Cerita Lawak : AKU AMAT MEMBENCI KAU!!SAMPAI MATI!!


Hari Isnin ini adalah hari permulaan bagi korang semua.Mungkin bagi korang hari ini adalah hari yang amat menggembirakan bagi korang.Tapi bukan bagi aku.Hari ini adalah hari yang teramat pedih bagi aku disebabkan hal yang telah terjadi semalam.Segala-gala yang aku lakukan hari ini semuanya serba tidak kena.Aku benci akan rasa sebegini.Aku hilang arah dan pertimbangan.

Kenapa kau hadir ke dalam hidupku hanya untuk menyusahkan hidupku?Walaupun tak selalu,tapi setiap kali kau hadir,tiap kali tu juga aku terganggu dan terluka.

Kenapa semalam kau mengelak daripada aku?Kenapa kau mengelak daripada penampar aku?Kau sedar kau telah buat salah,dan kau lari daripada kesalahan kau tu.Disebabkan kau mengelak,aku telah melukai hati mak aku.Aku telah tertampar pipi dia,sehinggakan aku telah dicop sebagai anak derhaka.Wajah munggil aku ini terus dispray menggunakan Ridseck oleh mak aku.

Aku bersumpah.Sehingga aku mati,aku akan terus membenci kau.....nyamuk..

3 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 28 October, 2011
Adeh..sian mak awak..apesal sampai camtu sekali.. aduhai..
Nyna nieyna Nyna nieyna 14 June, 2013
hahaahahaa.... semua salah nyamuk !