Review Novel Diari Mat Despatch - Naluri Ayah

Review Novel Diari Mat Despatch - Naluri Ayah | Hari ni aku akan review satu novel sempoi yang bertajuk 'Diari Mat Despatch - Naluri Ayah'. Apa jadahnya aku membaca novel ni? Mesti korang pelikkan? Sebenarnya aku agak tertarik dengan novel Diari Mat Despatch ni sebab gaya penulisan yang agak sempoi apatah lagi ia dekat dengan diri aku memandangkan aku ni juga seorang Mat Despatch tersohor di Kuala Lumpur yang agak kacak, sopan santun dan segan silu. 
sinopsis novel diari mat despatch naluri ayah
Haa. Kan? Aku dah cakap dah. Kacak , sopan santun dan segan silu. 
Review Diari Mat Despatch - Naluri Ayah

Ibu sentiasa dikatakan mempunyai naluri yang mempunyai kuasa luar biasa berkaitan anak-anak. Bagaimanapun Bahruddin Bekri membuka satu ruang baru dalam menyelami naluri seorang ayah yang kadangkala kita sering terlupa ia sentiasa wujud dalam hubungan kekeluargaan. Hasil nukilannya tidak pernah mengecewakan dalam menyampaikan nasihat yang serius dengan cara yang mencuit hati. Diari Mat Despatch keempat, Naluri Ayah kali ini menyambung kisah hidup Rayyan, Mat Despatch berkelulusan ijazah Ekonomi dari UPM yang pemalu kepada wanita namun belajar erti cinta daripada ayahnya yang selalu dianggap naif kerana berasal dari kampung. Kedatangan ayahnye ke Kuala Lumpur bukan sahaja memberi pengaruh besar ke atas dirinya, malah kepada orang-orang di sekeliling hidup Rayyan. Anda pasti tidak berhenti tersengih seorang diri apabila membaca diari ini.
sinopsis novel diari mat despatch naluri ayah
Harga RM 9.90
Aku suka gaya penulisan penulis ini. Sempoi. Dalam sempoi tu juga, ada adegan-adegan mencuit hati dan menyedihkan. Aku sukar sedih bila baca novel, tapi untuk novel ni, aku rasa sebak sangat. Ada part yang buat aku sebak sangat bila membabitkan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Thumbs up kepada penulis. Nasihat aku kepada diri sendiri dan orang lain, jangan melihat luaran  sahaja. Walaupun luaran novel ni macam buruk dan kelakar, tapi isi dalaman dia bombastik.

Bagaimana untuk korang dapatkan novel ini? Anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun boleh juga beli online di :-

Diedarkan Oleh

PTS Media Group Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP

Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Website: www.pts.com.my

Online Bookstore: www.bookcafe.com.my




Info tambahan:

Penulis prolifik ini juga menghasilkan pelbagai karya termasuk Diari Mat Despatch, Diari Mat Despatch: Hati Emak , Diari Mat Despatch: Patah Hati, Si Gadis-Gadis...3 Rasa, Lelaki Berkasut Merah, Di Mana Terangnya Bulan, Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid.  Selain itu, novel Doa Untuk Aku sudah diterbitkan menjadi drama bersiri di stesen TV Al-Hijrah pada 2012.


{ 86 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 11 January, 2013
betu tu jangan menilai dari luaran..nak juga buku ni..mcm best la..tq info ini BoniKacak..
vendoline vendoline 11 January, 2013
lain dr yang lain..takde la jiwang jew....
MizzTina MizzTina 11 January, 2013
dh lama xbaca novel dia ni.. tulisan sgt sempoi, tp penuh makna tersirat..
krole krole 11 January, 2013
wuahhh terbaik bro! siap kena buat drama g pergh! mesti best ni? kalau ko yg da kacak ni mnt mesti jalan ceritanya best..so pilihan ku muktamad! aku akan beli novel ini!
Sheila Salim Sheila Salim 11 January, 2013
Assalamualaikum. sheila baca juga novel mat rempit ni! hahaha. kelakar gila. banyak juga novel yang penulis ni dah buatkan. kerlas sungguh!
Len Inouie Len Inouie 11 January, 2013
makin kacak en kacak bila baca novel. :D

