Semalam aku keluar beli goreng pisang suam kat tepi jalan area rumah aku ni. Sesampainya kat kedai pisang tu, aku pun turun dengan begitu bergaya sekali dari motor. Al-maklumlah. Awek ketika tu tengah ramai. Ada juga terselit ahmoi-ahmoi yang memang berkulit putih+merah+gebu. Idaman hati aku tu. Muehehehe.
Tanpa melengahkan masa, aku berjalan tegap menuju ke arah kedai. Kadang-kadang memang saja aku melenggok-lenggok dan menggetarkan punggung aku untuk mencairkan awek-awek dan ahmoi-ahmoi yang berada di situ. Semua mata tertumpu kepada aku. Rata-rata mereka menumpu ke bahagian punggung aku yang seksi dan bergetah ni. Gatal! Ada yang gelak-gelak dan ada yang tersipul malu. Aku mula rasa takbur. Bila dah rasa takbur tu, automatik mimik wajah aku bertukar menjadi mimik wajah seseorang yang sangat-sangat sombong dan berlagak.
Tanpa melengahkan masa, aku terus membeli goreng pisang suam tersebut dan terus berlalu pergi dari situ sambil membuat satu jelingan berlagak kepada awek-awek dan ahmoi-ahmoi yang masih lagi tersenyum memandang aku. Tak sangka. Memang betullah sangkaan aku selama ni. Memang aku mempunyai pesona yang tersendiri!!
Sesampainya di rumah, belum sempat aku duduk, aku terpandang cermin besar yang berada di ruang tamu. Alangkah terPESONAnya aku bila melihat punggung aku sendiri! CHIT!!! Patutlah semua pandang aku!! Seluar aku koyak rupanya!! Pergh! Dah lah aku ni kategori manusia yang tak reti nak pakai spender time cuti!! Punggung gebu aku akhirnya telah dicabuli oleh mata-mata manusia! Hampeh!!
Lama juga aku pakai seluar ni. 3-4 tahun rasanya. Nampak tak kesan koyak kat bahagian punggung tu? |
Besar tak besar lah! Aku boleh keluarkan tangan aku dan buat peace lagi! |
P/S :- Minta jasa kalian semua untuk membantu seorang jejaka misteri ini untuk mengundi beliau yang sedang bersaing sengit dengan blogger Ben Ashaari. Klik --> JEJAKA MISTERI <-- dan ikuti langkah-langkah yang tertaip di sana.
-KEHADIRANKU MENARIK PERHATIAN GADIS SEMASA-
-KEHADIRANKU MENARIK PERHATIAN GADIS SEMASA-