Besar Betul. Aku Pun Takut

Baru-baru ni aku ke SPNB untuk hantar bos aku ke sana. Hantar bos kat luar je. Disebabkan aku dan Abang Mail tak masuk sekali, kitorang buat keputusan nak makan. Dan pada hari tu terkejut aku dengan penemuan Santifik aku. Besar betul. Ok, nanti aku cerita tentang tu.

Mula-mula ke kedai mamak, tapi tutup. Kitorang pergi pula kat kedai melayu yang jual sate. Kitorang duduk depan Cashier yang tengah kita duit. Muka nampak masam dan ketat. Tunggu punya tunggu dalam 5 minit baru datang sorang Waiter memaklumkan  yang kedai tu belum buka lagi. Baiklah. Apalah salahnya Cashier tu bagitau. Kitorang duduk tak sampai dua meter dari kedudukan dia. Bukan susah pun. Cakap je lah kedai tu tak buka lagi. Susah sangat ke? Tak guna tenaga pun.

"Ingat kitorang ni kayu ke?",marah Abang Mail sambil berlalu pergi. Aku pula? Aku seperti biasa akan berlagak Cool dan sentiasa berada dalam mod kacak.

After that, kitorang pusing pula ke kedai belakang. Betul-betul bertentangan dengan bangunan Celcom Jalan Semarak. Mula-mula masuk dalam kedai tu, aku ingatkan hiasan deko-deko. Tapi bila dah duduk dan diamati dengan penuh kekusyukan, baru aku perasan tu adalah pokok. Terkejut Monkey aku. Dalam kedai ada pokok besar. Rasa aku tiga pemeluk besarnya. Akar pun dah macam tangan Optimus Prime dah. Besar betul. Patutlah kedai tu redup dan sejuk je. 

Ops, salah gambar. Ni besar lobang hidung je.

Nampak tak betapa besarnya pokok ni. Pergh, menakutkan juga. Tengok akar dia. Lagi besar daripada manusia.

"Kalau aku lempang muka ko, seminggu ko makan pisang pakai daun pisang",tegur akar pokok tersebut.

"Uish.. Takutnya titew...",rintih aku sendirian. Dan masih sempat aku berimaginasi sekejap.