Jiwa kertas hati kuntum gitu.
Juan Juan 11 January, 2013
lawak la ko ni boni
Fiza Rahman Fiza Rahman 11 January, 2013
Wah...org lelaki pon layan novel juga yer ☺☺
selipar putih selipar putih 11 January, 2013
bertambah kacakla bro baca novel..
baru awek melekat..haha
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 11 January, 2013
walawee!! boni pun layan novel?? ena ni tak minat sgt bce novel.. mang tak gemar pun, novel2 omputeh je layan serta komik.. XD
hazwan hairy hazwan hairy 11 January, 2013
mcm mnrik ja novel ni...klo xtebal sgt blh la klo tebal nnti kja apa xleh buat..haha
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 11 January, 2013
Menarik ni. Boleh cari nanti. :)
Miss N™ Miss N™ 11 January, 2013
sempoilah...awak pun baca novel.. :)
heeee..

nanti nak try usah dekat kedai la..hihi
suwara entertainment suwara entertainment 11 January, 2013
kdg2 suka jugak baca novel yg sempoi camni. release skit tensi. hehehe
Unknown Unknown 11 January, 2013
Assalam, kalau nak baca mesti nak beli kan? hehhehe koe sponsor aku Boni?! hahaha
Aqu Mad Aqu Mad 11 January, 2013
kat mana nak beli novel tu bro
AtieYusof AtieYusof 11 January, 2013
Betul tu BOni..jgn menilai dr luaran shj.. tapi kdg2 first impression tu amat penting..hehe..
mcm best je novel ni:)
::EIDA:: ::EIDA:: 11 January, 2013
Takde masa nak baca novel... biahahhaaa
fairus fairus 11 January, 2013
MESTI PENULISNYA PERNAH MENJADI MAT DESPATCH.. BRO.. DULU SEBELUM SAMBUNG MASUK 'U' AKU PERNAH JUGAK JADI MAT DESPATCH DI LAWYER FIRM.. :)
QasehnyaRania QasehnyaRania 11 January, 2013
AS-SALAM..
ya betul tu en boni ;D
||aLeaSaRa|| ||aLeaSaRa|| 11 January, 2013
owh sy dh pernah nmpk novel ni.tp x tfikir nk beli ms tu.

sy dh snap pic buku ni dlm handphone,dan senarai buku2 yg dikuarkn penulis yg sama tu,nnt sng ms g bookstore.x sbr nk jdkan koleksi ^^
Unknown Unknown 11 January, 2013
oh ada rupanya novel ini di pasaran.. tak tau pulak.. kalau tajuknya berbunyi 'cinta seorang mat despatch' atau 'memburu rindu si despatch' mungkin novel ni akan lebih meleTOP dikalangan budak2 sekolah menengah.. hehe pape pun jom terjah MPH haha
4feet8 4feet8 11 January, 2013
uik? mcm tak percaya je layan novel.. hehe
Kakzakie Purvit Kakzakie Purvit 11 January, 2013
Anak kakak ada buku ini beli di pesta buku November lepas di Danga City Mall. Buku Mat Despatch banyak siri sebenarnya. Banyak pengajaran buat anak-anak.
KACONG AHMAD KACONG AHMAD 11 January, 2013
Rancak Bana tuh judul....
Unknown Unknown 11 January, 2013
mcm menarik je nih..sy jnis yg agk susah nk bce novel..sbb tiap kali bce, lena..haha...jwbnya, komik je yg dpt amik ati sy nih..hihi
maszull maszull 11 January, 2013
assalamualaaikum boni...best2 n suka...:)
Unknown Unknown 11 January, 2013
ni utk golongan bape thun? 4-10 tahun ke? *larikkkk
HUDAJMAL HUDAJMAL 11 January, 2013
tak pernah baca novel cenggini. Selalu baca novel cinta je. haha
Yanty Lee Yanty Lee 11 January, 2013
Im so agree w u! jgn nilai org sesuka hati. kadang2 org yg kita rasa kita kenal sebanarnya kita xtahu sangat siapa dia .
si kiut lavender si kiut lavender 11 January, 2013
betullah boni...

