MALAYSIA BAWAH 13 NFDP MACAM HARIMAU KELAPARAN

Hari ni mood aku ke laut sikit. Panas je dalam hati ni lepas baca status kat page Alvin Tan. Tak habis lagi dia mengutuk bangsa melayu. Aku malas nak layan, tapi bila dia nampak tak ada keinsafan walaupun dah diberi dua tiga kali peluang, mulalah aku Hot. Tak reti bersyukur punya manusia. Status dia tu memang boleh timbulkan ketegangan antara kaum melayu dengan cina. Kenapalah dulu tak dipenjarakan seumur hidup terus. Owh.. mungkin kerajaan ni baik hati lembut sangat.

Disebabkan aku malas nak fikir, saja aku pusing-pusing layan video Game Malaysia bawah 13 NFDP. Aku nak tengok jugak macam mana dorang boleh terel macam tu. Macam aku zaman muda-muda dulu. Aku ingatkan TEAM Lawan dorang adalah Team yang tak terlatih yang sayur setakat nak cukupkan List liga je. Tapi sangkaan aku salah. Dorang berentap dengan Team-Team yang Power dan terlatih.
KOLEKSI VIDEO-VIDEO PERLAWANAN MALAYSIA BAWAH 13 NFDP, TAKTIKAL MALAYSIA BAWAH 13 NFDP, PUNCA MALAYSIA BAWAH 13 NFDP MENANG GAME DENGAN TEAM EROPAH
SUMBER
Aku tengok dari segi taktikal, Malaysia bawah 13 NFDP banyak jaringkan gol dari Counter Attack. Tersusun gila corak Counter Attack dorang. Tak hilang bola dari kaki semudah Team Harimau Malaya. Aku perati, setiap kali dorang buat Counter Attact, kelam kabut team lawan yang lagi besar dan tinggi dari dorang. Dan Counter Attack dorang memang sangat berbisa dan padu. Macam harimau kelaparan yang menerkam mangsanya woo. Kalau aku jadi Keeper team lawan, aku rasa aku boleh mengucap dua kali syahadah bila berdepan serangan Team Malaysia Bawah 13 NFDP ni. Silap-silap aku boleh melutut, menangis dan merayu-rayu agar dorang perlahankan Game dan bagi muka sikit kat aku.

Dan, paling memeranjatkan aku, kelajuan. Walau kecik, tapi dia punya laju lain macam. Berdesup. Tertinggal anak-anak Mat Saleh tu. Ini yang aku bising-bising selalu sebelum ni. Kelajuan tu memang satu faktor paling penting dalam bola sepak. Kalau tak laju, macam mana nak lepas kawalan Defend dan masuk dalam kotak penalti? Kalau tak masuk dalam kotak penalti, macam mana nak jaringkan gol. Player Malaysia mana ada sehebat Roberto Carlos yang boleh rembat dari jarak 150 meter, terus gol dan buat Keeper lawan tercengang, rasa menyesal melibatkan diri dalam arena bola sepak dan terus berpindah ke satu tempat yang asing untuk menyembunyikan diri. Haha. Melampaunya. 

Dari segi kawalan bola.. dorang ni memang Supaaa Novaaa. Kawalan bola memang nampak macam pemain profesional bertaraf antarabangsa. Bola tak jauh dari kaki. Dan tak senang-senang bola tu hilang dari terlepas ke tangan pihak musuh yang durjana. Lagi satu, dorang tak amalkan simpan bola terlalu lama. Dorang tak berlari sambil bawak bola sebab tu memungkinkan bola senang dirampas. Jadi dorang dapat bola kemudian buat satu dua Touch dan terus Pass pada kawan yang sentiasa datang Back Up. Tu yang buat Game dorang lancar. 

Pass. Dorang tak banyak main bola lambung. Sebab Coach pasti dah terapkan corak permainan bola rendah dan Short Passing. Nak main dengan pemain Eropah, memang agak bengap dan tak betul kalau guna corak  bola lambung dan melambung ni. Mana maunya nak bersaing bola tinggi dengan pemain lawan yang lebih besar dan lebih tinggi. Paling menarik perhatian aku, Throw Pass dorang yang memang mantap. Aku tak nampak macam budak-budak yang main lah senang cakap. Aku nampak macam team Malaysia yang umur dalam 25 ke atas. Cukup tenang ,cukup bijak dan cukup matang mengatur permainan dengan Passing-Passing yang amat bijak.  

