Jumpa Ceo Company Besar Yang Super Sporting Dan Friendly

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Alhamdulillah diberi kekuatan untuk meneruskan penulisan demi penulisan kat blog aku ni.

Ok. Mungkin ada yang tau apa program aku hari ni. Dan mungkin ada yang tak tau. Ok, kalau aku taknak bagitau macam mana? Tapi aku nak bagitau jugak. Aku kan bongkak, takbur dan riak orangnya.. dahlah kacak pulak tu.

SERUM MAWAR ZEETA

Ok. Hari ni aku dengan Buddy aku yang Sporting orangnya, Datuk Seri Tun Risham, (Hahaha. Jangan marah bro. Nanti kena jual,) pergi terjah seorang Ceo satu Company Construction yang sangat gah dan kukuh kat Kampung Baru untuk Presentation satu wadah yang sangat Cool dan canggih.. tapi.. sebenarnya kitorang salah Department.

Tapi takpelah, nanti kitorang akan terjah Department yang setepatnya.

Bukan tu yang aku nak ceritakan. Tapi betapa Super Sporting dan Friendly malahan Friendster betul CEO yang sorang ni.

Sebelum ni dah berurusan beberapa kali dengan Ceo Company ni memohon pinjaman untuk bekas Company aku dulu. Rundingan bukan dengan beliau seorang je. Tapi dengan konco-konco beliau yang jugak sangat Sporting jugak.

Posing Cool dari My Buddy Mr Datuk Sri Tun Risham, Puan Sharifah dan konco kanannya Puan Jalia.
Sebelum aku kenal dorang, aku agak goyang gak nak Meeting For The First Time dulu. Takut gak kalau-kalau dorang ni garang orangnya. Macam yang biasa tengok kat drama-drama Melayu kat tb3 tu.

Tapi aku takde pilihan sebab Ex Boss suruh pergi kan. Berpeluh-peluh Bisep dengan Six Pack aku dulu. Tapi lepas jumpa, MashaAllah. Betapa Humblenya Puan Sharifah dan jugak konco-konconya tu.

Seriously, aku tak rasa gemuruh. They Are Really Sporting And Friendly Like A Song. Seolah-olah dah lama kenal.

Satu-satunya Pose Korporat yang aku tau selama 17 tahun aku hidup ni. Aku nampak seolah-olah seorang pelabur saham yang sangat berkaliber kan.
Ok. Setakat ni je lah. Aku nak pergi jumpa Datuk Sri Tun Risham. Nak bincang Next Step. Aku harap Ceo Department Construction pun Friendly jugak macam Puan Sharifah dan konco-konconya ni. Ngeh Ngeh.

Assalamualaikum. Owh lupa. Den pinjam gambo bro ye buat naik dalam blog ni bro Risham! Arigato Gozaimas!

RAKSASA MANJA

Jumpa sahabat Blogger tak pepasal tadi. hehe. Alhamdulillah. Bertambah sorang lagi kenalan blogger.

2 comments.. read them below or add one

Nadia Johari Nadia Johari 24 November, 2016
ambilgambar kepala jangan gitula..hahaha
Unknown Unknown 24 November, 2016
nampak hidung tinggi sikit. hahahahaha