Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara

Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara. Pada hari Rabu bersamaan 10 Oktober 2012, satu acara berkenaan kempen kanser telah dianjurkan di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara. 


Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU kampus Damansara

Acara itu adalah acara membotakkan kepala bersempena kempen untuk meraih dana untuk disalurkan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit kanser di 'Home Of Hope' Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.  

Pada hari itu menyaksikan seramai 33 orang sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar daripada seluruh negara membotakkan kepala mereka. Kempen ini juga menyaksikan kesungguhan yang dipamerkan oleh 33 orang sukarelawan ini mengumpul dana daripada pelbagai sumber termasuklah daripada keluarga dan juga rakan-rakan sehingga berjaya memperoleh dana sebanyak RM 41,287. Satu usaha terpuji oleh mereka. 


Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU kampus Damansara

Kempen ini juga sebenarnya adalah satu kempen bersempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak di Amerika dan juga Kanada. Matlamat utama pihak penganjur adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kanser kanak-kanak dan mahu Bulan September diiktiraf sebagai Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak di Malaysia.

Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia , Dr Saunthari Somasundaram memuji usaha pelajar dan kakitangan Kolej Universiti KDU membantu mempromosikan kesedaran mengenai kanser kanak-kanak ini. Beliau percaya bahawa usaha ini perlu dibuat satu contoh dan diteruskan oleh universiti-universiti lain di Malaysia.


Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU kampus Damansara
Acara Membotakkan kepala para sukarelawan
Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU kampus Damansara


Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU kampus Damansara
Chef Gerhard Albrecht. Beliau ni sangat kelakar orangnya. 
Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU, kampus Damansara
Chef Raymond Tham. Antara yang menjadi perhatian pada hari itu.
Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU kampus Damansara
Dan ini pula adalah seorang sukarelawan wanita yang sangat sporting dan comel.
Acara ini berakhir dengan wakil daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia iaitu Dr. Gogilawani Muagan menerima replika cek yang bernilai RM 41,287 tersebut. 


Acara penyerahan cek replika kepada Dr Gogilawani Muagan.
* Kempen ini ditaja bersama oleh Chezz Hair Academy, Estee Lauder, Global Repro Printers, Mano's Depiction Photography dan Thiaga 90 Studio.

Botakkan Kepala Untuk Kempen Kanser Di Kolej Universiti KDU kampus Damansara





P/S : Memang timing yang sangat tepat. Aku pun baru je gondolkan kepala aku. Hahaha. Share kempen ini dengan menekan button Share. Mohon disebarkan.





{ 57 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 12 October, 2012
Assalam, hahaha... gondol semuanya... satu usaha yg sangat terpuji.... aku baru jugak potong rambut nie... tapi tak lah botak...cuma pendek jer... eh, Boni mana gambar botak koe tu... aku nak tengok... hahahha... bagaimana rupanya tu... ?
cci cci 12 October, 2012
wah... bagus gak kan kalo kempen mcmni diadakan di malaysia.. ^_^ paling sempoi bila ade wanita yg botakkan kepala.. ^_^ cam sharifah amani tu.. ngee.. ^_^
fairus fairus 12 October, 2012
TAK PERNAH LAGI BOTAKKAN RAMBUT.. BAGUSLAH DIORANG, USAHA YANG TERPUJI..
Unknown Unknown 12 October, 2012
usaha yg murni demi sesuatu yg bermakna......
dhiashahida dhiashahida 12 October, 2012
bg sokongan pada ditimpa musibah..adakah boni menggondolkan kepala sbb kempen ni..:)
Aliff Haikal Aliff Haikal 12 October, 2012
Usaha murni . Niat suci :)
fifie fifie 12 October, 2012
Boni join ke tidak nie ? Hikhik. Niat tu ikhlas
Niesa Niesa 12 October, 2012
betul ke peserta wanita tu botakkan kepala??perrggh!mmg tabek spring la kt pmpuan tu snggup botakkan kpala dia..
Bro Framestone Bro Framestone 12 October, 2012
Awat xtayang kepala botak mu ek?
Bro Framestone Bro Framestone 12 October, 2012
Awat xtayang kepala botak mu ek?
hnahdy hnahdy 12 October, 2012
tiba2 jadi risau. cmna kalau botakkan kepala pastu rambut xtumbuh dah.huhu
Cikgu Ma Cikgu Ma 12 October, 2012
ada gak tengok dalam berita pasal kempen ni...sya tak nak botak la...hehe
ceklala ceklala 12 October, 2012
ingatkan boni join kempen ni jugak sebab terperasan kepala dah gondol jugak hihihi

p/s: kalo nak join aktiviti murah sy sile tinggalkan contact no kt email sy yek :)
Gillette Flores Gillette Flores 12 October, 2012
Salute!
Gill suka sgt dgn benda2 mcm ni. :)
Weekend ni pun nak gi melepak dgn anak2 yatim dekat Kuantan. Nak follow? Heheheh...

