Mendidik Biar Dari Teladan

Mendidik Biar Dari Teladan

Aku terpanggil untuk buat entri ni bukan sebab kena panggil, tapi memang disebabkan pengamatan deria ke enam aku yang terel ni. Apa yang korang faham dengan maksud mendidik biar dari teladan? Adakah mengajar ketam lompat bintang? Ok, bukan tu. Maksudnya adalah, kalau kita nak mendidik orang lain, biarlah dari teladan yang kita tunjuk.

teladan, tauladan, teladan baik, tauladan yang baik, mendidik dengan teladan, cara didikan yang betul, cara mendidik yang betul,
Ni dah tahap geram sangat ni. Hahaha. Sumber
Aku bagi contoh kat sini. Korang nak orang lain senyap dalam pejabat, tapi korang sendiri bising. Macam mana orang lain tu nak senyap? Kalau aku pun terus menyanyi lagu Gadis Jolobu.

Contoh lain. Kau marah orang lain kutuk Facebook, tapi korang sendiri dengan menggilanya sambil mulut berbuih-buih tanda teruja,  kutuk Friendster. Macam mana orang lain tu nak dengar cakap korang? Betul?

Dulu aku ada kisah hidup aku tersendiri. Waktu aku menjadi seorang Senior yang kacak malah disegani di alam semesta. Korang ingat nak Handle junior ni senang? Dalam Dorm aku ada 40++ pelajar. Ingat mudah nak suruh dorang semua dengar cakap aku? Contohnya aku buat jadual bertugas untuk sapu Dorm dan kemas Dorm. Ingat senang nak suruh dorang ikut cakap dan peraturan aku? Tapi apa yang aku buat? Aku Psikologi dorang. Setiap kali hari aku bertugas, aku akan buat. Setiap minggu. Tak ada satu minggu pun yang terlepas. Bila dah aku buat macam tu, korang rasa orang lain boleh dengar tak cakap aku? Dorang akan membantah tak cakap aku? Dah tentu dorang akan ikut cakap dan perintah aku. Dalam masa yang sama, tindakan tu tadi akan membuatkan kau dihormati. Lagi-lagi Senior dorang ni memang kacak dan ganas. Lagi lah dorang kena dengar cakap. 

Bila orang hormatkan kau, dia akan ikut segala arahan kau. Tak perlu nak memaki hamun dan tinggikan suara. Berbeza antara takut dengan hormat. 

"Eleh! Suruh orang lain buat, dia sendiri pun membongkang atas katil."

Kalau kau tak buat apa yang kau suruh orang lain buat, macam mana orang lain nak dengar cakap kau kan? Ini Reverse Psikologi sebenarnya. Bila kau buat dengan bersungguh, takkan ada sorang pun akan mampu pertikaikan arahan kau. Jadi, Post Mortem yang aku buat, jawapannya adalah... kalau kita nak mendidik orang lain, biarlah dari teladan yang kita tunjuk. Kalau kau dah tunjuk teladan yang baik kat orang lain, untuk orang lain tu dengar arahan kau, InshaaAllah tak susah. 

Macam aku dulu, aku silap tunjuk teladan. Yang bagus aku tunjuk yang biadap pun aku tunjuk. Kalau masuk Dorm aku dulu, memang tak sah kalau tak dengar bunyi kentut berlawan-lawan. Tu hasil didikan aku juga tu. Hahaha.

6 comments.. read them below or add one

SITI SITI 15 April, 2014
Betul tu bro..
Kena tunjuk baik dahulu, baru lah orang akan ikut.. Kalau perangai kita pun malas, dan buat kerja lebih kurang, macam mana nak didik orang lain yang lebih muda berbanding diri.. tak pasal2 kena sound pula..
Kentut depan pintu tu memang takleh tahan. XD
Unknown Unknown 16 April, 2014
Tak sah tulis kalau takde kacak eh? hehe..ganas ke dulu2? mcm tak je?
Betul tu Boni. Contohnya, kakpb tak suka rumah berserak dan tentulah taknak org lain buat serak. Kakpb kena tunjuk yg kakpb rajin kemas, lap itu ini sbg contoh pd anak supaya dia pun buat benda yg sama. Tapi....Ya Allah..tak ikut juga. Moral of the story, kena pegang rotan baru ok!!
ok tak?
akubiomed akubiomed 16 April, 2014
Siapa yang nakal nih. Habaq mai. :-)
fairus fairus 17 April, 2014
BEGITULAH KITA MANUSIA BONI...
Sheila Salim Sheila Salim 17 April, 2014
Assalamualaikum boni. ahhaa sengal betul.. tauladan baik buruk dia show off juga. hahaha masak anak2 didikan ;p
Intan Saffyna Intan Saffyna 17 April, 2014
hi,singgah follow blog awak :)