BRIGED AL-QASSAM BEREVOLUSI
Aku ingat lagi masa belasan tahun, masih lagi bergetah dan tak berapa memahami apa yang terjadi kat Palestin, masa tu aku rasa tak dengar lagi nama Al-Qassam ni. Mungkin ada atau mungkin tak ada atau mungkin aku terlepas pandang.
Dulu masa Palestin bergolak diserang Zionis, nama yang selalu aku dengar adalah Yasser Arafat. Bala tentera di bawah Yasser Arafat adalah dari kumpulan Fatah. Dan masa tu juga masih lagi aku dengar kumpulan Fatah ni bertempur dengan kumpulan dari Hamas. Dua kumpulan ni memang tak dapat dipisahkan lagi dengan peperangan sesama mereka di Palestin. Dan ini salah satu faktor terbesar kepada kekalahan demi kekalahan Palestin kepada Zionis. Setiap minggu aku akan dengar cerita serangan demi serangan dilakukan tentera Zionis.
Hinggalah satu hari yang aku tak ingat macam mana ceritanya, Yasser Arafat dan kumpulan Fatah telah pun berdamai dengan kumpulan Hamas. Sejak daripada tu, aku nampak Palestin sedikit demi sedikit menjadi kuat dan kukuh. Tak ada lagi peperangan sesama kumpulan Fatah dan juga Hamas.
Dua tahun sebelum ni iaitu pada tahun 2012 (kalau tak salah aku), Palestin telah diserang lagi. Diserang segenap sudut. Dan masa ni baru aku dapat tahu tentang nama Al-Qassam ni. Baru naik nama ni. Masa tu ada penentangan dari pejuang-pejuang Al-Qassam tapi bedilan roket-roket mereka masih belum mampu untuk tembus jauh ke Israel lagi. Cuma apa yang membanggakan aku, masa tu pun Zionis masih takut untuk melancarkan serangan darat dan berdepan dengan pejuang-pejuang Al-Qassam. Tak lama lepas tu gencatan senjata dilakukan oleh Palestin dan juga Zionis.
Gencatan senjata tu tak lama. Baru-baru ni seorang kanak-kanak Palestin telah diculik dan dibakar hidup-hidup. Ini yang menaikkan kemarahan rakyat Palestin dan juga pejuang Al-Qassam. Kali ni Palestin dan Al-Qassam tidak mampu lagi bersabar. Serangan demi serangan balas dilakukan pejuang Al-Qassam. Tetapi menariknya, dalam masa hanya dua tahun, pejuang-pejuang Al-Qassam telah berevolusi dengan sangat laju dan cepat. Dari segi penghasilan roket sendiri yang semakin canggih, dari segi IT dan programmer, dan juga penghasilan kapal terbang tanpa pemandu yang dihasilkan mereka. Dan juga dari segi strategi peperangan. Semuanya telah berevolusi dengan sangat pantas. Dalam hanya masa dua tahun mereka berjaya melakukan apa yang tak termampu dilakukan oleh negara-negara Arab. Dalam hanya masa dua tahun mereka berjaya menjangkaui apa yang dilakukan Hizbullah kepada Israel.
Seramai 4 orang komando Al-Qassam telah berjaya membolosi ruang pantai Israel dan menyerang markas tentera Israel hingga mencederakan 13 orang tentera Israel telah mengejutkan Israel. 4 orang komando Al-Qassam tersebut telah Syahid dan umur mereka semuanya dalam lingkungan 22-24 tahun. Beraninya anak muda Palestin..
