Ini pun sebenarnya rancangan secara tiba-tiba disebabkan tokey aku Cancel Job pasang pelamin aku. Mungkin untuk menyimpan kehebatan, kekacakan dan kekreatifan aku untuk pelamin minggu depan. Mungkin juga atas permintaan pengantin minggu depan yang inginkan aku bertenaga, sihat, kuat dan berkarisma untuk memasang pelamin dorang nanti.
Jadi, disebabkan Sabtu tu aku, Bophairy, Reja Mus dan Razi tak ada apa-apa rancangan, kitorang terus buat keputusan untuk Shooting satu video.
Hari tu juga merupakan sesi penyerahan Komik Ultra Qalif episod terbaru kepada aku daripada pelukisnya sendiri iaitu saudara Bophairy Baharum. Skema betul ayat aku kan.
Nantikan kemunculan video dari Team Penyamun Inc. tersebut yang telah menelan kos yang sangat besar untuk menjemput tiga orang pakar dalam bidang permotoran. Video itu akan muncul bila-bila masa sahaja dari sekarang. Jikalau korang nak cepat video tu dipertontonkan, sila merayu damba pada aku dengan cara berpusing-pusing seperti orang sedang menari Ballet, membuat satu lompatan tinggi, dan terus jatuh dengan keadaan kepala terpacak di atas jalanraya. Selepas tu, kenyit-kenyit mata kat aku dan buat muka sedih seperti seekor kucing yang terkena gastrik. Lastly, sebut berkali-kali yang aku adalah seorang lelaki yang diciptakan terlalu kacak hinggakan melampaui kekacakan lelaki-lelaki dari Eropah. Kalau korang berjaya buat semua ni, aku APPROVE! Hahahaha.
Seorang penghibur yang hebat adalah penghibur yang mampu mempengaruhi orang lain untuk menuju ke jalan kebaikan.
P.S - baru edisi 1 ye Ultra Qalif ni...kena sambar satu ni..hee