MUNGKIN ADA TOKOH BUKAK RUMAH PERLINDUNGAN KUCING

Korang masih ingat Comel? Kucing aku yang sakit teruk tu? Kalau tak tau,  boleh baca kat sini.  --> KLIK

Sekarang alhamdulillah. Beliau dah sihat dan pulih. Veterinar bagitau tak ada harapan, tapi aku dengan mak aku tak peduli. Kitorang jaga dia sampai lah kudis-kudis bernanah dia tu hilang. Alhamdulillah. Sekarang dah pulih dah. Kalau sebelum ni, orang mesti ingat kucing aku tu Zombi spesis kucing. Kalau terserempak dengan Comel, mesti orang akan lari lintang pukang sambil mengucap dua kalimah syahadah sebab takut kena kokak. Tapi tu dulu, sekarang ni dia dah baik. Dan kembali comel macam dulu. Cuma aku tak dapat lagi nak Snap gambar dia banyak-banyak.

RUMAH PERLINDUNGAN KUCING, KUCING LIAR, APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA KUCING LIAR, BAGI KUCING LIAR MAKAN, PINTU REZEKI TERBUKA LUAS BILA MEMBERI MAKAN KEPADA MAKHLUK YANG MEMERLUKAN
Kalau sebelum ni, penuh badan dia dengan kudis besar yang bernanah dan berdarah. Dah togel sampai hampir tak ada bulu. Sekarang Alhamdulillah.. Comel dah sihat walafiat.
Comel memang kitorang biarkan je dia bebas kat luar. Aku tak boleh bagi dia masuk rumah sebab dalam rumah tu ada Si Putih. Satu lagi kucing aku yang memang tinggi sikap cemburu butanya. Habis dibelasahnya Comel kalau nampak Comel. Dah macam musuh tradisi pulak aku tengok. 

Disebabkan Comel kat luar, jadi makanan memang aku hidangkan kat luar. Tapi yang selalu datang, kucing-kucing liar kat luar rumah termasuk kucing jiran aku.

Mula-mula tu memang aku marah. Rasa macam nak pulas leher dorang macam dalam filem-filem Hollywood selalu buat. Pernah sekali aku marah kucing-kucing tu menggunakan bahasa burung helang. Tapi lama-lama aku fikir balik menggunakan otak genius aku ni, apa salahnya kalau Comel berkongsi makanan dengan dorang. Kalau marah pun tak ada guna, dorang lari kejap je. Lepas tu datang balik. Disebabkan hati nurani aku yang suci dan mudah kesian ni, aku biarkan. Makin lama makin ramai pulak kucing-kucing liar yang bertandang. Tapi aku makin seronok. Apa lagi bila tengok perkembangan dorang. Mula-mula takut dan segan dengan aku, lama-lama dorang makin manja pulak. Ada antara kucing liar tu spesis kucing Siam. Itu yang Best tu.


