TIPS DI DALAM PERHUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak bentangkan isu paling sensitif sekali dalam kehidupan kita. Sebab isu ni sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kita adalah manusia kerdil yang diciptakan hidup di dalam dunia yang semakin tua dan uzur ni. When The Sunshine Is Giveaway A Blosom Night Will Stand Up. Hahaha. Dasyat kalau korang faham sebab aku langsung tak faham apa makna Quote tu.CARA MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
Ok, balik pada tajuk. Hubungan sesama manusia. Apa yang aku nampak dalam pemerhatian mata kuyu separa bundar dan ayu aku ni, manusia sekarang semakin hilang rasa tanggungjawab untuk menjaga hubungan sesama insan. Mungkin disebabkan beberapa faktor yang nampak kecil tapi sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar.
Gambar sekadar hiasan deko-deko. sumber |
Mungkin kita boleh amalkan membaca doa ni. sumber |
PERASAAN SALING HORMAT-MENGHORMATI SESAMA MANUSIA
Hilang rasa hormat. Ini pun salah satu lagi watak penting dalam menjadikan hubungan sesama manusia boleh terjejas. Berapa ramai je antara kita yang menghormati orang lain termasuk yang lagi muda daripada kita? Ok, ni mungkin biasa. Aku tukar soalan cepumas ni. Berapa ramai yang menghormati warga-warga asing walaupun mereka bukan rakyat kita? Aku rasa ni yang paling susah untuk kita lakukan sebab kita mungkin dah berasakan diri kita ni adalah bos sebab ni adalah Malaysia dan warga-warga asing ni adalah kuli. Mungkin kita lupa yang kita ni berkongsi bumi yang sama. Dan tanah-tanah di bumi ni adalah hakmilik mutlak Allah. Warga asing juga adalah manusia ciptaan Pencipta. Siapa kita untuk membuang rasa hormat pada mereka? Aku pernah bersembang dengan seorang warga Nepal yang kerja sebagai Guard. Katanya ramai yang tak hormati dorang dan layan dorang saling tak tumpah macam sampah, padahal dorang datang sini hanya untuk mencari nafkah untuk diberikan kepada ahli keluarga dorang. Berlagaknya orang-orang kita ni. Kita kena ingat bahawa warga asing juga mempunyai perasaan. Hidup kita ni tak selalunya senang dan di atas. Jikalau korang menghormati mereka, tak mustahil jika korang ditimpa apa-apa kesusahan dan musibah, warga-warga asing ni lah yang akan membantu korang sebab korang baik dan hormatkan mereka. Ini tak mustahil. Tetapi jikalau warga-warga asing yang korang kenal biadap. kurang ajar dan tak tau nak hormatkan orang-orang tempatan, yang tu aku setuju kalau korang nak tinju dan cepuk-cepuk muka dorang.Aku suka pada kata-kata ni. Ia membuatkan aku tampak lebih kacak daripada biasa. sumber |
Aku orang susah. Aku bukan sesiapa. Dan mungkin kerana kekurangan ni lah aku takut untuk mendekatkan diri dengan orang lain yang lagi-lagi mempunyai nama, mempunyai komuniti dan juga berstatus tinggi. Aku takut aku akan jadi penyebab ketidakselesaan mereka.