1st impression tgk cover novel ni mcam kelakarlah...heheh =D
tapi yelah kan..
pengisiannya lebih penting berbanding kulit...:)
Unknown Unknown 11 January, 2013
kenapa macam novel budak sekolah? haha
ieza ashaari ieza ashaari 11 January, 2013
mcm best je.. susah ni nk cari laki lyn novel.. hihi.. siap wat review plak tu..
Unknown Unknown 11 January, 2013
den tak pernah pun baca novel...hehe
Nakusan Bali Technology Nakusan Bali Technology 11 January, 2013
pasti bagus sekali ceritanya ya kawan. btw, itu image diatas seperti pembalap..hehehehe

salam sehat kawan..
Faridzuan Faridzuan 11 January, 2013
Saya pernah baca Diari Mat Despatch siri pertama, lepas tu saya dah tak ikut siri-siri seterusnya. Tapi serius, karya Bahruddin Bekri yang lain-lain, yang lebih tebal saya baca semua. Cuma, untuk novela Si Gadis-gadis dia guna nama Elisha kot. Hehe. ;)
deq noor deq noor 11 January, 2013
wahh! banyak gak novel karya beliau ye... boleh cari ni
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 11 January, 2013
Boni pun baca novel ? haha.. aku kalau baca novel nie pesen selalu x habis.. baca separuh dah stop. hahaha....
Unknown Unknown 11 January, 2013
Betol cheqkaq tak caye boni bace novel..tp..info best &kena bace gak novel ni..tq..
miss yatie miss yatie 11 January, 2013
betul tu, kadang2 ayah lebih memahami anak2nya..
Aimacomel Aimacomel 11 January, 2013
Murah je bukunya.. Nk cri jgk ni sbb xcited nk baca.. I kn peminat novel
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 11 January, 2013
jarang lelak baca novel .. :) bagus ...
Unknown Unknown 11 January, 2013
xsangke ko pon minat bace novel

hee

tapi cm bes je nvel ni
Nastyna Nastyna 12 January, 2013
pos sebijik sini. cover dia ala "diary of wimpy kid" tu, mesti best.
fifie fifie 12 January, 2013
Tu macam buku budak budak je boni, maksud fie novel for teen kan? kuikui. Takpe awet muda baca novel remaja. Auuuu
TRAVELOG ATEH TRAVELOG ATEH 12 January, 2013
best lar..baca rvw yg boni buat pun dah tertarik