RUMAH PERLINDUNGAN KUCING, KUCING LIAR, APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA KUCING LIAR, BAGI KUCING LIAR MAKAN, PINTU REZEKI TERBUKA LUAS BILA MEMBERI MAKAN KEPADA MAKHLUK YANG MEMERLUKAN
Ini antara kucing-kucing yang selalu datang makan kat rumah aku. Dan nampak tak kepala yang mengintai kat dalam tu yang penuh dengan sifat cemburu buta? Hahaha.
RUMAH PERLINDUNGAN KUCING, KUCING LIAR, APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA KUCING LIAR, BAGI KUCING LIAR MAKAN, PINTU REZEKI TERBUKA LUAS BILA MEMBERI MAKAN KEPADA MAKHLUK YANG MEMERLUKAN
Salah seekor adalah spesis kucing Siam. Yang ni dah jinak sepenuhnya dengan aku. Tinggal anak -anak dia yang masih lagi segan dengan aku. Mungkin terlalu malu sebab melihat wajah seorang jejaka yang terlalu kacak dan penuh dengan budi bahasa. Tapi, kepala yang mengintai kat dalam tu, masih lagi cemburu dengan kucing-kucing luar ni. Cemburu sebab kucing-kucing lain menerima kasih sayang sepenuh hati daripada aku.
RUMAH PERLINDUNGAN KUCING, KUCING LIAR, APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA KUCING LIAR, BAGI KUCING LIAR MAKAN, PINTU REZEKI TERBUKA LUAS BILA MEMBERI MAKAN KEPADA MAKHLUK YANG MEMERLUKAN
Nampak memang tak puas hati tu. Hahahaha.
RUMAH PERLINDUNGAN KUCING, KUCING LIAR, APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA KUCING LIAR, BAGI KUCING LIAR MAKAN, PINTU REZEKI TERBUKA LUAS BILA MEMBERI MAKAN KEPADA MAKHLUK YANG MEMERLUKAN
Geram lah tu. Tapi disebabkan kehadiran kucing-kucing jantan lain kat luar ni lah dia mula pancut kencing kat pintu. Macam lah kucing-kucing luar tu boleh masuk dalam rumah. Hahaha.
RUMAH PERLINDUNGAN KUCING, KUCING LIAR, APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA KUCING LIAR, BAGI KUCING LIAR MAKAN, PINTU REZEKI TERBUKA LUAS BILA MEMBERI MAKAN KEPADA MAKHLUK YANG MEMERLUKAN
Dah penat geram lah tu. Buat muka ketat pun kucing lain buat bodoh je. Terus blah. Hahaha. 
Sekarang ni depan rumah aku dah meriah dengan kehadiran kucing-kucing ni. Seronok jugak aku bila aku balik, ramai yang tunggu aku kat luar. Kalau sebelum ni Si Putih dengan Si Comel je, tapi sekarang ni dah lebih meriah. I Loike! Mungkin aku ada tokoh untuk bukak pusat perlindungan kucing. Heh heh.


RUMAH PERLINDUNGAN KUCING, KUCING LIAR, APA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA KUCING LIAR, BAGI KUCING LIAR MAKAN, PINTU REZEKI TERBUKA LUAS BILA MEMBERI MAKAN KEPADA MAKHLUK YANG MEMERLUKANAku percaya pada jikalau kita memberi makan pada mereka-mereka yang memerlukan, dan tak kedekut berkongsi rezeki, InshaaAllah rezeki kita akan dibukakan seluas-luasnya. Yang penting kena ikhlas. 

{ 9 comments.. read them below or add one }

Nadia Johari Nadia Johari 08 November, 2014
Gebunya kucing dlm rumah tu..alhamdulillah putih comel dah pulih
Luqman Zakaria Luqman Zakaria 08 November, 2014
Gebu Si Putih..aummm...hehe
Tunsha Ayunie Tunsha Ayunie 08 November, 2014
apsal kerek sangat muka si putih tu??? dushhhh !!
PCL PCL 08 November, 2014
bagus..ramai manusia bela haiwan terutamanya kucing, sanggup berhabis utk kucing..respeklah jejaka suka kucing makin tambah kacak lagi..
akubiomed akubiomed 08 November, 2014
Boleh hendak jaga tetapi kebersihan terutama najis perlu dibersihkan sehingga tidak menganggu kententeraman jiran sebelah rumah.
Najib Ariyan Ali Basha Najib Ariyan Ali Basha 09 November, 2014
sukanya tengok orang boleh bela kucing banyak2 nih... ramai orang takleh nak sabar... mungkin saudara boleh tengok di FB atas nama Rumah Pangi di Sabah ni yg keja kutip kucing tepi jalan sampai lebih 60 ekor.. kalau tak kerana banyak yg mati agaknya dah beratus2 ekor
fairus fairus 10 November, 2014
Alhamdulillah.. Semoga jangka hayatnya terus dipanjangkan.. Jaga elok-elok Boni, haiwan peliharaan kesayangan Rasullullah tu..
Unknown Unknown 11 November, 2014
Comelnya la si meow yang dalam rumah tu..dah sihat semuanya ya
Mummy MM Mummy MM 14 November, 2014
Hahaha. Baiknya abang Boni.