Selangor memerlukan muka-muka baru


Seperti yang aku katakan semalam.Selangor sememangnya memerlukan keajaiban untuk melangkah ke final Piala Malaysia 2011.Tapi apa-apa pun semangat dan aksi permainan semalam boleh aku tabik dengan rasa penuh hormat sekali.Mereka berjuang bermati-matian sehingga Terengganu sebagai tuan rumah ditekan berhabis-habisan di separuh masa pertama dan juga kedua.Cuma nasib tidak menyebelahi mereka.Tak mengapalah,dengan corak permainan yang dipamerkan seperti semalam,aku tak malu jika Selangor kalah.Dan aku tetap bangga.Selangor tetap di hati.Apa-apa pun perjuangan haruslah diteruskan tanpa ada sedikit rasa mengalah.Cuma di sini aku ingin berkongsi sedikit pendapat.



Gambar di atas jelas menunjukkan barisan pemain Selangor bagi tahun 2011.Hahaha.Secara tiba-tiba ada plak muka Safee Sali.Hahaha.Jadi,korang semua abaikan wajah kacak beliau itu.

Baiklah,apa yang aku nak kupas melalui gambar di atas ini ialah ada beberapa player yang patut disingkirkan pada pandangan aku.Apa yang aku nampak,Selangor sebenarnya tiada penyerang berkaliber semenjak ketiadaan Safee Sali.Tidak seperti Terengganu dan Negeri Sembilan yang masing-masing mempunyai penyerang berkaliber yang mampu menghasilkan gol dalam setiap perlawanan.Bagi aku,aksi Selangor sangat hebat.Mereka menyerang daripada setiap sudut.Kiri,kanan dan tengah.Tapi apa yang menghampakan adalah jentera serangan yang tidak mampu menyudahkan setiap gerakan serangan maut Selangor.Mereka kaku sangat.Nak kata kena jampi,player lain mampu je main dengan baik.Dan antara player Selangor yang sentiasa menarik perhatian aku ialah Mohd Razman,Safiq Rahim,Muhd Bunyamin,Amri Yahya,Azidan Sarudin,dan juga Mohd Fitri.

Antara player yang pada aku tidak mampu menyumbang apa-apa kepada Selangor ialah Rudie Ramli,Mohd Fadzli Shaari,P Gunalan,Mohamad Hardi Jaafar.Bagi aku,mereka ini tidak mampu menghasilkan serangan yang sangat-sangat menarik.Gerakan mereka terlalu statik di atas padang.P Gunalan contohnya.Beliau kadang-kadang on off di atas padang.Selaku defender kiri beliau sepatutnya lebih banyak membantu serangan dengan banyak melakukan larian-larian overlapping.Beliau hanya mampu melakukannya sekali sekala dan jika berlaku pun,beliau lebih banyak kaku.Beliau selalunya akan jadi blurr jika berjaya melakukan overlapping.Tidak seperti pasukan Negeri Sembilan.Mereka memiliki S Kunanlan.Dan beliau sangat berbisa apabila melakukan overlapping.Setiap gerakan beliau sangat berbahaya dan selalunya akan mengucar kacirkan pertahanan lawan.Beliau penuh dengan element of suprise.

Jadi,aku harap agar Selangor akan cepat-cepat menggantikan mereka ini jika mahu terus bersaing dan merebut segala piala yang dipertandingkan.Dan,cuba dapatkan penyerang setajam,setenang dan sekreatif Muhamad Ashari Shamsudin(The Silent Killer)daripada Terengganu.Walaupun beliau player tengah,namun penyudah beliau sangat-sangat aku kagumi.

Harap-harap sangat penulisan aku ni dapat sampai ke Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor agar pendapat aku ni boleh dijadikan rujukan mereka.Kami fanclub Selangor sangat-sangat dahagakan kejuaraan bagi pasukan Selangor.

*P Maniam harus dikekalkan kerana sejak beliau mengambil alih,aku dapat lihat kebanyakan mentaliti player dan bertukar daripada mentaliti daif kepada mentaliti menyerang.








6 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 23 October, 2011
safee ttp terbaik...:)
MrPingu Gonzalesz MrPingu Gonzalesz 23 October, 2011
pe kata Bony ko je masuk pasukan tu.. hahaaa jd muka baru gak..
Unknown Unknown 23 October, 2011
@Anonymous

ye..tapi nak buat macam mane..safee dah pergi tempat lain.Yang ada ni kena lah diupgrade lagi
Unknown Unknown 23 October, 2011
@Mr.PinGu

hahahaha..aku da tak larat da..da tua da..
MrPingu Gonzalesz MrPingu Gonzalesz 23 October, 2011
ceh aku lg tua dr ko tp fefeling sweet 17 haha bertenaga lg wakaka
Unknown Unknown 24 October, 2011
@Mr.PinGu

hahahahaha..bagus3..aku pun selalu fefeeling sweet 16..hahaha