KISAH MAKCIK DAN MOTOR BURUK

Tadi aku balik kerja macam biasa. Dengan wajah sekacak ini ditambah dengan desingan bunyi enjin motor hebat aku, aku bagaikan Ghost Rider kat atas jalan. Macam-macam jenis kereta aku perhati. Ada yang sopan sangat sampai tukar Lane tak bagi Signal. Nampak Profesional betul pemandu kereta tu.

Sampai kat Sungai Buaya, aku berhenti kat lampu isyarat. Takkan nak langgar pulakkan? Dahlah sekarang ni musim saman menjelma. Tengah-tengah berhenti tu, aku terpandang kelibat satu motor kat seberang aku. Nampak kelibat sorang pakcik bersama isterinya kat atas sebijik motor buruk. Aku terpana kat wajah mak cik tu. Mukanya redup dan manis dengan senyuman. Sampailah motor tu berlalu pergi bila lampu hijau. Dan.. aku masih terus tengok muka mak cik tu. Masih lagi dia tersenyum pada pemandu-pemandu kereta lain.. Aku masih memerhati sampailah kelibat dorang hilang dari pandangan aku.

motor buruk, kisah motor buruk, kisah orang susah, kisah orang miskin, kisah seorang makcik yang miskin, kisah kehidupan orang susah, kisah kehidupan orang miskin
Gambar sekadar hiasan. Kredit
Aku tak tau kenapa. Aku tak pasti kenapa. Kenapa aku boleh menitiskan air mata dengan situasi tu. Aku adalah seorang lelaki kacak maskulin yang sangat susah untuk menangis, tapi renungan mata dan senyuman makcik tu.. buat aku menangis. Senyuman yang aku nampak tadi tu.. senyuman yang terselit beribu kedaifan. Bibir mengukir senyuman, tapi matanya tersimpan seribu kesedihan dan kedukaan. 

Kepala otak aku terus terbayang-bayang kehidupan susah makcik dan pakcik tu. Entah apalah yang dilakukannya untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi. Entahkan makan pakai dorang cukup atau tak. Entah apalah dalam fikiran makcik tu bila tengok orang lain selesa duduk dalam kereta ber Air Cond. Adakah dia teringin juga naik kereta tapi tak mampu? Adakah kehidupannya seselesa kita? Atau dia hanya mampu melihat orang lain hidup selesa dan jauh lagi baik dari kehidupannya. 

Yang nyatanya aku memang menanis sepanjang perjalanan balik tadi. Aku cuma dapat berdoa agar Allah membukakan pintu rezeki makcik dan pakcik tu seluas-luasnya dan tunaikan apa saja yang makcik dan pakcik tu impikan. Sebab.. aku sebak sangat melihat keadaan makcik tu.... 

Mungkin kita rasa kita dah susah, tetapi harus diingat yang ada lagi orang lain yang lagi susah daripada kita. Aku juga berharap agar jangan lagi kerajaan menekan rakyat kerana di luar sana.. terlalu ramai yang terseksa dan sengsara dengan macam-macam dasar dan polisi yang diperkenalkan yang hanya menguntungkan orang yang sememangnya kaya tapi terus menekan golongan-golongan bawahan. Makcik... Sabar ye makcik... 

motor buruk, kisah motor buruk, kisah orang susah, kisah orang miskin, kisah seorang makcik yang miskin, kisah kehidupan orang susah, kisah kehidupan orang miskinAku tak dapat bayangkan kalau makcik tadi tu mak aku... dan pakcik tadi tu.. bapak aku...


{ 8 comments.. read them below or add one }

Tunsha Ayunie Tunsha Ayunie 11 November, 2014
aku tak dapat bayangkan hidup makcik pakcik yang akan datang... yang naif sekarang ni... Ya Allah... tak dapat bayangkan... sedih... aku sendiri dah rasa susah....

Semoga makcik pakcik sentiasa diberkati...
Etuza Etuza 11 November, 2014
asalam BK..ingat lagi ke ni dengan Etuza..
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 11 November, 2014
Turut merasakan kesedihan itu...apatah lagi membayangkan seorang lelaki kacak pun tersentuh hati dengan fikirannya jauh menerawang...

Iya, orang yang punya hati akan sentiasa ingat pada ibubapanya sendiri bila melihat suasana yang menyentuh hati...
PuteraOhtraBulan PuteraOhtraBulan 11 November, 2014
Semoga Allah memberikan rezeki yg secukupnya pada makcik dan pakcik itu dan kpd mereka yg bekerja siang malam secara halal demi kekuarga dan snak2x di dalam rentas hidup yg diliputi onak dan duri.
ma ❥ ma ❥ 11 November, 2014
hidup skrg jadi cukup2 makan. jgn ada 'slack' sikit hum trus lari budjet.

yang pekerja bawah perit sgt. yang dah berlebih yang senang complain lagi katanya tak cukup hmmm
fairus fairus 12 November, 2014
Dont judge a book from the cover bro.. Silap-silap dalam bank banyak duit makcik tu.. Dia taknak tunjuk dari segi kebendaan je..
suria lekatlekit suria lekatlekit 12 November, 2014
motor buruk arwah ayah saya sampai sekarang masih ada kat kampung. motor yang membesarkan kami 6 org adik beradik.. even arwah ayah tukar motor baru pun tetap motor buruk tu dia guna sehingga akhir nafas dia.. even dia sempat merasa pakai kereta tetap motor buruk dia guna hari2 ke masjid. Sayang sungguh arwah ayah kat motor buruk dia.. dia jaga sehingga akhir hayat dia supaya sentiasa boleh bergerak.. Baca entri ni pun rasa nak menangis jugak.. Moga makcik pakcik tu even hidup tak punya harta tapi di limpahi kebahagian & ketenangan.. nikmat hidup bukan hanya harta berjuta
Mummy MM Mummy MM 14 November, 2014
Kesian jugak tengok mareka yang tua2 mencari makan. Saya pun kalau boleh tak nak mak bapak saya bekerja tapi apakan daya, saya masih belajar.