Cerita Lawak : Jatuh Cinta Buat Pertama Kali Adalah Sesuatu Yang Terlalu Indah - Part 2






" Kepala Jimbit kau Cikgu Zoragon!! Kau apa hal jilat-jilat kaki aku? What the nonsense!! Behave yourself before I kick your mouth!",jerkah Khalijibin sambil tak henti-henti melempang-lempang pipi gebu aku ini.

" Aku berangan rupanya!! Pergh!! Aku jilat kaki kau?!!",soal aku sebelum mula rasa loya-loya. Dan seketika kemudian, aku tidak dapat lagi menahan keloyaan itu dan terus memancutkan muntah tepat ke wajah Khalijibin.

Khalijibin tersentak. Tangan beliau secara tiba-tiba terkapai-kapai di udara seolah-olah badan beliau sedang terbakar. Mata hitam beliau hilang. Buah halkum beliau pula deras turun naik turun naik. Tapi mulut tak berbunyi apa-apa pun. Tidak lama kemudian, Khalijibin terus pengsan tidak sedarkan diri. Menyampah aku. Ada aku kisah. Baru kena muntah dah overacting. Aku hanya memerhatikan Khalijibin yang terbaring kaku di atas riba mak cik kantin. Mak cik kantin tersebut membelai lembut wajah Khalijibin sambil menitiskan air mata. Terkejut aku. Tiba-tiba muncul pula mak cik kantin. Pelik jangan dihirau. Memang pelik pun.  Tanpa mempedulikan aksi asmara mereka berdua, aku terus menjeling ke sudut hadapan kelas. Cik H masih berada di situ sambil gigih menulis nama pelajar yang bising di dalam buku nota beliau. Aku nekad. Aku nekad untuk beraksi seperti mana yang aku angankan sebentar tadi. Lamar cik H, hulur bunga dan bersedia untuk dibelai oleh cik H. Ye!! Itu perancangan aku. Sama seperti halusinasi aku sebentar tadi. Bibir aku terukir satu senyuman nakal. Tak semena-mena aku terus berdiri sambil menumbuk ke langit. Gapai semangat katanya. Mulut aku terkumat-kamit menyebut 'Agi Hidup Agi Gelaban!!'.

" Awak yang di sana!! Kenapa berdiri?!!",teriak cik H dari kejauhan.

Aku tersentap. Tiba-tiba neves aku datang mencanak-canak. Dada aku berdegup kencang. Peluh jantan serta-merta mengalir membasahi lelangit dahi aku. Bibir aku terkumat-kamit 
membaca sifir 2 untuk menghilangkan rasa takut dan neves tersebut. Apabila semangat kembali pulih, aku melangkah menuju ke arah cik H sambil membetul-betulkan spek mata besar aku. Dalam langkahan penuh bermakna itu, semangat dikuatkan lagi kerana aku ingin merealisasikan apa yang dah aku rancangkan sebentar tadi. Langkahan kaki aku semakin lama semakin laju dan tangkas. Semakin lama aku semakin hampir dengan cik H. Hinggalah aku benar-benar berada lebih kurang 1cm daripada cik H.

" Hah! Nak apa?!",soal cik H sambil menoleh wajahnya ke arah aku. Wajah kami berdua saling bertentangan. Secara tiba-tiba aku menggigil-gigil. Azam dan semangat sebentar tadi tiba-tiba lenyap tanpa dapat dikesan. 

" Sss...SSS..Sss...Saya...."

" Apa SSsss..SSssss???!!!!",jerkah cik H.

Terlompat aku sejenak. 

