Semalam aku ke Tesco Rawang untuk menyertai satu pertandingan duet karaoke yang dianjurkan oleh SURIA FM bersempena siri jelajah mereka di tesco.
Malam sebelumnya, aku mendapat panggilan daripada seorang sahabat dan juga seorang penyanyi yang aktif menyertai pertandingan karaoke. Last-last minute dia ceritakan tentang pertandingan tersebut.
Jadi, selepas berbincang lama, kami mengambil keputusan untuk membawa Lagu Jiwa Lagu Cinta dendangan Mawi dan M.Nasir untuk dipersembahkan untuk pertandingan tersebut. Semalaman berlatih. Siap ada tarian lagi untuk menghiburkan audience.
Sesampainya di Tesco keesokan harinya(semalam), tanpa rasa curiga, kami terus mendaftar. Secara tiba-tiba aku dapat rasakan seperti seekor kura-kura menggigit-gigit cuping telinga kecil aku ni bila mendapat tahu, lagu berdasarkan apa yang ada di dalam senarai. Pergh!! Rasa macam nak amuk kat situ. Semuanya lagu duet lelaki dan perempuan. Tapi nak buat macam mana, alang-alang dah ada kat situ, takkan nak tarik diri. Keputusan terpaksa dibuat. Akhirnya kami memilih lagu Ombak Rindu.
Apa kejadahnya jantan dengan jantan nyanyi lagu ombak rindu. Hadoi. Memang tak boleh nak feeling lah. Tatap muka pasangan duet aku pun dah boleh buat aku hilang keupayaan untuk ereksi selama seminggu. Hahahaha.
Tunggu punya tunggu, akhirnya tibalah giliran aku dan pasangan duet aku. Naik je pentas , dah ada insiden yang sangat Ho Liow! Pasangan duet aku tersadung kaki, terjatuh dan terpukul celah kangkang si Nabil Rajalawak yang jadi pengacara untuk pertandingan tersebut. Muahahaha. Tertunduk Nabil menahan sakit perut. Hahahaha.. Hadoi. Mungkin sebab tu, kitorang tak menang. Hahahahaha.
Nabil Rajalawak |
P/S : Nabil memang sporting, ada juga ayat aku menyakat dia atas pentas, dia pun boleh balas balik dengan sempoi. Terbaekk! Hebat juga beliau jadi pengacara. Dan , lagi satu, hari ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada JEJAKA PULAU ini yang tak berhenti-henti menyokong dan membaca setiap entri yang aku keluarkan. Thanks bro. Aku kadang-kadang sangat-sangat terharu dengan member-member di alam maya ni yang terus-terusan menyokong aku tanpa henti. Thanks again bro. :)
mohon satu cideo nk dgr
hahaha