{ 35 comments.. read them below or add one }

fairus fairus 30 September, 2013
ORANG KITA MEMANG SUKA LEPAK KAT KEDAI-KEDAI CAMTU.. KEDAI BAWAH POKOK.. :)
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 30 September, 2013
wah pastinya kedai tu memang sejuk sebab dilindungi pokok...he he he...
Aimacomel Aimacomel 30 September, 2013
Kt sitiawan sini pun ada kedai bawah pokok besar camtu, mmg diorang panggil kedai bawah pokok.semua org tau..
Sheila Salim Sheila Salim 30 September, 2013
Assalamualaikum boni. alahaii kesiannya korang jadi tunggul kejap depan kedai tu. kat kawasan ofis sheila ada gerai ketapang.. pokok dia lagi besar daripada boni tunjuk ni. hehehe. makanan situ pun sedap. murah pulak tu :)
Cik Puan Cik Puan 30 September, 2013
kohkohkoh...bercahye pulok lubang hidong boni :P
Unknown Unknown 30 September, 2013
ingat kan apa la tadi ahhaa..
Unknown Unknown 30 September, 2013
masa ribut petir, cubela duduk bawah pokok tu. mane tau bleh dapat rasa kilat. hehe
Carlos Santiago Carlos Santiago 30 September, 2013
kedai bwh pokok besar mmg best lepak.
Niesa Niesa 30 September, 2013
lubang hidung pun ada nurrr ye..hahaha..
Ezad Skytech Ezad Skytech 30 September, 2013
Kat selayang dulu ada satu kedai ni bawah pokok besar...best lepak situ..tapi sekarang ni da kena clear tempat tu..habis port lepak aq..huhu
Unknown Unknown 30 September, 2013
uniknya kedai ni ada pokok besar kat tengah-tengah kedai tu...
Unknown Unknown 30 September, 2013
besar juga, nape dia tak tebang...
Akmall Razlan Akmall Razlan 30 September, 2013
uish.. tak takut ke.. kot2 makan kena sampuk...huhuhu.. besar sangat.. tade lah.. takut ada 'orang lain' duduk situ kan....
wantie wantie 30 September, 2013
pokok besar tak pe. jgn ada ulat bulu udah. akak memang takutttt....
sitirohaida sitirohaida 30 September, 2013
Baik-baik ada penunggu...hehehe...mesti redup dan rasa sejuk je kat bawah tu kan...
wazy wazy 30 September, 2013
Best lepak bawah pokok besar macam ni,angin sepoi-sepoi bahasa :-)
Unknown Unknown 30 September, 2013
Banyak nostalgia dengan pokok itu. Oh pokok
Ikhmal Hensem Sangat Ikhmal Hensem Sangat 30 September, 2013
teringat dulu, ulat bulu jatuh dalam milo!!! hahahahahaha. kes lepak bawah pokok la.
BlogS Of Hariyanto BlogS Of Hariyanto 30 September, 2013
luarbiasa besar pohon itu ya, ide bagus tuch tanam pohon di tengah kedai :-)
munir ardi munir ardi 30 September, 2013
memang banyak cafe semacam ini dibawah pokok/batang pohon yang besar sejuk dan terasa tak panas
Naziman Azlye Naziman Azlye 30 September, 2013
Lepak bawah pokok besar ni best sebenarnya. Sejuk rasa.
akubiomed akubiomed 01 October, 2013
Cuba tengok belakang pokok ada mambang Koning tak? :-)
kakiblog kakiblog 01 October, 2013
kelebihan duduk bawah pokok ini ialah rasa sejuk dan nyaman..memang bestlah tu..


p/s : jangan lupa untuk singgah dan baca entri terkini 7 Rutin Seorang Blogger
Izzat Eshak Izzat Eshak 01 October, 2013
erk, pokok rupanya. hehe
Mummy MM Mummy MM 01 October, 2013
Hahaha, nasib bek tak kena lempang pokok.
Liyaa Mf Liyaa Mf 01 October, 2013
Erkkkk! Tu pokok ke gergasi? Heheh! :P

Apa2 je akak cashier tu. Kemaen susah nak bukak mulut. Takpe la kita bersangka baek je la ye. Agaknya suara dea sengau kut. Tu yg dea masam ketat je bila org masuk kedai. "Ish, kena ke aku kuwakan suara lunak merdu aku ni? Ish, serba salah" Dlm rasa serba salah tu, dea jugak ada rasa takut kalau2 nanti kena bahan. Sempat lg akak cashier tu berimaginasi sendirian :P

Eh, komen dah macam wat cerpen lak -_-
blogger lelaki blogger lelaki 01 October, 2013
tiang seri kedai tu kot..hahaha
Unknown Unknown 01 October, 2013
ko makan kat situ boni?? tah tah kat pokok tu ade...... hiihhiiiii.....
Unknown Unknown 02 October, 2013
ada pokok dalam kedai...mesti sejuk je rasanya makan kat situ kan..
daddydee daddydee 02 October, 2013
jom pekena roti tampal kat opis aku kedai bawah pokok ketapang...hehehe
Unknown Unknown 06 October, 2013
sekali tombamg semua ranap...ada kebaikan dan keburukan...
Unknown Unknown 06 October, 2013
sekali tombamg semua ranap...ada kebaikan dan keburukan...
Unknown Unknown 06 October, 2013
sekali tombamg semua ranap...ada kebaikan dan keburukan...
AnonymousAnonymous 06 October, 2013
pokok tua tuh..hati2 jangan dahan reput dari atas sudah
Kekzamanis Kekzamanis 06 October, 2013
Nasib dia bagi warning jer.. Kalau betul dibaginya pelempang sulung, 7 hari 7 malam duk rindu2an ngan kedai tu.. Kekekeke..
ZON PERMAISURI CHOMEL