" Saya nak pergi berak!!",jawab aku spontan. Di dalam hati terbit seribu kekesalan kerana tidak dapat mengotakan keazaman aku sebentar tadi. Dan seketika kemudian, aku terus berlari keluar dari kelas. Entah macam-mana aku tak dapat berlari dengan laju. Tiap kali aku pecut, ia akan menjadi larian merentas desa. Yang slow dan malas. Dan menjadikan ia lebih dramatik apabila tiba-tiba berkumandang lagu AWAN NANO. Macam hampeh. Menambah lagi kesedihan yang bersarang di dalam hati. Kesedihan tidak mampu lagi aku bendung. Sedang aku berlari-lari manja itu, aku ternampak sebiji tong sampah berwarna hitam. Aku mengambil keputusan untuk menekup muka ke dalam tong sampah kerana tidak mahu pelajar lain melihat aku menangis. Air mata ini terlalu mahal untuk dipamerkan kepada orang lain. Sejam aku mencangkung dan menekup muka ke dalam tong sampah hinggalah mod aku itu terganggu dengan kehadiran Cikgu Zoragon yang muncul tiba-tiba dari dalam tong sampah tersebut. Tanjat aku. 

" Kenapa ni wahai pelajarku?",soal cikgu Zoragon sambil mengesat air mata yang bercucuran di pipi aku.

" Saya sedih cikgu. Cinta saya bertepuk sebelah tangan."

" Sebenarnya, dalam usia kamu ni, kamu mesti tumpukan perhatian pada pelajaran. Bukan bercinta. Percayalah cakap saya. Jika kamu berjaya satu hari nanti, perempuan sendiri yang akan cari kamu. Kamu boleh tengok saya sebagai contoh. Sampai sekarang kesemua cikgu-cikgu perempuan sekolah ni tergila-gila dan berebutkan saya. Tu tak termasuk cleaner-cleaner sekolah lagi. Apatah lagi gadis yang jaga kedai buku. Percayalah wahai pelajarku.",ujar cikgu Zoragon sambil memegang bahu aku. Hampir pengsan aku dibuatnya dek bau mulut cikgu Zoragon. Tapi , apa yang dikatakannya itu memang ada benarnya. Memang itu yang terbaik. Aku berpegang teguh kata-kata cikgu Zoragon selama sebulan. Sebulan kemudian aku kembali memulakan aktiviti mengorat cik H. Yelah, budak-budak. Umur 14 tahun. Tau-tau je lah. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

-Tammat-

Jadi inilah kisah cinta pertama aku yang totally GAGAL pada tahun 1997. Hahahahaha. Tapi agak menarik sebenarnya bila kita terimbas dan terkenang kembali sejarah lama kan? Rasa macam nak kembali ke zaman sekolah dulu. Rindu pada segala-galanya. Pesanan kepada kawan-kawan dan adik-adik yang masih bersekolah tu, peganglah pada kata-kata Cikgu Zoragon. Sebab pada umur sementah itu, bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta. 

P/S :- Kalau rasa aku rajin, aku akan cerita lagi kejadian-kejadian aku mengorat cik H di entri-entri akan datang. Heh heh.

Bonus for today. 

Disebabkan aku ni tak pernah buat entri bersambung, akhirnya aku telah menerima padah selepas dimarah oleh kawan-kawan blogger yang lain. Kesian kat aku. Sob sob sob. Hakhakhakhak. Jom terjah komen-komen dorang. Hehehehe.




Hahahahahaha..Padan muka aku. Hahahahaha. Tapi korang jangan salah faham. Dorang bukan marah betul-betul. Ni bergurau manja namanya antara aku dengan dorang. Hehehehehe.

Dan sebelum terlupa. Kepada --> Si Comel Siezuka <-- harap awak akan banyak bersabar ye. Saya tau macam mana rasanya kehilangan sesuatu yang kita sayang. Bawak-bawakkan bersabar. Kepada kawan-kawan yang lain, sila lah terjah blog beliau dan memollow. Blog yang beliau terpaksa bermula daripada zero selepas blog lamanya dicuri oleh seseorang. Rajin2kan ye terjah kawan2. Mungkin hari ni hari beliau, mana tau esok lusa hari kita pula. Bila tiba hari kita nanti, mungkin akan dipermudahkan jalan kita nanti. InsyaAllah. 





