hari raya |
Hari Raya. Sesuatu yang sangat-sangat dinantikan tak kira lah kepada orang tua, remaja apatah lagi kanak-kanak. Ia adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Lagi-lagi kerana sanak saudara dapat berkumpul dan berjimba sakan bersama-sama. Seronok dapat melihat sepupu-sepupu yang semakin dewasa dan matang.
Tentu banyak kisah-kisah menarik yang berlaku pada masa dulu kan? Aku yang hebat ni pun tak terlepas dari kenangan-kenangan indah menyambut raya di kampung suatu ketika dahulu. Paling best bila tiba masa main bunga api kat halaman rumah arwah Tok Wan aku dulu. Penuh halaman rumah arwah Tok Wan aku tu dengan budak-budak yang main bunga api. Aku pun kadang-kadang get confusing. Entah mana lah datangnya budak-budak ramai-ramai tu. Anak siapa lah. Time main bunga api je mereka-mereka tu muncul. Nak kata anak-anak Mak Jemah, aku kenal anak beliau. Semuanya serupa sotong je. Memang tak join lah main bunga api ni. Kalau main masak-masak, main kahwin-kahwin, laju lah anak-anak Mak Jemah tu join. Tapi tak apalah, sedikit sebanyak kehadiran mereka-mereka itu membantu memeriahkan lagi suasana di malam raya. Dalam ramai-ramai tu, aku lah yang paling gigih main bunga api.
“ Oi!! Tengok ni!! Titew ada manyak bunga api. Korang nak sikit tak?”,soal aku kepada budak-budak yang bermain bunga api di luar halaman rumah arwah Tok Wan aku.
Namun soalan aku itu hanya dipandang dengan penuh sinis oleh mereka yang lain. Seolah-olah mereka mencemburui aku yang comel ni.
“ Huh!! Tak nak sudah! Titew boleh je main sorang-sorang. Korang tak nak sudah! Mak titew cakap, tak elok tau sombong bodoh, nanti masuk neraka.”,sambung aku lagi.
Selepas mendengar taklimat aku sebentar tadi, barulah mereka-mereka itu turut serta dengan aku. Disebabkan sikap pemurah lagi comel, aku pun membahagikan sama rata bunga api tu kepada mereka semua. Malam tu memang sangat-sangat menceriakan hidup kami semua. Riuh suasana malam tu dengan suara jerit pekik kami semua bermain bunga api. Ada yang berlari-lari ke sana sini. Ada juga yang bermain setempat. Aku pula terlalu ghairah bermain hingga tak sedar aku dah berada berdekatan dengan hutan. Tak pasal-pasal aku kena kejar dengan seekor babi hutan. Mencanak-canak aku lari sambil ketawa berdekah-dekah kerana babi hutan tu ada asma. Dengar bunyi nafas beliau tersangkut-sangkut tatkala mengejar aku. Tengah-tengah berseronok berjimba sakan, tiba-tiba telinga aku ditarik oleh madam besar(Mak aku).
“ Kau dah kenapa?! Orang lain sibuk kemas rumah, kau pulak sibuk main bunga api dengan budak-budak ni?!!”,tengking madam besar. Nyaring sungguh suara madam besar.
“ Apa salahnya puan? Titew tak buat salah apa-apa pun.”,soal aku kepada madam besar.
Madam besar menjegilkan matanya. Ternyata madam besar benar-benar tidak berpuas hati dengan jawapan aku.
“ Titew kepala hotak kau!! Sedar sikit umur kau tu dah 24!! Kau masuk sekarang! Pergi kemas rumah tu! Aku tonjol sat lagi kepala kau! Masuk!!”,sambung madam besar lagi.
Aku tersentap. Baru aku sedar yang aku dah terlalu tua kutuk untuk join budak-budak ni main bunga api. Selepas insaf, dengan kadar segera aku masuk ke dalam dan buat-buat sibuk membantu saudara-saudara yang lain mengemas rumah.
Jom Ushar Jewelery Untuk Dihadiahkan Kepada Yang Tercinta.
Klik ---> SINI
P/S : Sejuta penghargaan kepada --->MY BLOG BESTIES VVIP<-- kerana disebabkan kepekaan beliau, beliau telah berjaya mendetect dua orang blogger yang COPY&PASTE entri dalam blog aku ni. Bulat2 dorang copy. Sepatutnya blog ni dah patut ada akta untuk mencegah blogger lain cari copy paste entri2 kita. Kepada korang semua, ambil langkah berjaga2 kerana terdapat segelintir blogger ekspeciali blogger baru yang dengan senang2 je rembat karya kita. Fikirlah. Entri ni nampak mudah je untuk ditaip tapi sebenarnya ia amat meletihkan dan memenatkan apabila otak diperah sehabis2nya untuk menghasilkan entri yang terbaik. Tolong prihatin. Dan tolong hormat karya orang lain. Jangan semudah2nya merembat hasil titik peluh orang lain dan mendapat nama dan pujian dengan hasil tu. PLease RESPECT EACH OTHER.