang.

Satu penghargaan yang boleh aku katakan amat besar untuk Raksasa Manja. Sangat besar untuk satu Production kecil macam kitorang ni.

Terima kasih kami ucapkan pada pihak Balai Seni Visual Negara kerana sudi memberi peluang ini kepada kami. 

1mcat art bazaar 2016 balai seni visual negara
Poster rasmi 1Mcat Art Bazaar 2016. Terselit logo Raksasa Manja di situ. Aumm.
Jadi, kesempatan ni aku ingin menjemput kawan-kawan semua untuk terjah Balai Seni Visual Negara, Jalan Tun Razak Sabtu dan Ahad ni.

Dan! Dan!

Team Raksasa Manja termasuklah frankie N dino akan berada kat sana. Jangan lupa terjah Booth Raksasa Manja kat sana! 

Dalam masa yang sama, frankie N dino akan jadi Dj kat sana nanti!

raksasa manja di 1mcat art bazaar
frankie N dino

Dan pastinya akan ada beberapa aktiviti menarik akan kitorang buat di Booth kitorang nanti! Jumpa sana! Assalamualaikum


RAKSASA MANJA

4 comments.. read them below or add one

Rozita Ceritaita Rozita Ceritaita 23 November, 2016
bestnya!!! kalau dekat dah gi dah..
Cik Lily Putih Cik Lily Putih 23 November, 2016
wow menarik ni.. rasa nak pi plak
Unknown Unknown 23 November, 2016
hehehe, mai je cik lily.. macam2 ada kat sana tu.. hehe
Unknown Unknown 23 November, 2016
hehehe. mai lah.. setahun sekali je ni