{ 90 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 24 March, 2012
haha , x sia2 aku tunggu citer nih .. happy ending ?
AnonymousAnonymous 24 March, 2012
Laa... gua ingat drama ni berlanjutan 80 episode. Huhu~ 2 episod jekk rupenyewww.
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 24 March, 2012
hahaha..amboii kemain lagi..

ms tu mmg umur gatai pon kan..kekeke ;p
huda jamil huda jamil 24 March, 2012
ayat kau memang la buat aku punye imaginasi tinggi weyh. baru 14 taste sudah tinggi. kihkih
Unknown Unknown 24 March, 2012
Time kasih Boni.. hargai sangat2 tak tau nak cakap macam mane.. time kasih bg sokongan kuat kat nurul ;)

Hahahaha cinta monyet.. biasalah jiwa muda.. org cakap jangan lagi nak buat.. betul tak.. ;)
Ayu Ayu 24 March, 2012
hahaha!cinta monyet nih mmg kelakar....hikhik.
Aien Not Alien Aien Not Alien 24 March, 2012
nasihat cikgu zoragon ada benarnya..



cinta monyet kenangan silam memang kelakar kalau diimbas...hahaha..
Noor Fatin Noor Fatin 24 March, 2012
nasib baik tamat jugak kat entry ni. kalau ada bersambung lagi? haha..

nice storyy. heheh
Crazy Dolphin Crazy Dolphin 24 March, 2012
kisah benar yang ditokok tambah ke ni?


hahahaha :D


siap berunsur pengajaran pulak ni.first time! hahahaha :ppp
Zaza Iman Zaza Iman 24 March, 2012
cehhh...haha..pecah perut bc.. ^_^
Aida Azryn Aida Azryn 24 March, 2012
wahhh. siapakah cik H tersebut? haish. suspender betol ni. haha
Chuu Muqhlis Chuu Muqhlis 24 March, 2012
bace sifir 2 nk hilangkn neves. lol. pon boleh hahaha XD
Unknown Unknown 24 March, 2012
kenangan mengusik jiwa? hihi
Unknown Unknown 24 March, 2012
salam kenal n follow :) :) :) ..heheehe
afzalsukasuki afzalsukasuki 24 March, 2012
jadahanakarom cuba ko gayakan biji halkum naik turun?lama aku pkir.. adakah mcm lif?? hahaha
madammondoq madammondoq 24 March, 2012
amboii.. siap ada pesanan utk cik nurul tu.. kelasssss kau boni!!!!
AnonymousAnonymous 24 March, 2012
oo..cik H cam garang la boboi...tanjat gegerl baca..die jerit je kt boboi eh..cian nye.. (pdn muke sape suh xdgr ckp cikgu zoragon tu)...

boboi pn kalau nk melatah xyah la sebut berak..kentot kn bagus tuk kesihatan..mesti cik H suke..terus mintak kapel...hahahahhahahaahah
D D 24 March, 2012
cinta yang kecundangggggggg tahun 1997.
wa baru umo 4 tahunnnn time tuhh,

walau apa pungg. sukarr bagi wa percaya cite nehh.
kehkeh.
sambungan tak sambungannn.
wa totappppppppppppppppp kerut2 dahi ble bace nk cari kejujuran.
ngeh ;p
Unknown Unknown 25 March, 2012
hehehe ble wat drama kot~

p.s not a big lost pasa sis siezuka, sbb dia still ada kawan blog dia :)
Ezad Skytech Ezad Skytech 25 March, 2012
HAHA...best kena ceramah dgn Cikgu Zoragon...? HAHA..
Miss Purple Miss Purple 25 March, 2012
haha...nak gelak je, tak nak komen pape..haha,(gelak lagi)
NAL NAL 25 March, 2012
penantianku berbalas..hahhaa..
happy ke mcm x jer..hahha
AnonymousAnonymous 25 March, 2012
tiba2 mak cik kantin terselit..kikiki
adess lari awan nano,berombak2 rambut tuh..hihihi
teha teha 25 March, 2012
aku kena pikir 2-3 kali dulu nak caye ke x .. hahhaaha !
حاني رملي حاني رملي 25 March, 2012
hehe tiba2 ada lgu awan nano taon 1997 ==" hahaha

