Aku Memang Suka Menyanyi
Aku pun tak faham kenapa aku dilahirkan memang suka menyanyi. Sebelum ni memang aku betul-betul obses dengan nyanyian. Tapi tergendala bila aku dah menyedari suara aku ni bukan suara yang boleh jual. Kadang-kadang bila aku dengar balik, macam bunyi suara katak kena pijak. Patutlah susah aku nak menang mana-mana pertandingan nyanyian. Jadi, aktiviti nyanyian aku tersekat di tengah jalan. Lagipun, bila difikir balik, ada natijahnya aku tak jadi penyanyi. Aku takut orang Confuse mana aku dan mana satu Aaron Aziz.Sama kan? Saling tak tumpah |
Jadi, hari saja aku nak persembahkan kat korang beberapa nyanyian yang telah berjaya aku rekodkan. Harap korang terhibur. Abaikan keadaan diri aku yang agak seksi tu.
Tetap Menantimu - Nomad
ku relakan jiwa - hazama (chorus)
ku relakan jiwa - hazama