TER FLASHBACK KISAH SEKOLAH DULU

Sejak Group Wasap X kelas aku diwujudkan, fikiran aku mula berputar-putar dan merewang ke zaman aku sekolah dulu. Banyak yang bermain dalam fikiran aku. Berbagai-bagai kenangan menjelma. Cukup membuat bibir seksi munggil aku ni tersenyum manis.

Kenangan-kenangan dulu ada yang manis dan ada juga yang pahit. Bila teringat balik sorang demi sorang kawan aku, rasa macam nak undurkan balik masa tu. Nak aku undurkan balik dan cipta kenangan yang manis biar lebih daripada yang pahit. Kalau tak, asyik teringat kenangan kena kejar Rela sebab lepak kat rumah flat belakang sekolah menanti masa perhimpunan sekolah habis. 

Masih aku teringat kisah sorang Junior aku yang tak pasal-pasal terterjun dalam longkang loji sebab tak lepas lompat melangkaui longkang tu. Masa tu kitorang kena kejar dengan Rela. Aku kat depan. Tau-tau aku dengar bunyi macam benda jatuh dalam air. Aku toleh-toleh, aku nampak dia dah terbongkang dalam longkang tu sambil mintak tolong kat aku. Aku terus lari pecut sambil gelak terbahak-bahak. 

Antara kisah lain, aku dengan sorang kawan aku kena kejar dengan Rela jugak kalau tak salah aku. Kitorang menyorok dalam semak tepi jalan. Aku kat semak belah kiri jalan, Kawan aku tu kat semak belah kanan jalan. Dalam bahasa yang lain, dia semak berhadapan semak aku. Aku nampak semak member aku tu goyang-goyang. Bila Rela lalu je, semak tu diam. Bila Rela dah pergi, aku nampak kawan aku melompat keluar dari semak dengan keadaan kelam-kabut. Rupanya semak dia penuh dengan semut api. Hahahahaha. Padan muka.

Kenangan dengan budak kelas aku tak banyak mungkin sebab aku tak suka belajar dan tak suka duduk dalam kelas. Kalau tak salah aku, masa sekolah aku banyak dihabiskan dengan aktiviti Unit Beruniform. Entah kenapa aku serahkan jiwa aku lebih 80% dalam Unit Beruniform berbanding belajar. Aku langsung tak minat nak belajar. 

Tapi kenangan yang sikit dengan budak kelas aku buat ia sangat istimewa dalam hidup aku. Walau tak banyak tapi sebenarnya ia sangat manis. Aku masih lagi simpan kenangan-kenangan dengan dorang. Dan aku hargai sangat-sangat detik tu. Ia lagi Special daripada kenangan-kenangan yang lain sebab ia Sweet. Hehe. Thanks Guys!

KENANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS, SMK IDEAL HEIGHTS, SMKIH DALAM KENANGAN

Mana satu aku? Klu --- > #BotakItuAku

KENANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS, SMK IDEAL HEIGHTS, SMKIH DALAM KENANGAN

KENANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS, SMK IDEAL HEIGHTS, SMKIH DALAM KENANGAN
Dikelilingi amoi amoi putih gebu sampaikan Over Shadow aku yang hitam ni.
KENANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS, SMK IDEAL HEIGHTS, SMKIH DALAM KENANGAN

KENANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS, SMK IDEAL HEIGHTS, SMKIH DALAM KENANGAN

Gambar-gambar jamuan kelas akhir tahun kat FRIM. 

KENANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS, SMK IDEAL HEIGHTS, SMKIH DALAM KENANGAN, Bila masing-masing dah berumahtangga dan beranak-pinak, baru aku sedar yang aku ni sebenarnya dah tua. Selama ni aku tak pernah rasa tua. Aku rasa macam remaja lelaki yang kiut berumur dalam lingkungan 16 tahun je. 

1 comment... add one now

islam didadaku islam didadaku 12 February, 2015
flashback masa lalu menyimpan banyak kenangan indah