JOM IFTAR @ TMCC, MENARA TM
Semalam Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) telah dijemput oleh Eden Catering untuk merasai sendiri kenikmatan juadah Buffet Ramadhan yang disediakan mereka di Dewan Kristal TMCC Menara TM, Bangsar.BUFFET RAMADHAN DI KUALA LUMPUR
Jom Iftar @ TMCC, Menara TM ini adalah gabungan antara EDEN CATERING dan TM CONVENTION CENTER (TMCC) sepanjang bulan Ramadhan 2014 ini. Apa yang menarik bila berbuka puasa di sini adalah suasana Ramadhan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan kegemaran Malaysia dan menu yang disajikan akan ditukar setiap minggu. Hurm, menarik. Tak lah bosan asyik menu yang sama je kan?BUFFET RAMADHAN TERBAIK DARIPADA EDEN CATERING
Di samping tu ada juga persembahan muzik tradisional dialunkan untuk menghiburkan pengunjung. Tak adalah bosan sangat bila mengokak makanan tu kan?Jadi, tunggu lagi? Jom tengok apa juadah yang disediakan masa Team KBBA menyerang TMCC semalam.
Begitu 'ramai' sekali kurma yang hadir pada hari tu. |
Chicken Shawarma antara juadah yang membuat aku terliur. |
Aneka kuih muih yang ada pada hari itu pun sangat membuka selera aku dan team KBBA yang lain.
Mandhi Rice Chicken. Aku pun tak berapa faham apa maksudnya. Mungkin Nasi Ayam Mandi agaknya. Haha. |
Antara lauk pauk yang disediakan pada hari itu.
Pada peminat mee rebus jangan risau jangan khuatir. Kat sini ada juga disediakan juadah mee rebus ni. Serba lengkap kan? |
BUFFET RAMADHAN PILIHAN
Amacam? Dah puas tengok makanan-makanan yang memang menyelerakan tu? Jom kita tengok pulak hidangan pencuci mulut yang disediakan. Heh Heh. Yang ni lagi buat korang meleleh-leleh air liur.Antara yang dapat sambutan hangat adalah ais krim ni, Mana taknya, muka-muka yang datang semalam semuanya macam budak-budak walau dah ada anak. Hahaha. Kompem cepat habis. |
BUFFET RAMADHAN SEKITAR KUALA LUMPUR
Buffet ini diadakan pada jam 6.30 petang hingga jam 10 malam setiap hari dari 4 julai 2014 hinggalah 25 Julai 2014. Bermakna masih sempat lagi kalau korang bercadang untuk mencari tempat berbuka sekitar Kuala Lumpur. Harga yang ditawarkan pula adalah seperti berikut.
DEWASA : RM 75 NETT
KANAK-KANAK (4 - 11 TAHUN) : RM30 NETT
KANAK-KANAK (BAWAH 3 TAHUN) : PERCUMA
Menarik lagi jika berbuka puasa di sini adalah kerana terdapat satu pakej tambahan disediakan iaitu setiap kumpulan 10 orang dewasa akan mendapat PERCUMA bagi dewasa yang ke 11.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, bolehlah hubungi EDEN CATERING di :-
PHONE : 03 22401012 / 019 2594334
EMAIL : edencateringsales@edenzil.com
WEBSITE : www.edenfood.com.my (SILA KLIK)
Sesedap mana kita makan, jangan sesekali kita lupakan saudara-saudara kita di Palestin dan Gaza. Mereka sedang sengsara dan mungkin juga kebuluran. Jangan lupa untuk terus berdoa kepada mereka setiap hari setiap masa. Doakan juga agar pejuang Al-Qassam berjaya menunjukkan jalan keluar kepada tentera-tentera Zionis.