Ayam Kampung Batang Benar - Ikan Keli Bakar Sedap

Ayam Kampung Batang Benar - Ikan Keli Panggang Sedap

Masih ada yang ingat kat gambar instagram aku petang tadi? Gambar yang aku paparkan  sosok ikan keli bakar yang sedang terbaring seksi dalam sekeping pinggan? 

ayam kampung batang benar, ikan keli sedap, ikan keli, ikan bakar, ikan keli bakar sedap, ikan keli bakar terbaik, restoran ikan bakar, ayam kampung, ikan bakar
Nampak sedap dan menyelerakan kan?
Ok, sebenarnya tadi aku dan Abang Mail ada tugasan penting di Nilai. Macam biasa, setiap kali ada tugasan kat sini, kitorang akan wajib singgah kat satu restoran ni. Berlokasi di Batang Benar. Ia adalah restoran kegemaran yang wajib kitorang singgah untuk makan tengah hari.

Apa yang menarik kat sini adalah juadah seperti ikan keli, ayam kampung, daging, sotong dan sebagainya yang dibakar Fresh. Pergh! Memang lazat. Bagi peminat ikan keli, aku memang sarankan korang untuk ke sini sebab ikan keli bakar dia memang antara yang terbaik pernah aku rasa setakat ni. Aku tak tau apa rempah yang digunakan untuk peram, tapi rasanya memang sempurna. Ditambah dengan sambal dan kicap yang bagi aku serba lengkap dari segala rasa. Bukan mudah untuk aku puji ni tau. Sebab memang sedap. Kalau dada aku ni boleh bercahaya macam Ultraman tu, memang ia akan menyala menandakan ikan keli bakar ni sedap betul. Memang ikan keli bakar yang terbaik dan sangat-sangat sedap.

ayam kampung batang benar, ikan keli sedap, ikan keli, ikan bakar, ikan keli bakar sedap, ikan keli bakar terbaik, restoran ikan bakar, ayam kampung, ikan bakar
Abang Mail hari ni cuba daging panggang. Dan dia kata memang sedap. Siap bungkus bawa balik. Itu tandanya apa?
Jadi, kalau korang terlajak ke Nilai, bolehlah singgah kat restoran ni. Memang menyediakan ikan keli bakar yang terbaik. Bukan ikan keli je yang terbaik, tapi kesemuanya memang terbaik. Tapi kalau korang memang peminat ikan keli macam aku yang kacak ni, aku memang betul-betul sarankan korang untuk ke sini.

ayam kampung batang benar, ikan keli sedap, ikan keli, ikan bakar, ikan keli bakar sedap, ikan keli bakar terbaik, restoran ikan bakar, ayam kampung, ikan bakar

Restoran ni sangat mudah untuk diterjah. Sebab ia terletak betul-betul kat tepi jalan besar. Dan restoran ini diapit oleh dua bendera Malaysia. Alamat aku sertakan kat bawah ni.

Ayam Kampung Batang Benar,
Jalan Besar Pajam-Nilai.
71700 Mantin, Negeri Sembilan

*Lepas ni boleh aku jadi duta kedai ni. Aku kena pakai kostum ikan keli dengan misai melentik macam orang tua gatal. Hahahaha.

{ 11 comments.. read them below or add one }

Miss N™ Miss N™ 28 November, 2013
haishh..kecur liur duk tgk..!
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 28 November, 2013
Wah sedapnya BK makan. Nak singgah juga la nanti bila pergi jalan Nilai.
Yana Yassin Yana Yassin 28 November, 2013
Wah, costume ikan keli yang x leh blah tuee... tapi i is suka ikan keli jugaaak, nak kena try nie. X sedap kita blasah boni. Muhahahhah.a
Suria Amanda Suria Amanda 28 November, 2013
Ye la...tgok pun sexy ikan keli tu...I mmg hantu ikan keli...
hazanis hazanis 28 November, 2013
tliur la pulop ike keli bakar tuh. lapor3..
fairus fairus 28 November, 2013
DULU KU TAK MAKAN IKAN KELI,
SEKARANG AKU DAH MAKAN IKAN KELI..

- TAK TEGAR -
hazman aka species1980 hazman aka species1980 28 November, 2013
Besar betul ikan tu... memang kenyang laa... nasi letak kuah dah cukup
ma ❥ ma ❥ 28 November, 2013
nampak sedap. tapi keli je ke ada...kalau yang tak makan keli.......
Unknown Unknown 28 November, 2013
tak makan ikan sungai..hikhik..:p
Aretikz Aretikz 28 November, 2013
Sungguh.. bila nampak jadi lapar.. huhu..
AnonymousAnonymous 04 December, 2013
hehehe feveret anak2 & hubby KA ni !