APA YANG BUAT AKU JADI MALAS NAK BELA KUCING LAGI

Sebelum ni aku ada up Status malas nak bela kucing lagi kan? Bukan sebab aku benci kucing, tapi aku tak dapat nak hadap perasaan sedih bila kehilangan kucing. Kelmarin Si Putih terlepas keluar dari rumah. Kucing lain terlepas aku tak kisah lagi, tapi Si Putih ni aku cukup kisah kalau dia terlepas keluar. Itu yang buat mood aku terus hilang.  

Pernah dulu dia terlepas keluar, pagi esok baru nampak batang hidung dia. Dia ni jenis kalau terlepas, dia pergi jauh gila. Aku cukup risau. Dah lah jenis dia ni jenis lembik. Jenis manja terlebih. Macam mana kalau terserempak dengan Anaconda ke, Godzila ke, memang tak reti nak lawan. Gaduh dengan kucing lain pun tak reti. Ibarat bapuk tua bertumbuk. Penumbuk pun tak reti nak genggam. 

Semalam dia terlepas keluar lagi. Aku dengar je dia terlepas keluar, aku terus hilang Mood. Satu malam aku pusing-pusing taman tapi tak nampak langsung batang hidung dia. Aku agak dah kena rembat dah dengan orang. Hilang lagi mood aku. Walaupun aku ni garang dan bencikan Zionis, tapi aku cukup risau kalau Putih hilang. Apa lagi kalau dirembat orang lain. Semalaman tu aku susah nak tidur. 

Balik daripada kerja , aku terkejut bila nampak dia dalam rumah. Mak aku cakap pukul 12 tengah hari baru dia balik rumah. Baru nampak jalan. Bayangkan daripada senja sebelum tu dia dah terlepas keluar. Rasa nak nak denda dia ketuk ketampi je. Tapi aku bersyukur sangat sebab dia dah balik. Itu cukup melegakan aku. Jom tengok muka tak bersalah dia.


gambar kucing putih, kucing putih, membela kucing putih, kucing hilang, kucing terlepas keluar

gambar kucing putih, kucing putih, membela kucing putih, kucing hilang, kucing terlepas keluar

gambar kucing putih, kucing putih, membela kucing putih, kucing hilang, kucing terlepas keluar

gambar kucing putih, kucing putih, membela kucing putih, kucing hilang, kucing terlepas keluar

gambar kucing putih, kucing putih, membela kucing putih, kucing hilang, kucing terlepas keluar

gambar kucing putih, kucing putih, membela kucing putih, kucing hilang, kucing terlepas keluar
Menyampah aku. Selalu muka manja je, bila aku tangkap gambar muka mula nak ketat, riak, takbur dan ujub tu. Ini mesti terpengaruh dengan aku ni.
gambar kucing putih, kucing putih, membela kucing putih, kucing hilang, kucing terlepas keluarAda satu perasaan susah nak terima hakikat bila Putih hilang. Adakah ini tandanya sayang? Wah. Bertuahnya gadis yang memiliki aku. Dah lah kacak, penyayang pulak tu. Hahahaha. 





{ 10 comments.. read them below or add one }

Zam Zam 27 July, 2014
ha.. kna lbh berwaspada lps ni
hana hadi hana hadi 27 July, 2014
mmg muka xbersalah. mcm nak tumbuk2 je SI puteh tu..Opss...:P
Nur Nainis Nur Nainis 27 July, 2014
Salam singgah..Setuju kadang malas dah nak bela kucing sebab takut dia hilang, keluar rumah tak balik2. Jadi orang tak betul sekejap keliling mencari kucing. Nasib baik si puteh ini balik.
Ayue Rejaluddin Ayue Rejaluddin 27 July, 2014
Kucing kite lepas sebulan hilang baru balik.....
Ade jugak yang hilang tak balik2 jugak....
Tapi belum penah lagi rase serik nak bela....
Sekarang ade 29 ekor dah kat umah ni.....
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 27 July, 2014
Hahaha. Penyayang ye.. Aku dulu pun ada berbelas ekor kucing. Sekarang ni dah tak larat dah nak bela. Nak pergi mana2 susah.
akubiomed akubiomed 31 July, 2014
Masa kecil dahulu bela kucing. Tidur pun dengan kucing. Sekarang ini tidak mahu lagi kerana kalau bercuti panjang susah hendak tinggal kucing. Lagi pun dapat jiran yang tak suka kucing dan famili pula ada asma. Lupakan terus niat hendak bela kucing.
Admin Admin 02 August, 2014
Datang melawat insan penyayang kejap,
heheee Selamat hari raya aidilfitri Bon,
Maaf zahir dan batinnnnnnn (:
- ahsfantasy24.com
Siti Aisya Ibrahim Siti Aisya Ibrahim 06 August, 2014
salam perkenalan dari germany...jemput join giveaway saya ye kalau ade masa...
http://jindrisska.blogspot.de/2014/08/harry-potter-postcards-giveaway-from-me.html
Unknown Unknown 09 September, 2014
Gedikkkkkk tol ko BK...hahaha