CARA-CARA MEMBUKA AKAUN BANK SYARIKAT
Sebenarnya dua hari ni aku sibuk untuk uruskan pembukaan akaun bank syarikat kat BSN. Ikutkan kejap je. Tapi disebabkan dokumen-dokumen untuk bukak syarikat tak lengkap, aku terpaksa ulang-alik. Aku ingatkan hanya berbekalkan wajah yang aku tacapkan sangat kacak (hingga aku sendiri terkagum dengan wajah aku sendiri) dapat membuatkan aku dikecualikan daripada syarat-syarat membuka akaun bank tu. Aku ingatkan orang bank akan cair dan menyiapkan akaun bank tu walau tanpa dokumen-dokumen yang lengkap. Tapi sangkaan aku tu silap. Aku terpaksa sediakan segala dokumen selengkap yang mungkin untuk bukak akaun bank syarikat tu. Hahaha.
CARA-CARA MEMBUKA AKAUN SEMASA SYARIKAT
Ok, disebabkan aku dah ada pengalaman bukak akaun untuk syarikat, tergerak hati baik aku ni untuk mengajar korang-korang yang masih tak tau bagaimana cara yang paling hebat untuk membuka akaun bank syarikat. Aku rasa artikel ni memang sangat berguna sebab ramai peniaga-peniaga Online yang terpaksa daftar syarikat untuk elak daripada didenda. Jadi jangan serabut. Jom baca segala syarat dan dokumen yang diperlukan.
CARA-CARA MENDAFTAR AKAUN KORPORAT
Caranya adalah korang kena pergi bank-bank BSN pilihan hati korang. Dan pastikan dokumen-dokumen berikut dah siap-siaga sebelum pergi ke sana.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUKA AKAUN BANK SYARIKAT
SYARIKAT SDN BHD / BHD
- Surat Permohonan ( Letter Head Dan Nyatakan Cawangan Pilihan )
- Borang 24
- Borang 49
- Borang 9
- Memorandum Syarikat ( MAA )
- Resolusi Syarikat
- Salinan I.C Pengelola-Pengelola Akaun
- Deposit > RM500 Cash / Cheque
- (*) Salinan Disahkan Oleh 'Company Secretary'.
- CIS 7 Dan CIS 2 ( Dapatkan Di Cawangan Berhampiran )
- Cop Syarikat
- Bank Statement 3 Bulan Owner ( Standby je takut kena mintak dengan pegawai bank )
SYARIKAT PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE / PERKONGSIAN
- Surat Permohonan ( Letter Head Dan Nyatakan Cawangan Pilihan )
- Borang D ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia )
- Sijil Pendaftaran Syarikat
- Salinan I.C Pengelola-Pengelola Akaun
- Deposit > RM500 Cash / Cheque
- (*) Salinan Disahkan Oleh 'Pegawai Bank' Atau Syarikat Sendiri
- CIS 7 Dan CIS 2 ( Dapatkan Di Cawangan Berhampiran )
- Cop Syarikat
- Bank Statement 3 Bulan Owner ( Standby je takut pegawai bank mintak )
KELAB / PERSATUAN
- Surat Permohonan ( Letter Head & Nyatakan Cawangan Pilihan )
- Minit Mesyuarat Agung -mesti ada usul buka akaun dengan BSN -nama-nama pengelola akaun -cara pengelolaan ( contoh 2 daripada 3 )
- Salinan I.C Pengelola Disahkan Oleh Persatuan / Kelab
- Deposit > RM100 Cheque
- CIS 7 Dan CIS 2 ( Dapatkan Di Cawangan Berhampiran )
- Cop Kelab / Persatuan
- Bank Statement 3 Bulan Pengelola ( Standby )
GOLONGAN PROFESIONAL ( LAWYER / DOKTOR / AKAUNTAN / DLL )
- Surat Permohonan ( Letter Head & Nyatakan Cawangan Pilihan )
- Surat Dari Majlis - Contoh Majlis Peguam ( Bar Council )
- Salinan I.C Pengelola Akaun Disahkan Oleh Syarikat Tersebut
- Deposit > RM500 Cheque
- CIS 7 Dan CIS 2 ( Dapatkan Di Cawangan Berhampiran )
- Cop Syarikat ( Standby )
- Bank Statement 3 Bulan ( Standby )
BADAN KERAJAAN
- Surat Permohonan ( Letter Head & Nyatakan Cawangan Pilihan )
- Minit Mesyuarat / Resolusi -ada usul nak buka akaun dengan BSN -nama-nama pengelola akaun dan cara pengelolaan
- Salinan I.C Pengelola Akaun Disahkan Oleh Jabatan
- CIS 7 Dan CIS 2 ( Dapatkan Di Cawangan Berhampiran )
- Cop Jabatan ( Standby )
- Bank Statement 3 Bulan ( Standby )
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBUKAAN AKAUN KORPORAT
Lepas ni aku dah tau dah cara dan dokumen-dokumen penting yang perlu ada untuk bukak akuan korporat ni. Senang dah kerja aku nanti. Hehehe. Tak perlu nak kacakkan sangat wajah. Bukan dorang pandang pun. Hahaha.
akubiomed
05 November, 2014