Cerita Lawak : Tragedi dicabul di dalam LRT


Terlampau kenyang aku rasa sekarang ni.Perut aku yang seksi ni pun dah semakin seksi dan seksa.Semakin maju ia ke hadapan tanpa ada sikit pun perasaan malu kepada sesiapa yang memandangnya.Bila dah kenyang macam ni,aku dah mula terasa kemalasan yang begitu dasyat sehinggakan aku telah mengunyah,membakar,memboikot,memaki hamun,mempersenda,menDVDkan segala dokumen yang diserahkan kepada aku untuk dihantar.Dengan harapan agar dokumen-dokumen itu akan takut dengan aku.Tapi malangnya,aku telah dipenyapukan oleh bos aku.Arghh,sebelum aku pergi mendespacthkan diri,nak juga mengupdate blog fakir aku ini.

Entri kali ni aku nak cerita pengalaman aku berhadapan satu situasi yang agak panas di dalam KTM.Kisah bermula ketika aku berada di dalam train untuk ke Bukit Jalil.(APE?INGAT MAT DESPATCH TAK RETI  NAIK KTM KE!!)Suasana ketika tu tersangat sesak.Sedang dalam keadaan berhimpit-himpit aku terasa seperti ada seseorang yang sedang merapati aku daripada belakang.Seolah-olah ingin mengambil kesempatan di atas keseksian perut buncit aku ini.Dan secara tiba-tiba,punggung aku yang bergetah ini dirangkul.Dengan tanpa prejudis,aku terus menerajang 'bebola kehidupan' manusia keji itu dan terus aku berlari pecut membelah kesesakan manusia di dalam train itu.Takut diterajang balik.Hahaha.Setelah tiba di lokasi,aku terus turun daripada train itu.Secara tiba-tiba aku terperasan akan rakan sekolah aku dulu.

"Oi Kaltubi!!Apa kau buat kat sini??!!Hahaha.Lama tak jumpa kau!Semakin sihat kau ye??",tegur aku kepada beliau.

"Bro,tolong aku bro!",pinta Kaltubi sambil merengus-rengus.

"Eh,apsal bro??",tanya aku untuk kepastian.

"Aku kena terajang dalam train!!Disilambamkannya sistem peranakan aku!!Apa lah salah dan dosa aku kat dia??Dah lah aku nak terjatuh dalam train tadi.Takkan lah sebab aku berpaut kat dia untuk mengelakkan daripada jatuh,aku dapat balasan macam ni?Apa lah manusia zaman sekarang ni?Kenapa lah semakin kejam dan tak berperikemanusiaan?Kalau aku dapat mamat tu,memang aku akido kan balik 'tunjang kehidupan' dia tu!!",luah Kaltubi bersungguh-sungguh sambil berguling-guling di jalanan kerana kesakitan.

Aku hanya mampu terdiam dan meratapi kegulingan Kaltubi itu.Satu lagi episod di mana aku tidak berhati-hati mengarahkan otak aku untuk membuat keputusan.

3 comments.. read them below or add one

fae jamal fae jamal 20 October, 2011
HAHAHA! terterajang kawan sendiri! hehe


p/s : boni dah sombong! ;P
Unknown Unknown 20 October, 2011
@fae jamal

hahaha..mane ada sombong lah fae..saya baru hari ni dapat bukak fb..ada masalah skit..blog pun leh update jer...nak bukak blog orang lain punya lama nak loading..macam tgh pakai JARING tau..slow giler..