SUSAH SANGAT KE KORANG NAK IKUT UNDANG-UNDANG JPJ?

Aku masih lagi sangsi. Aku masih lagi Blurr. Dan aku masih lagi dalam dilema bila memikirkan kenapa ramai sangat rakyat Malaysia ni yang tak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh JPJ. Susah sangat ke korang nak ikut undang-undang tu? Korang kena sedar yang apa yang dilakukan dorang tu adalah untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada terlibat dengan kemalangan dan menjadi punca kemalangan.

Kalau tanya kat aku, aku menyokong penuh tindakan pencipta undang-undang ni yang memang bijak, berwawasan dan berpandangan jauh ke hadapan ni. Jika tanya kat aku, banyak lagi idea-idea yang sangat Awesome untuk aku cadangkan kepada JPJ ni. Antaranya :-

Saman jika kenderaan tu mempunyai habuk, Bila kenderaan tu mempunyai habuk, pemandu akan tersedut habuk tu dan boleh menyebabkan pemandu tu terbersin dengan kuat. Bila pemandu tu terbersin dengan kuat, kahaknya mungkin terpercik keluar dari tingkap dan tepat mengenai muka penunggang motorsikal yang berada kat sebelahnya. Kemungkinan berlakunya kemalangan sangat tinggi apabila kahak tu membuat penunggang motor berasa geli-gelaman yang teramat.

Saman jika ada batu kecil terselit kat celah-celah bunga tayar kenderaan. Ini pun boleh menyebabkan kemalangan. Bila batu kecil tu terpelanting dari celah-celah bunga tayar tu dan mengenai cermin depan pemandu yang lain, pemandu yang lain mungkin boleh terkejut akibat bunyi hentakan batu kecil tu. Kemalangan boleh menjadi lebih tragis kalau pemandu yang lain tu terkejut lalu terkena serangan jantung. 


undang-undang jpj, undang-undang jabatan pengangkutan jalan malaysia, ikut undang-undang, patuhi undang-undang jalanraya,
Walau batu yang terselit sekecil tu, ia tetap sangat membahayakan. sumber
Saman jika rambut pemandu wanita terkeluar berjurai-jurai dari tingkap kereta. Ini pun salah satu penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Bila rambut dah terkeluar dari tingkap, ia bakal menutup pandangan penunggang motor yang berada kat sebelahnya. Dan kalau aku sendiri pun akan jadi takut, trauma dan mulut terkumat-kamit membaca sifir 5 sebab ingat ada pontianak yang tengah bawak kereta tu. Ini sangat mengganggu fokus pada pemanduan aku.

Saman pemandu-pemandu yang bawak kenderaan perlahan. Ini juga salah satu penyebab kepada kemalangan. Biasanya pemandu-pemandu yang memandu secara berbahaya, berlumba secara membabi-buta dan membahayakan pemandu yang lain selalu menjadi mangsa keadaan pemandu-pemandu yang bawak perlahan ni. Kita perlu tegas menangani pemandu-pemandu yang bawa perlahan ni. Kita kena bantu pemandu yang bawak secara melulu dan merbahaya ni memandu dalam keadaan yang lancar.

Saman pemandu wanita yang pakai cermin mata gelap atau cermin mata hitam. Ini salah satu penyebab kemalangan juga yang macam aku pernah ceritakan kat facebook aku. Kenapa boleh menyebabkan kemalangan? Ia adalah disebabkan pemandu-pemandu lelaki lebih-lebih lagi yang kacak dan tegap macam aku ni merasa malu, segan, teraniaya, hilang selera makan dan terasa sangat dinodai. Fokus pada pemanduan akan terjejas apabila memikirkan apa yang dipandang oleh pemandu wanita tersebut. Adakah dia tengah pandang aku dengan penuh rasa geram atau dia tengah fokus pada jalan. Ini sangat berbahaya pada pemandu-pemandu lelaki sekacak aku!

Apa lah susahnya untuk korang ikut saja undang-undang tu? Itu semua untuk keselamatan korang dan dapat menghindari korang daripada terjebak dengan kemalangan jalan raya. Korang patut berterima kasih pada individu yang telah mencipta undang-undang tersebut. Apalagi jika perlaksanaannya sangat telus sekali. Ia juga salah satu anugerah yang terindah untuk golongan-golongan sederhana dan miskin seperti kita untuk terus mengharungi kehidupan yang semakin hari semakin dihimpit dan ditekan dari pelbagai cabang dan pelbagai sudut.

undang-undang jpj, undang-undang jabatan pengangkutan jalan malaysia, ikut undang-undang, patuhi undang-undang jalanraya, Sambil taip entri ni sambil dengar lagu Rude.


{ 10 comments.. read them below or add one }

Salim Harmanain Salim Harmanain 12 November, 2014
hahahahahaha...sarcasm tahap mega ni lol..
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 13 November, 2014
hahaha... amboi amboii..
pls cc kat jpj dear
plss... plssss

AnonymousAnonymous 13 November, 2014
hahahahahah...lawak yg akademik.
Nyna nieyna Nyna nieyna 13 November, 2014
hahaha terus speechless putus urat saraf medula oblongata dan pundi pancreas akibat terbahagia berlebihan :v :v terbaikkkkkk (Y)
Sukma Sukma 13 November, 2014
Boni ...aku pakai spek gelap tapi pandu depan jer...tetapi sesekali mat hensem bawa keter @ motor besar jeling gak.....hahaha......
adarain adarain 13 November, 2014
agak merapu juga undang-undang JPJ, tak boleh terima dek akal. hahaha
Mummy MM Mummy MM 14 November, 2014
Hahaha, semua benda nak disamannya. Takut pulak saya nak bawak keta.
Dayang Deno Dayang Deno 14 November, 2014
hahahaha bab sifir 5 tak tahan tuu.. nak buat jugak la kalau ternampak hantu... btw, nasihat yg baguih ni bro^^
yoorinmelacolea yoorinmelacolea 15 November, 2014
hahahhahaa... kusangkakan betul2 serius.. sarcasm saje ghupenye.. tersedakk mek kaitkan dengan rambut pulak.. muahahaha