Entah di mana, entah bagaimana, secara tiba-tiba terpercik kahak aku dan tepat mengenai kepala anak jiran aku yang berumur dalam lingkungan 17 tahun. Dan tak semena-mena beliau berlari laju-laju dan masuk ke dalam rumah sambil meronta-ronta kegelian. Semua ini terjadi tatkala aku sangat-sangat terkejut dengan penerbitan entri oleh satu pasangan suami isteri blogger yang terang-terang mengumpat aku secara bertulis.
Pergh! Aku tak tau nak cakap apa. Speechless bak kata Justin Bieber. Pasti korang nak tau entri apakah itu? Nak menghuraikan panjang-panjang, aku tak berkemampuan. Sebab tahap pemikiran aku di setting bukan untuk menghuraikan tapi lebih kepada menghancurkan. Jadi, korang baca lah sendiri. Baca entri tersebut sehingga habis dan buatlah rumusan korang sendiri. Aku? Aku hanya mampu speechless. Speechless di pagi Sabtu sambil membelai manja perut buncit tapi comel aku ni.
Klik --> BLOGGER FAMOUS YANG PERASAN BAGUS!! <--
Selepas beberapa hari menerbitkan entri ni. Banyak feedback yang negatif diterima aku dan juga blogger suami isteri ni. Sejuta kemaafan aku panjangkan kepada blogger suami isteri ini. Kepada yang membaca ni, sebenarnya entri di sebelah sana memang mengumpat aku, tapi mengumpat perkara yang ELOK-ELOK sahaja. Harap penjelasan ini dapat meleraikan salah faham yang berlaku sepanjang entri ini diterbitkan.