Dan bila pihak lawan yang jahat lagi riak dapat bola, dorang cepat untuk tutup ruang dan cepat untuk buat Pressure. Jadi bila cepat buat Pressure, memang susah team lawan yang jahat tu untuk bergerak mengatur serangan. Apalagi bila buat Pressure dengan hentakan kaki yang berderap-derap disertai wajah yang amat bengis, menakutkan dan macam hantu. Pasti buat pihak lawan panik, cemas, hilang arah, ketakutan, kemurungan dan mula buat hantaran yang mengarut lagi dongeng.

Dari segi serangan pulak, serangan Team Malaysia bawah 13 NFDP memang level Profesionalista. Setiap serangan Counter Attack dorang selalunya gol dan mendatangkan bahaya pada musuh durjana. Ni yang kita tak ada sampai sekarang sebenarnya. Bahagian serangan yang tajam dan padu. Sentiasa dapat menghidu peluang untuk menjaringkan gol. Aku tak nampak lagi bahagian serangan semantap ni dalam mana-mana Team Bola Sepak Malaysia. 

Jom layan beberapa koleksi video-video Team Malaysia bawah 13 NFDP ni beraksi. Layanzz..





Harapan aku agar Team Malaysia Bawah 13 NFDP ni akan terus diasah dengan program pembangunan bola sepak yang betul dan tepat. Jangan sia-siakan bakat yang ada ni. Kerana dorang lah masa depan bola sepak negara kita. Jaga mereka, dan letakkan dorang pada program-program yang paling tepat agar dorang dapat memberi OUTPUT terbaik untuk Malaysia satu hari nanti.

Tahniah KJ dan jurulatih NFDP Lim Teong Kim sebab berjaya melahirkan satu Team bola sepak Malaysia yang amat mantap dan bagus. Menarik lagi.. program pembangunan ni baru setahun jagung. Dan jauh mengatasi pencapaian yang dilakukan FAM sendiri melalui program-program pembangunan sebelum ni.

Jadi kepada Khairy Jamaludin..teruskan menggilap bakat-bakat dorang. Dah lama rakyat Malaysia nak tengok Malaysia masuk Piala Dunia. NFDP bawah 13 ni lah sinar harapan kitorang semua.

KOLEKSI VIDEO-VIDEO PERLAWANAN MALAYSIA BAWAH 13 NFDP, TAKTIKAL MALAYSIA BAWAH 13 NFDP, PUNCA MALAYSIA BAWAH 13 NFDP MENANG GAME DENGAN TEAM EROPAHDengar satu cerita, sebelum ni Team NFDP bawah 13 ni pernah membatalkan satu perlawanan persahabatan dengan Athletico Madrid lepas Athletico Madrid mintak 10,000 Dollar U.S untuk perlawanan persahabatan tu. Sekali dalam Piala Iber. dorang kalah 1-0 dengan Team NFDP bawah 13. Ambik. Angkuh sangat. Lepas ni, rasanya kita dah boleh Invite Team Korea dengan Jepun senang-senang je untuk buat Friendly.  



3 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 02 July, 2015
Sy mmng berkenan jika cara yg cuba diterap Lim Teong Kim dalam mentality setiap jurulatih,pemain dan jg kepimpinan sukan Malaysia,khususnya bolasepak diterima walau ia nmpk keras. Cnth terbaik di Asia adalah Team Korea Selatan dimana suatu ketika mereka dilatih ala tentera .... hasilnya Piala Dunia x pernah tercicir untuk layak ..... bukankah ini impian dan matlamat kita ?
Terima kasih jg pd YB KJ yg pnya Visi dan Misi untuk melihat kejayaan sukan Malaysia,di harap portfolia Kementerian Belia Dan Sukan terus diterajui beliau !!
Kepada Saudara LTK sy mmng sedari awal pembabitan beliau dlm bolasepak amat meminati cara permainan beliau yg senantiasa cool tapi berbisa, x pula disangka beliau terlibat secara langsung dalam pembangunan bolasepak Malaysia ... Saya tetap akan menyokong "KALIAN" yakni peminat amnya dan YBKJ serta LTK khasnya demi bolasepak Malaysia yg semakin hari semakin LONGLAI.
Kepingin kelibat pemain seperti Lim Tiong Kim,Hishammuddin Hassan,Wong Hung Nam,Peter Rajah,R.Arumugam,Arwah Mokhtar Dahari yang punya skill,stamina dan semangat juang setanding pemain Eropah. Apakah ini permulaannya?
fairus fairus 02 July, 2015
Budak kampung aku ada main sorang.. Memang terbaiklah..