Episod lepas --> PT3 - Kenangan Yang menjengkelkan Pada Suatu Ketika Dahulu
KEJADIAN KE EMPAT
Lokasi - Kawasan Taman Perumahan
Kejadian ini pula berlaku di dalam kawasan taman perumahan rumah aku. Kejadian sekitar 2020. Ok. Aku tipu. Tahun berapa aku tak berapa ingat, tapi masa umur aku dalam lingkungan 11 tahun.
Dalam umur sebegitu, aku mengalami satu perubahan hormon yang amat ketara. Aku menjadi seorang kanak-kanak lelaki yang comel,periang dan gatal. Pantang tengok kanak-kanak perempuan comel, pasti aku akan sedaya upaya melambaikan senyuman aku. Paling hamis pun, aku akan mengenyit-ngenyit mata secara menggila. Sampai satu tahap, mata aku terkenyit-kenyit dengan sendirinya. Hampir-hampir juga aku digelar 'Budak Kenan' oleh segelintir masyarakat yang selalu memandang sinis kepada aku.
Ok, cerita bermula ketika aku sedang khayal berjalan balik daripada sekolah agama. Dalam khayalan tu, aku membayangkan yang diri aku adalah adiwira Gaban. Dalam pada aku berkhayal tu, secara tiba-tiba aku ternampak seekor kucing betina yang agak seksi. Entah macam mana, aku terbayangkan pula kucing tu sebagai seekor raksasa jahat, gemuk pendek dan kejam yang berpotensi menyerang aku. Pada ketika itu, berbagai aksi dan ayat-ayat adiwira yang terkeluar. Siap aku terguling-guling konon-konon terkena serangan raksasa tersebut.
Dalam khayalan yang sangat-sangat dasyat tu, tiba-tiba pula seorang kanak-kanak perempuan yang agak comel melintasi kawasan pertarungan tersebut. Khayalan aku lesap. Aku terus membelai dan mencium-cium kucing tersebut dengan penuh kasih sayang. Semuanya adalah untuk membuat kanak-kanak perempuan tu terpikat dengan aku. Yelah. Gadis mana yang tak terpesona dengan jejaka yang penyayang kan? Betul tak?
Tapi, aku tak sangka sama sekali. Rupa-rupanya tu adalah detik hitam yang mencemaskan bagi aku. Dalam pada aku menunjukkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi tu, mata aku tak pasal-pasal terkenyit-kenyit. Agaknya kerana geram melihat kening dan bulu mata aku yang laju bergerak-gerak, kucing tersebut terus menerkam dan mencakar muka aku. Humangaih!!! Hilang terus kasih sayang aku. Hilang terus gaya maskulin yang sedang aku tampilkan dari tadi. Yang ada hanyalah suara tempikan aku yang sangat buruk dan sengau sambil berlari lintang pukang menahan kesakitan.
Memang betul-betul aku kena serang dengan raksasa hari tu. Muahahaha.
KEJADIAN KE LIMA
Bersambung. Heh heh
P/S : Seksanya bila susah gila nak online sekarang. Adoi!! Risaunya kalau-kalau aku kehilangan kawan-kawan di blog bila jarang-jarang update n BW ni. Sejujurnya skrin laptop aku pun dah tumbuh lalang dan semak disebabkan lama tak digunakan.