Hari ni jenuh aku dengar lagu-lagu 2ne1. Aku dalami bahasa-bahasa Korea supaya mudah untuk aku sambung Phd kat sana nanti. Dapat jugaklah aku ambik mood aku balik. Kalau tak, rasa nak tidur kat kaki lima je.
Aku dapat rasakan yang ini adalah berkemungkinan besar kerana badan aku dah terlalu EXHAUSTED agaknya. Aku perlukan tidur dan rehat yang berkualiti. Mungkin aku perlukan percutian sesekali. Aku nak mula menyimpan untuk beli set khemah ni. Boleh aku Camping kat laman depan rumah aku nanti. Harapnya esok mood aku akan kembali normal seperti sediakala.
Jangan terlalu paksa diri untuk cari duit. Kalau tak, jadi macam aku. Badan kalau dah terlalu penat, otak susah nak berfungsi dengan baik. Dapatkan rehat yang cukup dan berkualiti. Masalah aku susah nak tidur awal. Sendiri cari penyakit.
+Gadis Shoot +Irwan Alessa +Budak Nakal (saja nak test ilmu baru aku belajar ni. Hahaha)