P/S : Boni, Gill pinjam nama awak untuk entry Gill (entry merepek) semalam. Sorryyy. Lupa nak cakap.

http://gilletteflores.blogspot.com/2012/10/satu-petang-di-tasik-titiwangsa.html#!/2012/10/satu-petang-di-tasik-titiwangsa.html
Melastik Bintang Melastik Bintang 12 October, 2012
kalau ko lewat sikit boleh la join event ni boni...ada la gambar kacak ko...hahahaha
Saya Disini Saya Disini 12 October, 2012
semua kene botakkan kepala ker?abis la..xkacak daaa
cheryna zamrinor cheryna zamrinor 12 October, 2012
ok. harap semangat pesakit2 tu dapat difahami oleh rakan2 gondol sekalian.

yg pompuan tu cina ke melayu?
*macam lawak ke der pulak rasanya soalan tu, tapi yes, itu soalan serius*
wantie wantie 12 October, 2012
usha sorang sorang pics dalam gambar tu. mana tau terselit wajah si kacak kamu tu. hampeh.. tak de pown.

lynndAmya lynndAmya 12 October, 2012
wahhh seronoknya gondolkan rambut ye, haha btw ni satu aktiviti yg murni lagi bijak, tahniah pd yg terlibat :D gempak gila pempuan yg pun botakkan kpale tu (@_@) haha
Unknown Unknown 12 October, 2012
boni ada potong rambut x?
Reena Sidek Reena Sidek 12 October, 2012
tabik kat perempuan tu sanggup botak kepala jugak...
Shida Radzuan Shida Radzuan 12 October, 2012
erkk pompuan pn ke?? ekekee :p
mujagirl92 mujagirl92 12 October, 2012
mananya gambar gondol abang boni nye,, grrr
aliza aliza 12 October, 2012
usaha yg amat baik dan patut diteladani oleh kolej/ u lain.. harap2 kempen ni disokong oleh ramai student,..
ஜ miss klanika ஜ ஜ miss klanika ஜ 12 October, 2012
bagusnya lelaki yang join ni. tabik la !
Cikrosecute Cikrosecute 12 October, 2012
mana gambar boni botak kepala kikiki...nak tengok..
AnonymousAnonymous 12 October, 2012
letak le gambar tu leh jad cermin hehehe
Lea Isnawi Lea Isnawi 12 October, 2012
tak berapa suka tgk lelaki b0tak
seram je tgk kepala berkilat..weee
Myra Jay Myra Jay 12 October, 2012
Tahniah pada yang menyahut cabaran :) Ingatkan Boni ada tadi :D
Syarih Syarih 12 October, 2012
tahniah kepada mereka yang sanggup mengorbankan rambut mereka demi menyumbang untuk tabung kanser itu.. moga usaha murni mereka ini dapat membantu mereka yang menderita itu.
Gillette Flores Gillette Flores 12 October, 2012
Tak pasal2 nama Boni Kacak femes di kalangan kwn2 saya yang baca blog saya tadi. Lol!
Thanks to Boni.
You made my day (dgn hanya pinjam nama aje) ;p
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 12 October, 2012
mana gambar botak u boni ? xnak share jugak ke? kekekekkekekekkekkekkeke :D
Denaihati Denaihati 12 October, 2012
tahniah, banyak kutipan kempen Kempen Kanser ni. kira bro training untuk tahlul nanti ni...heeee
Unknown Unknown 12 October, 2012
wow, comelnya sumpah nak jugak, haha

lelaki yang berani adalah lelaki yang berjaya botakkan kepala tanpa rasa menyesal, ehh dan mereka seksi jugak. kakaka
are_lin@yu are_lin@yu 12 October, 2012
wahh byknya dana yg dpt kumpul ;-)
✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ 12 October, 2012
kolej KDU?? urmm dkt SS2 ke?? huhu.. hamboi, dah jd skin head dah.. ringan kepala lepas ni... kutu pun hilang sekali.. XP
Yousake NKRI Yousake NKRI 12 October, 2012
artikel yg cukup menarik, dan patut di bookmark..
makasih ya..

#Salam sahabat dari saya
Unknown Unknown 12 October, 2012
terbaekk nie.. sokong 100%
Unknown Unknown 12 October, 2012
perghh..gua kalau botak memang macam banduan dah..hahaha
aku HaniAsyira aku HaniAsyira 12 October, 2012
sepatutnya ada gambar boni kat sebelah tuh. baru masuk
maszull maszull 12 October, 2012
assalamualaikum Boni...menarik ni satu usaha yang murni n moga dapat diteruskan selalu...:)
Arina Shamsul Arina Shamsul 12 October, 2012
Satu usaha yang harus diberi pujian :)
PinKy MoMMa PinKy MoMMa 12 October, 2012
boni gondolkan sebab aper huhu..sebab ikut kempen ke sebab nak kasi nampak macam castello ;p
Potia Casadelarossa Potia Casadelarossa 12 October, 2012
pergh giler bro... mompuan pom botak gak bro? melayu ada tak botak? klu mompuan melayu tu botak pastu pakai baju kurung perghhhh menawan ekekek
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 13 October, 2012
arghh yg laki takpe lagi botak . yg pmpuan .... lahai . dah mcm britney spears . hehehe
Si Matatajam Si Matatajam 13 October, 2012
Congrats to all participants...usaha yg sungguh murni...
Unknown Unknown 14 October, 2012
nk join botakkan kepala gakla =P
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 14 October, 2012
cool la that girl
momoy kalau rambut salah potong pun mau tension setahun nak tunggu panjang balik nak potong semula
Bitt (double IS) Bitt (double IS) 15 October, 2012
cool!! betul ka pompuan tu?? akekekke
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 16 October, 2012
pernah terasa nak botakkan kepala.. nanti tumbuh rambut baru lepas tu boleh jaga dengan baik :)
PCL PCL 17 October, 2012
teringin nak botakkan kepala tapi mem tak bagi...haha
Hidayah Hidayah 17 October, 2012
hurmmm...

suami kita kerap botak..

setiap kali pun kita rasa dia hensem...

agak2nya awak nih pun hensem kot ..?

AnonymousAnonymous 01 April, 2013
botak lebih rapi dan bersih:D