Aku rasa aku yang paling lambat buat entri untuk event Nuffnang ni. Bukan apa, kadar tekanan air dalam badan aku agak tinggi kebelakangan ni. Mungkin sebab terlebih minum jus timun agaknya. Jadi, pada hari ni aku akan kupaskan serba sedikit event anjuran Nuffnang ni yang julung-julung kali aku sertai. Sebelum ni tak pernah lagi aku melibatkan diri dalam event dari Nuffnang. Mungkin disebabkan jawapan aku di dalam entri --> INI <-- yang menyebabkan pihak Nuffnang berasa takjub dan tertekan agaknya dan terus memilih aku untuk ke event tu.
Ok, beralih kepada event pelancaran LG Cinema 3D Smart TV yang berlangsung tersebut, aku sangat-sangat teruja. Sebenarnya, ni pertama kali aku tengok teknologi 3D sebenarnya. Yang aku cakap aku pernah pergi menonton wayang 3D tu adalah mitos semata-mata. Aku cuma pernah tengok 3D di TV3 satu ketika dulu yang menayangkan filem JAWS. Tapi masa tu, aku pun tak faham apa yang dikatakan 3D tu. Aku tengok tak ada perbezaan pun. Tak terkeluar pun ikan jerung tu daripada tv. Yang aku nampak skrin tv aku warna hijau je. Macam tak ada effect pun cermin mata 3D yang boss besar(bapak aku) belikan dulu.
Tapi bila aku hadir ke event tersebut yang menayangkan beberapa ketul LG Cinema 3D Smart TV, aku rasa. WOW!!! Seolah-olah aku berada di dalam dunia lain. Seketul-seketul objek dalam tv tu terkeluar daripada tv. Pergh!! Tangan aku terkapai-kapai untuk menyentuh objek-objek yang terkeluar tu, padahal dah tau dah yang tu 3D. Rasa macam nak duduk depan tv tu sambil kunyah-kunyah k-pop PopKorn. Memang sangat-sangat jakun aku masa tu. Walaupun aku cuba mengawal kekacakan yang telah aku sematkan dalam diri, namun dalam hati aku betul-betul sangat-sangat dan hyper teruja. Rasa macam nak bawa balik tv tu. Yang buat aku terkemut-kemut, tatkala aku menonton satu LG Cinema 3D Smart TV bersaiz 72inci. Pergh!! Korang bayangkan besar tak besar. Objek yang terkeluar daripada tv tu lagi lah besar. Aku hampir terjatuh bila cuba mengelak objek-objek yang secara tiba-tiba terkeluar daripada tv tu. Nampak tak? Aku ibarat tarzan yang baru keluar dari hutan!!
Kesimpulannya, jika ada modal memang aku nak ambil satu LG Cinema Smart TV. Alang-alang yang bersaiz 72inci tu. Sebab aku amat berpuas hati dengan apa yang ditonjolkan oleh syarikat LG. Memang seolah-olah aku berada di dalam dunia yang lain. Jadi, jom layan gambar-gambar aku sewaktu di event pelancaran LG Cinema 3D Smart TV tersebut. Gambar tak banyak sebab aku tak ada kamera DSLR mahupun kamera kompak. Nak bawa keluar handphone murahan aku untuk tangkap gambar , aku jadi malu-malu arnab.
Pose sambil memakai cermin mata LG Cinema 3D Smart TV. Memang smart. Ditambah lagi dengan kadar kesmartan tuan punya blog. Muahaha. LG Cinema 3D Smart Tv LG Cinema 3D Smart TV |
Kami sedang melantak santapan yang disediakan semasa event tersebut. Kat dalam panggung wayang kata kau! First time aku masuk dalam bilik GOLD CLASS ni. |
bergambar kenangan bersama bakal bini. EH! Haha. Sumber gambar www.siezuka.com. |
antara blogger yang hadir pada malam itu. KAK SHA, BRO FRAMESTONE, FAZROL.COM, MADAM MONDOQ, DHIYAZ, CIK LILY PUTIH dan juga BONI. Dey! Nama sendiri pun nak masuk ke?! |
Entah apa lah yang si KID tu excited sangat ye? Dari kiri, aku, Siezuka, Bro Framestone, Madam Mondoq, Kid, dan Kak Sha.
Bergambar di luar pula. Kali ni terselit awek berbaju putih kat sebelah aku.Beliau adalah blogger yang bernama Cik Wawa. Cantik orangnya. Sumber gambar www.ciklilyputih.com.
Masih lagi mod bergambar. Cik Lily Putih ni sangat-sangat sempoi orangnya.
EH! Salah gambar. Sesat pulak gambar ni. Ini bukan event pelancaran LG Cinema 3D Smart TV tapi ni masa event pelancaran kedai Kawasaki Motorcross. Saja nak buat korang jeles. Hahaha. Lepas ni aku akan cerita pula pasal event Kawasaki ni pula. Dah pernah aku buat sebelum ni. Tapi aku masih belum tepati janji untuk buat sambungannya kan? Jadi, tunggu! Sumber gambar www.broframestone.com.
P/S :- berkenaan entri semalam. Iaitu entri
Aku mendapat bermacam-macam feedback. Jadi, kesempatan ni aku ingin perbetulkan sedikit salah faham yang berlaku di situ. Sebenarnya kami bergurau je sesama blogger. Entri yang dorang terbitkan juga adalah entri melawak dan menyakat aku. Jadi bukanlah ada unsur-unsur negatif seperti mengutuk sesama blogger. Ulang suara. Kami hanya bergurau sesama kami. Haha. Untuk merapatkan silaturahim sesama blogger. Jadi, harap salah faham tu akan terungkai. Dan lagi satu. Aku bukan blogger femes. Sebab aku hanyalah seorang blogger picisan yang tak ada peminat. Yang ramai tu semuanya adalah kawan-kawan blogger. Hahaha. Dan bila aku selidik komen-komen kat entri sana, aku rasa malu yang amat-amat. Blushing-blushing pipi aku ni. Terpaksa aku sorok kemerahan pipi aku dengan legging pink jiran aku.
|