Kepada Boni
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Merdeka bukan sekadar laungan
Tetapi pengisian
Dan kita menikmati kejayaan bersama
Bukan menjadi penonton.
Kalian masih muda
Bangkitlah, rebutlah peluang
Belilah bangunan-bangunan
Gedung-gedung perniagaan
Bukan memeriahkan kemerdekaan dengan bunyi ekzos yang membingitkan
Dan bukan berpestaan dengan
gadis murahan
Tetapi perjuangan!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Merdeka bukan sekadar laungan
Tetapi pengisian
Dan kita menikmati kejayaan bersama
Bukan menjadi penonton.
Kalian masih muda
Bangkitlah, rebutlah peluang
Belilah bangunan-bangunan
Gedung-gedung perniagaan
Bukan memeriahkan kemerdekaan dengan bunyi ekzos yang membingitkan
Dan bukan berpestaan dengan
gadis murahan
Tetapi perjuangan!
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://beautifulnara.com |
Sesungguhnya komen ni sangat-sangat berguna untuk anak-anak muda zaman sekarang ni termasuklah aku sendiri. Fikirkanlah semua. Sampai bila kita nak duduk di level yang paling rendah? Kenapa tidak kita mencuba untuk mendaki ke level yang paling atas? Cuba tak salah. Daripada tidak mencuba langsung. Jangan terus leka dengan keseronokan dan kenikmatan duniawi yang hanya bersifat sementara dan tidak kekal. Lebih baik kita semua bangun dan fikirkan tentang kehidupan bakal anak-anak kita satu hari nanti. Takkan kita nak tengok mereka pun memegang title KULI seperti kita juga? Pegang pada satu perkara. Bangsa kita hanya gah pada bilangan sahaja, tetapi selebihnya hanya gah pada title KULI. Gulai asam gulai kari, manakan sama dengan ikan kekek mak iloi-iloi. Baiklah. Aku tak pandai mencipta perumpamaan.
Di kesempatan ni, aku ingin memperkenalkan individu yang telah berjaya membakar semangat perjuangan aku hingga membuatkan otak kiri dan kanan aku ligat berfikir. Beliau adalah seorang guru. Silakan terjah beliau dan mengenali my bro ni.
KLIK --> matsomherbs.blogspot.com