Tengok muka je dah buat aku hilang selera nak bayar bil tu. Tak apalah, aku abaikan je. Mungkin sebab pagi tadi beliau tak mandi agaknya. Tu yang mengganggu kehidupannya kot.
Dah nak tiba giliran kitorang. Aku masih perhati gadis ni. Masih dengan wajah yang macam singa. Apa-apa pertanyaan semua ditanya dengan nak tak nak. Sampai satu tahap, sorang Uncle depan kitorang disergah macam nak kena makan. Mak aih. Dia ni lapar cendol ke apa? Semua orang dia macam nak makan.
Maka tibalah giliran kitorang, dan... masih layanan yang sama. Ada part dia macam melenting. Memang bagi bola tanggung betul. Bila dia tanya soalan, Abang Mail pulak menyinga. Baru ada akai sikit. Baru dia tau walaupun wajah kitorang jambu, jangan disangka tiada naga di dalamnya.
Agak musyhkil aku macam mana orang yang macam ni boleh ditugaskan duduk di meja paling depan sekali. Yang paling awal diterjah pelanggan. Bertudung manis, tapi sayang.. personaliti tak menggambarkan keperibadian.
Kalau tak nak kerja, berhenti. Sebab ramai lagi yang menanti peluang untuk dapat kerja tapi tak dapat-dapat. Kalau nak kerja buat cara yang betul nak kerja. Mungkin masa tu dia stress dan tertekan tapi sebagai seorang pekerja yang duduk di tempat pertanyaan pelanggan, tak sepatutnya bersikap macam tu. Perlu lebih bersabar, bertenang dan manja. Kena rajin buat muka kiut. Buang jauh-jauh amarah tu. Orang lain memerhati.
Memang ada Customer yang mungkin perangai buruk, busuk,keji dan pakai baju Ben 10, tapi jangan disebabkan Customer macam tu, Customer lain pulak jadi mangsa lepaskan geram. Kerja bahagian-bahagian macam tu memang memerlukan kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Jadi aku harap gadis tu akan berubah sikap. Kalau tak.. memang tak lama lah dia kerja kat situ.
Bukan bererti aku bagus dalam segala hal. Aku pun jua manusia biasa yang tak terlepas dari kesalahan, tetapi entri ni mungkin untuk renungan kita semua bersama agar menjadi lebih baik selepas ni. Walau apa pun kita, walau siapa pun kita, perlu lebih positif dan bersabar dalam segala hal.