ouh byk lg kesah ngorat cik H tu, haha ingt stop smpai situ ja.. baru 14 taon dah taw jatuh cinta..amboii..haha
Sarah Mnasir Sarah Mnasir 25 March, 2012
wt movie la plak.. msty best ni :D
FIFIEY LYCHEE MARATION FIFIEY LYCHEE MARATION 25 March, 2012
haish, budak2 mana boleh bercintaaaa..hahaha
naiemah_ramli naiemah_ramli 25 March, 2012
hahaha..gelak guling2 baca ha...hik hik hik...lawak la.. :D


ye...dgar nasihat cikgu tu ye ^_^
tirahzairi tirahzairi 25 March, 2012
sweet2 sour die...hhee
suzie rahman suzie rahman 26 March, 2012
salam..hahaha..penakut..nk berak dibntainya,jgn msk kepala dlm tong smph.dlm mangkuk tnds lg masyuk.hihihi
JAI JAI 26 March, 2012
Buat Novellah bro..watak lelaki hang letak nama Jejai..hehe
Unknown Unknown 26 March, 2012
@shafiq

adeh..nak kata happy tu tak berapa nak happy sangatlah..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Miziey

hahahaha..tu macam nak buat novel la plak..hahaahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Juliet_iRa~"

yeah..gatal dan penuh dengan bernafsu..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@MrS LoLiPoP

hahaha..kenapa dgn cerita ni??hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@huda jamil

hahahahaha..imaginasi tinggi ek???hahahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@YaYaNsMuM a.k.a YM

hahahahaha...ye..sangat2 kelakar..
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Aien Not Alien

hahahaha..ye..nasihat cikgu Zoragon tu memang banyak benarnya...
Unknown Unknown 26 March, 2012
@NOOR FATIN

kalau ada bersambung lagi, maknanya saya kan dicepuk2..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@H.S

hahaha..ye..kisah benar yang ditokok tambah..hahahhaa
Unknown Unknown 26 March, 2012
@^_^ Cik Zaza House

janganlah..adoi...susah nanti saya..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Aida Azryn


hahahaha..adalah seseorang tu..seseorang yang dah pun tinggal sejarah..hehehe
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Chuu Muqhlis

hehehehe..dassaaattttt tak??hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Amirah Adnan

hahaha..sangat2 mengusik jiwa..
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Aku Mad

ok mad..follow u back..hahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Mohd Norafzal

nanti aku demo kat depan ko...hahahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@madammondoq

heh heh.. pewwiittt..hahahaa
Unknown Unknown 26 March, 2012
@eila

hahahaha..dramatik kan??hehehehe
Unknown Unknown 26 March, 2012
@~diAhOntHeblOg~

hamboih..hahaha..patutnye gegerl bersimpati lebeh kat boboi nih..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Zakaria's daughter

iskh dak comey nih..cubit pipi tu tarik panjang2 baru tau..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Muhammad Saiazuan Norhalik


tunggu ada modal, baru leh wat drama..hahahaha..

P/s : yup..kawan2 lah yang kene tolong dia kan?
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Ezad Skytech

bernanah gak tinge ni..hahahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Miss Purple

hahahahaha..pun boleh..hahahahaha :P
Unknown Unknown 26 March, 2012
@NAL

hahahaha..happy gak sikit walaupun sedeyh tu lagi tebal..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@MaYa MustWany

hahahaha..tu ler..tiba2 ada plak mak cik kantin tuh..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@teha

tolonglah!!!!!!!!!! tolonglah percaya..hahahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Hany Rara

hahahahaha..tu ler pasalnyer..tiba2 ada plak lagu tu kan??hahahaha

masa tu da besar gak tu..hahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@aRa ❤ aFiq™

