CHOCOLATE MOIST SEDAP AREA SELANGOR DAN LEMBAH KLANG
Aku ni antara ribuan lelaki kacak bergaya tapi Humble yang agak meminati coklat. Apa-apa pun yang diselaputi coklat pasti akan membuat nafsu aku bergentayangan ibarat seekor harimau yang tunggu masa sesuai untuk menerkam mangsa kebiasaannya iaitu belalang.Antara yang memang membuat aku teruja dan menonjolkan sifat gatal aku adalah Kek Coklat Moist. Tapi tak semua memenuhi citarasa aku yang sedikit High Taste dalam arena pemakanan ni. Aku memang sensitif sikit bab makan. Kalau aku rasa Kek Coklat Moist tu tak sedap, memang aku terus pangkah.. Kalau ikutkan hati aku nak je amuk satu taman aku ni, tapi aku takut. Lagi-lagi bila aku kunyah Kek Coklat Moist tu, aku rasa macam sesuatu yang tengik masuk dalam mulut aku. Aku tak tau kenapa boleh rasa macam tu. Aku tak tau proses pembuatannya. Kalau ikut aku punya tekaan, mungkin dia pakai minyak murah ataupun minyak SecondHand.
Baru-baru ni ada seorang peniaga memperkenalkan aku kat produk Kek Coklat Moist yang dibuatnya. Aku terus tergelak manja. Apa dalam fikiran dia sebenarnya? Aku tengok muka dia pun aku tau memang tak berbakat langsung nak buat Kek Coklat Moist, apalagi Cup Cake. Muka tak berseni langsung.
Tapi bila aku tengok ramai kawan-kawan dia yang dah pun rasa kek dia memuji damba Kek Coklat Moist dia tu, aku terus Courage (Courage ni was-was kan maksud dia?). Sangkaan aku dorang tu cuma nak jaga hati je. Maklumlah, takut kecik hati. Hati kawan-kawan kena jaga.
Nampak biasa-biasa je. Sekali pandang macam kek cokelat. Dua kali pandang nampak macam wajah seseorang yang penuh dengan taik lalat beso. |
KEK COKLAT MOIST TERBAIK DI SELAYANG
Sekali je masuk dalam mulut aku.... WOW!! Ini memang Kek Coklat Moist tersedap pernah aku kokak dalam sejarah hidup aku. Ok, No Wonder lah kawan-kawan dia yang lain puji dia. Bukan sebab nak jaga hati atau pun nak kipas kawan. Tapi memang ternyata dan terbukti yang Kek Coklat Moist ni adalah yang terbaik aku pernah rasa.Wow.. Bila bukak bekas plastik tu.. terserlah aura kecoklatannya.. Humangaihh. |
BELI ONLINE KEK COKLAT MOIST
Dari segi rasanya, aku boleh katakan yang proses pembuatannya memang tak kedekut bahan. Dibuat dengan penuh rasa sayang. Itu yang penting. Ni memang nak berniaga. Bukan macam sesetengah peniaga yang buat semata-mata nak dapat duit je tapi rasa hampeh dan mengecewakan aku.Aku boleh jamin yang korang akan Melting dengan rasa kek ni. Ia Juicy bila menyentuh lidah korang dan rasa berlemak bila dikunyah. Hmm.. Aku pun macam nak Order lagi ni. |
TEMPAHAN ONLINE KEK COKLAT MOIST DI SELANGOR DAN LEMBAH KLANG
Aku memang rekemen korang beli Kek Coklat Moist daripada beliau. Sebab, aku puas hati dengan apa yang aku rasa tu. Aku bukan makan sampah, tapi aku makan Kek Coklat Moist yang dibuat dengan penuh rasa. Kek Coklat Moist ni memang sedap! Dan aku sendiri pun nak rasa lagi lepas ni.
Kalau korang nak Order, boleh terus Wasap nombor yang ada kat bawah ni. Aku berani jamin, korang takkan menyesal.
WASAP : 016-2213569