First Of All, aku setelkan pos dua objek kepada dua insan terpilih kat kedai yang menyediakan perkhidmatan pos laju. Kemudian aku pecut laju-laju ke pejabat pos untuk setelkan perkara yang perlu disetelkan. Aku pun pelik apsal aku tak poskan dua objek hebat tadi kat pejabat pos tu je. Nampak bengap jugak aku ni kadang-kadang.
Tapi tak apalah. Lagipun, pejabat pos tu padat gila dengan manusia. Aku buat keputusan untuk pergi ke pejabat pos Rawang. Tapi hampeh. Sama jugak ramainya manusia.
Alangkah indahnya kalau pejabat pos kat Rawang selengang dan seKrik-Krik ni. Credit |
Demm. Apsal tak boleh masuk syiling baru pulak? Dah lah aku tak ada stok syiling lama. Kebanyakan urus niaga sekarang ni dah pakai syiling baru. Bukan syiling lama. Jadi memang banyak stok syiling baru je lah kat aku. Ni yang aku mula nak mencarut ni. Apa kejadahnya buat syiling baru tu kalau mesin-mesin Parking, telefon awam dan macam-macam lagi mesin tak boleh terima syiling baru?
Adoi. Menyusahkan aku betul. Menyusahkan orang ramai betul. Kes ni aku ibaratkan macam korang buat monopod tapi satu jenis Handphone pun tak boleh nak masuk kat monopod tu. Serupa tak payah buat. When The Fahrenheit Going Through The Dark, The Evil Will Show Off! Kan! Aku dah mencarut dalam bahasa yang aku sendiri pun tak faham.