Tips Bila Berkunjung Ke Bazar Ramadhan
Rasanya aku dah dengar banyak rungutan pasal makanan-makanan kat Bazar Ramadhan. Pertamanya pasal Azwan Ali yang terang-terang mengkritik dan terbaru status-status daripada kawan-kawan aku sendiri. Ada yang cakap makanan basi, ada yang cakap makanan tak ada rasa, ada yang cakap makanan tak berkualiti dan macam-macam lagi komen-komen negatif.
Cara Untuk Memilih Gerai Makanan Di Bazar Ramadhan
Kalau korang memang kaki Bazar Ramadhan, samada memang nak cari makanan atau selalu ke Bazar Ramadhan untuk usyar awek-awek yang kebanyakannya pakai baju ketat dan kelihatan seperti lembu yang telanjang sedang bersiar-siar mencari makanan, korang mesti perasan beberapa 'Point' yang memungkinkan ia menjadi pilihan yang terbaik untuk korang.
Meh aku kongsikan beberapa Point tu supaya ia dapat menjadi rujukan korang untuk memilih gerai dan makanan yang terbaik di Bazar Ramadhan.
Grrr. Aku pulak yang geram tengok gambo ni. sumber |
Peniaga Yang Sama
Kalau korang perasan, ada antara peniaga-peniaga tu adalah peniaga yang sama seperti tahun-tahun sebelum itu. Kalau korang perasan, itu MUNGKIN BOLEH jadi pilihan korang walaupun mungkin makanan yang korang dapat tu tak seperti yang korang jangkakan. Dan kalau korang tiba-tiba perasan muka kacak aku ni ada kat situ, itu maknanya aku sedang mencari juadah berbuka, bukannya aku berniaga. Tegur-tegurlah ye.
Sebab apa aku cakap macam ni? Sebab selalunya setiap kali munculnya Ramadhan, akan muncul peniaga-peniaga bidan terjun yang ingin mencuba nasib berniaga walau tak ada pengalaman berniaga. Ini adalah fakta. Dan selalunya yang macam ni yang ada PROBLEM sikit. Tak semua bermasalah, tapi ada segelintir. Kita kalau nak berniaga, kena ada pengalaman. Begitu juga dengan makanan yang dijual tu. Perlu ada pengalaman yang luas untuk setiap makanan yang dimasak tu. Kalau tak, kompem akan timbul isu jual makanan tak berkualiti dan tak sedap. Ini salah satu sebabnya.
Lagi satu sebab yang korang kena beli kat peniaga-peniaga lama yang LEGEND kat situ adalah kerana banyak tapak-tapak gerai di Bazar Ramadhan disewakan kepada orang Indonesia. Ini pun masalah jugak ni. Dorang pun sama juga, bidan terjun untuk cari duit lebih dan duit raya.
Ramai Pengunjung
Kalau korang perasan, ada gerai-gerai yang agak luar biasa kehadiran pengunjungnya.Sampai penuh depan gerai dia. Jangan pulak korang ingat ada tarian tiang sedang dianjurkan kat situ, tapi sebenarnya itu adalah salah satu 'Point' penting yang korang perlu tau. Kalau dah ramai beli kat sana, malah setiap hari pulak tu penuh, itu bermakna juadah yang disediakannya memang sedap. Yang ni budak tadika pun boleh tau. Aku je yang lambat tau.
Cam Muka Peniaga
Kalau korang perasan lagi, sebenarnya muka-muka peniaga Bazar Ramadhan ni adalah muka-muka yang sama berniaga kat pasar malam. Kat tempat lain aku tak pasti, tapi kalau kat tempat aku ni, memang muka tu lah yang selalu berniaga kat Bazar Ramadhan. Jadi, kalau korang memang dah kenal peniaga tu dan tau produk yang dihasilkannya memuaskan seperti yang korang biasa beli kat pasar malam tu, tak payah lah nak fikir panjang.
"Macam mana lu tau bro? Lu ni anggota pengakap sekolah ke?"
Aku taulah. Sebab aku bukan tukang cat. Dulu aku pernah berniaga kat Bazar Ramadhan Bukit Sentosa dan pasar malam. Masa aku kerja kentin sekolah pulak, aku berniaga kat Bazar Ramadhan belakang Stadium Selayang. Sebab tu lah ramai yang tegur pernah nampak muka aku. Cuma sayangnya, dulu aku tak sekacak sekarang. Kalau tak, kompem ramai gadis-gadis akan singgah kat gerai aku semata-mata nak menatap wajah aku. Dan aku sangat yakin gadis-gadis tu akan terpesona melihat aksi aku membungkus makanan hingga ada yang diserang sawan babi.
Membeli Juadah Berbuka Di Bazar Ramadhan
Apa yang aku kongsikan ni adalah serba sikit pandangan peribadi aku. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pandangan aku ni. Cuma pesanan ikhlas daripada aku, nak membeli di Bazar Ramadhan kena bijak. Paling penting, jangan membazir. Kena jimat. Kalau lalu kat orang yang kutip zakat tu, jangan tak singgah. Bayarlah zakat tu.
Aku tak pernah singgah lagi Bazar Ramadhan kat Area rumah aku ni. Tahun ni tak tau kenapa tak ada Mood nak ke sana. Mungkin sekarang ni dalam Mood berjimat agaknya.