Episod lepas klik
KEJADIAN KE TIGA
Lokasi - Rumah Lama Aku Di Selayang Baru
Aku dulu mempunyai seorang kawan bergenre wanita. Pasti korang masih ingat tentang budak perempuan belakang rumah tu kan? Ok, selain daripada main masak-masak, kitorang selalu juga main pelbagai permainan hinggakan aku dah lupa sebab terlalu banyak sangat permainan yang kitorang main.
Pada suatu hari, aku pernah beli asam yang bulat-bulat tu. Biasa tengok tak? Dalam kapsul. Kebetulan, kebetulan memang dulu-dulu aku ni taik hidung masin. Kedekat payau kategori likat punya. Sedang enak aku menikmati kemasaman asam tersebut, secara tiba-tiba budak perempuan belakang rumah tu minta sikit. Memang tak dapatlah! Disebabkan dia hampir menangis, aku pun cakap kat dia..
" Sebenarnya, asam ni diperbuat daripada taik hidung. Cuba korek hidung lepas tu makan. Sama rasa dia. Tak percaya cuba buat.",arah aku sambil menyorokkan asam tersebut.
Tak aku sangka. Betul-betul budak tu buat. Oh! Rasa serba salah pula aku. Sejak daripada hari tu, budak perempuan tu dah jadi seorang penggemar taik hidung sendiri. Hari-hari aku nampak dia korek hidung senyap-senyap, gentel dan terus kunyah taik hidung sendiri. Apakan daya. Bila dikenang-kenang semua, memang salah aku yang terlalu kedekut.
KEJADIAN KE EMPAT
Bersambung lagi lah nampaknya. Rasanya terlalu banyak nak cerita ni.