Dua tahun sebelum ni iaitu pada tahun 2012 (kalau tak salah aku), Palestin telah diserang lagi. Diserang segenap sudut. Dan masa ni baru aku dapat tahu tentang nama Al-Qassam ni. Baru naik nama ni. Masa tu ada penentangan dari pejuang-pejuang Al-Qassam tapi bedilan roket-roket mereka masih belum mampu untuk tembus jauh ke Israel lagi. Cuma apa yang membanggakan aku, masa tu pun Zionis masih takut untuk melancarkan serangan darat dan berdepan dengan pejuang-pejuang Al-Qassam. Tak lama lepas tu gencatan senjata dilakukan oleh Palestin dan juga Zionis.
sumber |
sumber |
Serangan roket dari Al-Qassam telah berjaya sampai jauh ke dalam Israel. Bukan hanya sepuluh atau dua puluh serangan, tapi beratus-ratus serangan roket. Serangan roket Al-Qassam berjaya mengelak setiap tangkisan daripada Iron Dome Israel. Menariknya kejutan demi kejutan dilakukan pejuang Al-Qassam dengan penghasilan roket demi roket yang semakin hari semakin canggih.
Penerbangan 3 kapal terbang tanpa pemandu Al-Qassam berjaya berlegar-legar di ruang udara Israel dan hanya satu sahaja yang berjaya ditembak jatuh.
Siaran televisyen Israel yang berjaya dipintas oleh pejuang Al-Qassam juga membuktikan mereka telah jauh berevolusi dalam masa hanya dua tahun.
Ini semua telah membuatkan Perdana Menteri Israel, tentera-tentera Israel dan juga rakyat Israel terkejut hinggakan ada yang mati kerana trauma ketakutan. Ketakutan yang tak pernah mereka rasai sejak berpuluhan tahun dahulu. Apa yang rakyat Palestin rasa berpuluh-puluh tahun dulu kini telah dirasai sendiri oleh Israel.
sumber |
Apa yang buat aku rasa bangga dengan tentera Al-Qassam ini adalah kemajuan mereka berevolusi dalam hanya 2 tahun dalam keadaan terkepung tanpa ada apa-apa bantuan ketenteraan daripada luar. Ini membuktikan yang Allah membantu rakyat Palestin dengan menganugerahkan kepada mereka pejuang-pejuang Al-Qassam yang sangat berani dan bertaqwa untuk menentang Zionis yang memang terlampau kejam dan terlalu hina. No wonder, kalau korang baca sendiri syarat-syarat untuk menjadi pejuang Al-Qassam, pasti korang akan tergamam dan bangga. Antaranya tak pernah meninggalkan solat subuh.
Sehingga kini tentera Zionis tidak langsung berani untuk melancarkan serangan darat kerana mereka tau mereka akan berdepan dengan pejuang Al-Qassam yang semakin mahir dalam taktik perang dan juga tidak sikit pun gentar untuk mati syahid.
Apa pula peranan kita setelah pemimpin-pemimpin negara Arab hanya bacul mendiamkan diri dan sibuk dengan pangkat, harta dan kemewahan duniawi mereka? Mungkin kita tidak mampu untuk mengangkat senjata dan memerangi Zionis, tetapi mungkin ramai yang terlupa bahawa senjata paling bahaya kita adalah doa. Marilah kita seluruh umat Islam bersatu dan mengirimkan doa kita kepada rakyat Palestin dan juga pejuang-pejuang Al-Qassam. Mereka akan kuat dengan doa kita. Mereka akan kuat dengan bantuan-bantuan dari Allah. Doakan mereka hari-hari.
sumber |
sumber |
Dan jangan lupa juga untuk menyumbang seberapa banyak harta kita kepada saudara-saudara kita di Palestin. Sumbangan boleh dilakukan di :-
Aman Palestin
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
dan
Aqsa Syarif
Akaun Maybank Islamic
5515 7500 4299
5515 7500 4299
Akaun Bank Islam
12 092 01 003490 4
Doa adalah senjata utama kita sekarang. Bersatulah umat Islam semua dan kita kirimkan doa-doa kita kepada Palestin. Semoga Palestin dan juga Al-Qassam diberi kemenangan besar untuk meruntuhkan keangkuhan Zionis. Biarlah kita dianggap Racist dalam menentang Zionis kerana Zionis tak pernah pedulikan nasib rakyat Palestin. HAMAS NEVER FALL!!