Bila dah nak dekat raya ni, mesti perasaan nak kerja tu semakin ke laut kan? Walaupun aku ni calon pekerja contoh yang paling dikagumi ramai gadis-gadis Pan Asia seantero Malaysia, namun aku tetap tak terlepas daripada perasaan negatif tu. Semangat nak bekerja tu makin lama makin hilang. Buat kerja pun rasa tak bertenaga je.
Bayangkanlah, tengah hari tadi aku pergi bengkel nak ambik kereta bos aku dan aku nampak ketupat dengan rendang kat muka Apek mekanik tu. Uish. Nasib baik aku tak kokak je muka dia.
Tu tak lagi bila aku tengok deretan kereta yang jem kat atas jalan. Semuanya aku nampak macam kuih raya yang tunggu untuk disuap dalam mulut je. Tak sabar pulak aku nak raya.
Baidewei, aku nak pesan agar korang semua yang dah nak mula balik kampung agar berhati-hati di jalan raya. Musim perayaan ni kereta memang terlalu banyak atas jalanraya. Jadi risiko untuk terlibat dalam kemalangan tu sangat besar. Hati-hati di jalan raya. Mulakan perjalanan dengan Bismillah dan juga doa naik kenderaan. Minta perlindungan daripada Yang Esa kerana sesungguhnya hanya padaNYA kita meminta sebaik-baik bantuan dan perlindungan.
Hari Sabtu nanti rasa nak jalan-jalan ke Jalan Tar ler. Mana tau ada Offer menarik bila dah dekat raya ni.