Memberi Sumbangan Untuk Rakyat Palestin
Sama-sama kita membantu saudara-saudara kita di Palestin. Mereka sangat-sangat memerlukan kita sekarang.
AMAN PALESTIN
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
atau
AQSA SYARIF
Bumi Palestin sekali lagi menjadi sasaran Israel yang layak aku panggil sebagai pengganas sebenar. Ratusan nyawa saudara-saudara Islam kita telah pun menjadi korban di sana.
Cuma apa yang aku nampak sekarang ni, graf manusia-manusia sejagat termasuk di Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tak seperti mula-mula aku aktif di dalam dunia internet ni. Kalau dulu, jarang nampak mereka-mereka yang berani mengutuk dan mengeji Israel. Mungkin takut. Tapi sekarang ni, aku nampak peningkatan yang sangat-sangat mendadak. Kebanyakan rakyat Malaysia sendiri sudah semakin berani menempelak perbuatan Israel si Syaitan Nyata. Mungkin akibat semakin tak tahan melihat kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh Israel ni. Ajaibnya, walau berapa ribu nyawa Palestin pun yang Israel bunuh, tak sekalipun mereka digelar pengganas.
Jikalau ramai perasan, serangan membabi buta Israel sebenarnya bukanlah satu bentuk perang beradab dan beretika. Katanya ingin menyerang pejuang-pejuang Al-Qassam, tapi sebenarnya serangan tu lebih disasarkan kepada orang-orang awam Palestin.
Sasaran sebenarnya mereka adalah wanita-wanita dan kanak-kanak terutamanya kanak-kanan lelaki. Kerana Israel amat takut pada kemunculan-kemunculan lebih ramai pejuang-pejuang Al-Qassam yang sikitpun tak takut pada kematian bila berhadapan dengan Israel.
Dan keduanya adalah kerana mereka ingin menghalau rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri. Kalau ramai yang rajin membaca, ia sebenarnya lebih kepada agenda Dajjal dan Freemason. Rajin-rajinkan membaca.
Sebagai umat Islam yang walaupun iman hanya senipis bawang, sembahyang tak sempurna 5 waktu, ilmu agama cetek, tetapi wajarkah kita membiarkan saja saudara-saudara Islam kita di Palestin terus menerus diseksa dengan begitu kejam tanpa ada sikit pun bantuan dari kita semua? Wajarkah kita hanya duduk terpaku depan komputer ataupun Smartphone memerhatikan saja gambar demi gambar saudara-saudara Islam kita di sana menderita? Wajarkah kita berbuka puasa dengan tenang sedangkan saudara ktia di sana bertempiaran mencari tempat perlindungan daripada serangan bom demi bom yang digugurkan oleh Israel?
Korang tak rasa korang kejam? Korang tak rasa korang pun sama dengan Israel kalau hanya membiarkan saja semua tu berlaku tanpa melakukan apa-apa?
Wahai umat-umat Islam semua. Sudah tiba masanya kita semua bersatu. Bersatu di bawah satu payung. Lupakan segala perbezaan politik. Kita bersatu berganding bahu. Ini semua buat saudara-saudara kita di Palestin yang setiap hari diratah hidup-hidup oleh Israel. Jikalau kita tak mampu untuk angkat senjata, kita bersatu untuk panjatkan doa pada saudara-saudara kita di sana. Kita berdoa supaya diberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Al-Qassam. Mereka perlukan doa-doa daripada kita semua.
Dan lagi satu, sumbanglah seberapa banyak wang kita kepada mereka. Ini saja cara yang terbaik untuk kita membantu mereka. Aku merayu kepada korang semua.... sama-sama kita bersatu membantu saudara-saudara kita di palestin.
Kalau bukan kita nak bantu mereka, siapa lagi yang mampu mereka harapkan.... Setiap nyawa yang hilang dan setiap darah yang mengalir di sana adalah darah kita juga. Darah saudara-saudara kita... Jikalau mereka sangat mengalu-alukan kita di sana, kenapa kita perlu buang mereka jauh-jauh.... Dengan nama Allah, sama-sama lah kita bantu mereka.