http://sfadazzlinggirl.blogspot.com/2013/01/hanif-idrus-giveaway-2013-segmen.html
munir ardi munir ardi 12 January, 2013
novel atau buku seperti selalu menarik untuk dibaca tapi saya sudah lama nggak pernah baca buku atau novel lebih suka baca blog he he
ma ❥ ma ❥ 12 January, 2013
tuh mcm bukan novel jer mcm buku cerita budak2?? hihi
nazray nazray 12 January, 2013
dia ada buku yang sebelumnya, diari mat despatch je... betul cara dia menulis bersahaja, dan tak bosan bace buku ni.
ohcikgu ohcikgu 12 January, 2013
selalu gak baca buku macam ni. hehe
Dkna Abza Dkna Abza 12 January, 2013
boni kacak yang jiwang berkarat hahahaaa...
Carlos Santiago Carlos Santiago 12 January, 2013
ak ingt ko yg tuliss..haha
Nory Zoulkefle Nory Zoulkefle 12 January, 2013
minta bace novel jgak yer....nory tak banyak koleksi novel, ade pon novel biasa2 je...hehe
Niesa Niesa 12 January, 2013
cantik pe cover dia..haha..simple tp kemas..ingtkan novel ciptaan boni kot2 gmb tu jd cover..hihi
Unknown Unknown 12 January, 2013
sweet jer cover dia..lama dah tak baca novel..:'(
Unknown Unknown 12 January, 2013
kalau bro dah kata menarik...remy nak kena pi beli ler.....
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 12 January, 2013
cute kot cover novel tu
hey boni super kacak, kulit muka nampak mcm dah licin lah
ALS ALS 12 January, 2013
Da satu tp lain tajuk. Tajuk sya punye, lelaki baik.
Akupenghibur.com Akupenghibur.com 12 January, 2013
wahhh cm best... nk cri jgk lh
Mat Som Sadona Mat Som Sadona 12 January, 2013
Minat sdra Boni membaca novel menambah keterujaan sya, bagaimana sdra Boni kita ni mengurus masa secara maksimum dan optimum.
Nik Nik 12 January, 2013
mcm menarik jea novel ni. nnt boleh la beli
AnonymousAnonymous 12 January, 2013
dah xsempat baca novel skrang ni..huhu..xsempat masa.. ^^
dariilhamkehati dariilhamkehati 12 January, 2013
CP dah kurang minat bace novel tapi em , memg nampak la , nampak klaka cover dye ~
Unknown Unknown 12 January, 2013
macam best.. ni boleh masuk list buku yg bakal dibeli.. :D
Cik Fie Cik Fie 12 January, 2013
dah lama gila xbaca novel ni . serious best n sempoi je cerita novel tu :)
zool zool 12 January, 2013
ni membuatkan hati nak baca ni
Unknown Unknown 12 January, 2013
Mcm best...ke mmg best bro?? hurmm..kena baca nih..pinjam buleh?? hihi
Unknown Unknown 12 January, 2013
comel pulak ain tgk abg boni nih hahaha eh..
Si Matatajam Si Matatajam 12 January, 2013
Dah lama x baca novel sejak berbelog ni
hana hadi hana hadi 12 January, 2013
segak aih.. hana nampak beg putih kat belakang awak tu.beg ek?. mcm comel.
Ezad Skytech Ezad Skytech 12 January, 2013
fuyoo...layan novel...tp mcm best je ni..hee~
Unknown Unknown 12 January, 2013
dalam usia etuza, hal2 agama lebih menarik perhatian...kita sebenarnya belajar sepanjang hayat. kan membaca jambatan ilmu..dalam novel ada ilmu..
RIZZNA RIZZNA 13 January, 2013
Tak sangka boni pown lyn novel. Tp kannnn....novel ni mmg boleh mmbentuk minda kita. Tergantung pd genre yg ditampilkn.

Bykkn baca novel, skang tulis blog, tk lama lagi manatau boni plak kluar karya novel
dya nasir dya nasir 13 January, 2013
wah..mcm best je ni..mcm nk g cri je novel ni..lama xbaca novel ni..
Jna marcello Jna marcello 13 January, 2013
perhhh Boni layan NOVEL~!!
high5!
daddydee daddydee 13 January, 2013
membaca memang tak pernah rugi.

Novel ni boni ke tulis??
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 14 January, 2013
sekarang ni hampir semua drama diadaptasi dari novel.. :)
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 14 January, 2013
PTS publisher , memang best2 bukunya... tak terlalu tebal...
seronok ajee..

8Pinjam novel tuh cik Boni ! :)
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 14 January, 2013
ehehe..cm budak skolah !!
Cikrosecute Cikrosecute 15 January, 2013
lainlah...design depan pun lain...akak dah lama tak baca novel..
cydayf cydayf 15 January, 2013
samalaa, kte suka jugak baca novel mat dispatch ni, best.. :D
Miss Zahirah Miss Zahirah 15 January, 2013
Mat despatch pun ade novel jgk yer.... cm best jer... cover pn cantik....
Ena's Stories Ena's Stories 19 January, 2013
Layan novel skali2 bes gak...lagi2 novel sempoi camni...
Gillette Flores Gillette Flores 20 January, 2013
Thanks for sharing :)
Cerita yang baik adalah cerita yang punya mesejnya sendiri dan memberi kesan yang positif pada pembaca :)

Maaf lama tak ke sini ya Boni.
Agak sibuk lewat kebelakangan ini :)