Menariknya, sementara menanti waktu berbuka, kami semua telah dijemput oleh DJ Teguh Effendy dan DJ Shah Shalwati untuk masuk ke dalam konti. Aku dan blogger-blogger lain diberi peluang untuk ON AIR bersama pendengar-pendengar Ewana FM. Ini kali pertama aku ON AIR dalam konti. Perasaan aku susah nak digambarkan dengan kata-kata. Walau muka aku Maintain kacak dan tenang seperti biasa, tapi sebenarnya dalam hati aku tersirat berjuta rasa gemuruh yang tersangat-sangat.
Untuk pengetahuan semua juga, aku, Syukri Tahir dan juga Tya Salmid juga berkesempatan untuk berlakon. Dan suara kitorang akan dijadikan iklan di Ewana FM. Kalau korang terdengar suara seorang lelaki yang sangat merdu tu, jangan terkejut sangat, Memang itu suara aku.
UNTUK MENDENGAR EWANA FM BOLEH KLIK --> EWANA FM
Yeah!! Tak sabar rasanya nak kokak juadah dari Ruhani Catering |
Sempat lagi mereka-mereka itu bergambar. |
Juadah pembuka selera. |
Ayam masak merah yang memang menyelerakan. Seketul ayam memang tak cukup buat aku. |
Yang ni memang senjata utama pada hari tu. Killer Weapon. Rasanya yang sedap dan juga daging yang sangat lembut. Aku bagi 4 bintang untuk kari daging ni! |
Ruhani Catering.. SEDAP SENGOTI!! |
FACEBOOK - Ruhani Catering (Sila Klik)
PHONE NUMBER - 017 3504201 / 019 6479919
FAX - 03 21633935
EMAIL - ruhanicatering@gmail.com
Jumpa kawan-kawan ye kat Majlis Iftar Bersama Ewana FM di E-Curve Damansara Khamis ni. Harap ada 5 ekor kambing. 2 ekor kambing akan aku kokak sorang-sorang.