wow..modal tak ada lagi ler..hehehe
Unknown Unknown 26 March, 2012
@mohdhazlan Dreadlock

hahahaha..klako ke?? (blushing2 pipi). hahahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@naiemah_ramli

lebih best guling2 atas paku..hahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@TiraPengemis

tapi lebih sour lak..hahahaha
Unknown Unknown 26 March, 2012
@suzie rahman

hahaha..masa tu tak jumpa mangkuk jamban..
Unknown Unknown 26 March, 2012
@JAI

hahahahaha.. nak kene fikir panjang tu..nanti kena saman lak..hakhakhakhak
ceklala ceklala 26 March, 2012
kuar part awan nano tu memang xbole blah betul!terus terbayang hafiz lari2 tepi pantai!hahahah...btw ending mmg dah dijangka...sian..

tp abis dah ke?ngat kot nak buat 66 episod hehe
Lea Isnawi Lea Isnawi 26 March, 2012
hahaha. tapi kan apsal skema sgt cikgu tu??
AnonymousAnonymous 26 March, 2012
hahaha awan nano thn 1997.. 1997 sy pn 14thn.. sebaya rupanya ye ^_^
msredcheesecake msredcheesecake 26 March, 2012
Betul tu, marah2 manja je..... Bukan betul2.... Tapi len kali kalau wat drama episod lagi msred babab....

Skang ni apa strategi nak mengorat....
Unknown Unknown 26 March, 2012
habis dah?xde sambungan lg ke?hehe
Yana Halim Yana Halim 26 March, 2012
apasal Cikgu Zoragon tetibe ada dlm tong sampah tu? dia pon mengalami cinta kecundang ka? hahaha...
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Lea Isnawi

iksh..garang la tu...tu yang sehabis garang dia tu.tegas
Unknown Unknown 26 March, 2012
@msredcheesecake

hahahahaha..janganla babab..kasihanilah diriku ini..hahahahaha..

strategi sekarang tunggu dan lihat
Unknown Unknown 26 March, 2012
@Edy Zaidi

hahahaha..tak da kot..hehehehe
Unknown Unknown 26 March, 2012
@yana halim

cari makanan kot...hahahahaa
AnonymousAnonymous 26 March, 2012
@Boni JLL3
kalo lahir thn 1985 pd thn 1997 umo baru 12 thn boni hehhe lahir thn 1983 thn 1997 umo 14 thn hehehe kecelaruan kira2 hehehehehehe
Unknown Unknown 26 March, 2012
@umie mia

erkk.. yeke??hahaha..salah kira tarikh rupanya..hahahahaha
anamizu anamizu 26 March, 2012
hahahaha sipbek hepy ending setakat nih.. cikgu zoragon tu kool ape.. adekah beliau masih bujang + hensem + kaya raya sekarang??? guwa mcm nak ngorat die je..konfem die lagi kembang semangkuk karang..hahahaha







luv,
cik ana
Unknown Unknown 27 March, 2012
@anamizu kaito

hahahahahaha..2 sudah semestinya..hakhakhakhak
Nadia Amat Nadia Amat 27 March, 2012
cikgu zoragon tu bakal bf i kan?? haha...
Aida Tamrim Aida Tamrim 29 March, 2012
Assalammualaikum ..

Hehehehe .. Hak hak hak ... Hik hik hik ... Wakakaakakaa .. Lawak la penggunaan bahasa yang digunakan ^^

P/S : Blog pun leh kena curi ke? Errrkkk
Unknown Unknown 29 March, 2012
@AdiaLuze

penggunaan bahasa sanskrit..hahaha

P/S : boleh. sapa cakap takleh?
Unknown Unknown 02 April, 2012
hahahhahahahaha..gila rugi aku bercuti lama-lama,terlepas entry ni..btoi tu marah-marah manja..hehe
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 21 May, 2012
cerita kenangan mmg seronok kalau diimbas kembali event benda tuh sakit hati ! :D