CERITA LAWAK PULANG DARI SEMBAHYANG TARAWIH
Satu hari kecoh kisah Din Tinju terkena demam campak akibat terkejut melihat hantu masa balik dari sembahyang tarawih. Maka datanglah Atan Gebu ke rumah Din Tinju untuk melawat sahabat karibnya itu. Sesampainya di rumah Din Tinju, Atan Gebu agak terkejut melihat wajah Din Tinju agak pucat yang tersangat. Bukan je diserang demam campak, malah terkena sekali penyakit beguk.Dasyat sekali hantu yang menyakat Din Tinju. Berjaya membuatkan Din Tinju jatuh sakit seteruk begitu. Siapa yang tak kenal dengan Din Tinju. Rata-rata orang kampung amat takut pada Din Tinju. Pernah sekali ada seorang Mat Gian tersadung kakinya dan tertanduk pula dada Din Tinju. Habis dibakarnya semua sarang Mat Gian yang berada di kampung tersebut. Ganas tak ganas Din Tinju ni. Terbaru sekali Mat Tinju kapakkan kepala seorang bukan Islam yang pakai baju tertera ayat-ayat Al-Quran. Sebab tu bila Din Tinju jatuh sakit disakat dek hantu, ramai orang kampung yang terkejut dan sama sekali tidak percaya.
" Din Tinju, macam mana kau boleh sakit seteruk ni? Memang betul ke kau nampak hantu kat simpang kubur tu? Apa yang dah hantu tu buat kat kau? Macam pelik je bila kami dapat tau kau kena sakat dengan hantu. Sekarang kan bulan puasa. Mana ada hantu.",soal Atan Gebu kepada Din Tinju.
Gambar sekadar hiasan. sumber |
Disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal, Atan Gebu bercadang untuk pergi ke lokasi panas tersebut selepas habis sembahyang tarawih.
" Din Tinju, aku akan menuntut bela untuk kau. Aku akan berdepan dengan hantu tu dan sedaya upaya akan membakarnya.",tekad Atan Gebu di dalam hati.
Selepas habis sembahyang tarawih
Atan Gebu perlahan-lahan meninjau di simpang kubur tersebut. Hatinya berdebar-debar. Sedar tak sedar air matanya menitis membasahi bumi akibat menyesal dengan keputusannya itu. Terasa menyesal sekali bila berada di kawasan kubur itu.
Gambar sekadar hiasan. sumber |
Tak lama selepas tu, Atan Gebu terpandang sesuatu. Atan Gebu terkejut dan hampir tergigit seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas di hadapannya. Atan Gebu sama sekali tidak menyangka apa yang dilihatnya... dia sangat-sangat tidak menyangka..
------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya Atan Gebu terus berlari pecut ke rumah Din Tinju yang terletak 10 kilometer jauhnya. 50 meter lagi hendak tiba di rumah Din Tinju, baru Atan Gebu teringat yang dia ada sebuah motor Yamaha 135 lc. Dan sekali lagi Atan Gebu mengalirkan air mata.
" Kalaulah mak aku tau apa yang aku buat ni, mesti dia akan menyesal dapat anak sebengap ni. Mesti dia akan minta diundurkan masa dan batalkan perkahwinan dengan bapak aku. Mak, maafkan Atan. Kali ni Atan akan buktikan kat mak yang Atan tak sebengap tu!",berkobar-kobar semangat Atan Gebu lantas dia berpusing dan berpatah balik ke rumahnya untuk mengambil motor.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih kurang 15 minit perjalanan, Atan Gebu ternampak kelibat Din Tinju sedang duduk di kerusi depan rumahnya. Di depan Din Tinju ada ramai orang-orang kampung berkumpul. Kelihatan Din Tinju sedang disuapkan makan oleh jirannya. Manakala orang-orang kampung yang lain bersorak dan menjerit-jerit memberi kata-kata semangat pada Din Tinju untuk makan makanan yang disuapkan itu.
" Din Tinju!!! Din Tinju!!",jerit Atan Gebu seusai meletakkan motornya di atas peha Din Tinju.
Belum sempat Din Tinju menyahut, Atan Gebu meneruskan kata-katanya.
" Din Tinju! Rupanya yang kau tengok malam tu bukanlah hantu!! Kat simpang kubur tu rupanya ada sebuah almari yang orang buang!!",Atan Gebu bersungguh-sungguh menerangkan situasi yang sebenar.
" Apa yang kau mengarut ni? Aku nampak malam tu bukan almari. Memang aku nampak muka yang buruk dan hodoh! Ia begitu menakutkan!!",getus Din Tinju tidak berpuas hati.
" Sabar dulu Din Tinju. Sebenarnya kat almari tu ada cermin besar! Sebenarnya muka buruk, ngeri dan hodoh yang kau nampak tu adalah muka kau sendiri!!",sambung Atan Gebu.
" Betul ke sahabatku? Rupa-rupanyanya muka yang buruk, muka yang ngeri, dan muka yang menakutkan itu adalah muka aku sendiri!! Selama ni aku sangkakan muka aku seiras Aaron Aziz.. rupa-rupanya buruk, ngeri dan hodoh sebegitu?!",jerit Din Tinju dan terus berlari keanak-anakan menuju ke biliknya sambil menangis teresak-esak.
*KALAU SUKA SILAKAN SHARE. SILA JANGAN COPY PASTE CERPEN NI YE. KALAU NAK COPY PASTE, SILA TINGGALKAN SUMBER RUJUKAN DARI ENTRI BLOG NI.
Ini adalah cerita rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Muka hensem tapi hati buruk+busuk pun buat apa kan? Apa-apa pun, terus pacakkan doa kita kepada Palestin, Gaza dan pejuang Al-Qassam. Sama-sama kita kirimkan roket doa kita kepada mereka di sana yang sedang berjuang menentang kekejaman Zionis dan berjuang untuk mendapatkan balik tanah yang dirampas oleh Zionis daripada mereka. Teruskan berdoa sahabat-sahabatku.