GUNA GAMBAR AKU MENYAMAR JADI POLIS

Baru-baru ni kawan aku ada bagitau aku pasal satu akaun Tagged menggunalan nama Nice Guy yang menyamar menggunakan gambar aku. Guna gambar aku satu hal. Masalahnya semua post dia berunsur lucah. Siap suruh pm siapa yang nak berasmara dana dengan dia. Dem. Aku rasa macam dilacurkan pulak.  Nama dah mulia dah. Nice Guy. Tapi perangai macam haram.

PENYAMAR MENYAMAR JADI POLIS, MENGGUNAKAN GAMBAR ORANG LAIN UNTUK MENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL KEPADA PENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA ORANG YANG MENYAMAR JADI POLIS

PENYAMAR MENYAMAR JADI POLIS, MENGGUNAKAN GAMBAR ORANG LAIN UNTUK MENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL KEPADA PENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA ORANG YANG MENYAMAR JADI POLIS
Okay. Aku sendiri baca pun aku rasa malu dengan diri sendiri. Siap promot lagi untuk main dengan orang lain. Hina betul aku rasa.
Sebelum tu, ada lagi satu akaun Wechat guna nama Istaqarah pun menyamar letak gambar aku sebagai gambar dia. Yang ni lagi dasyat. Dah lah menyamar jadi aku, dia menyamar pulak sebagai polis. Kat Moment dua tiga post pasal polis. Baru habis meeting dengan bahagian siasatan jenayah lah, baru lepas ambik gambar dengan ketua polis Johor lah. Gila betul. Mungkin makhluk ni ada cita-cita nak jadi polis tapi tak pernah berjaya dalam ujibakat. Yang buruknya kat aku lah. Aku boleh dituduh menyamar jadi polis.

PENYAMAR MENYAMAR JADI POLIS, MENGGUNAKAN GAMBAR ORANG LAIN UNTUK MENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL KEPADA PENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA ORANG YANG MENYAMAR JADI POLIS
Padam dulu maklumat SPY aku. Yang ni, Spy aku berjaya dapatkan gambar sebenar penyamar. Cuma tak dapat dipastikan gambar penyamar tu pun betul atau tak. Aku harap polis akan ambik tindakan sebab setakat ni, polis cuma suruh aku buat artikel penafian dan jugak pergi SKMM. So, macam mana dengan gambar penyamar tu? Takkan tak nak buat siasatan lanjut sebab ni kes MENYAMAR JADI POLIS. BUKAN KES KECIK. Kemungkinan untuk gambar yang aku dapat tu adalah gambar penyamar pun ada sebenarnya kan?

PENYAMAR MENYAMAR JADI POLIS, MENGGUNAKAN GAMBAR ORANG LAIN UNTUK MENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL KEPADA PENYAMAR, APA TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA ORANG YANG MENYAMAR JADI POLIS
Apa masalah utama makhluk ni pun aku tak tau. Dan apa modus operandi dia yang sebenarnya pun aku tak tau.
Dua-dua akaun ni kalau buat taik, memang aku yang kena. Dibuatnya dorang perangkap perempuan dan mintak duit ke, teruk aku kena. Apa lagi kalau dorang guna gambar aku tu untuk pergi Audition American Got Talent memandangkan wajah aku yang memang seakan-akan lelaki Amerika ni.

Jadi aku dah pun buat Report polis. Next entri aku akan buat entri penafian yang dua akaun tu bukan akaun aku beserta gambar Report. Report tu untuk aku Cover diri aku dari dituduh dengan tuduhan melampau dan keji lagi hina menghinakan. Tindakan seterusnya, aku kena pergi SKMM dan makan tam-tam.


Jikalau korang nampak apa-apa akaun sosial yang menggunakan gambar ni , dan nama dia bukan BONI KACAK, itu bukan aku. BONI KACAK hanya ada satu je dalam dunia ni. Special Edition. Rare Species. Tak ada juai punya. 

Ni aku sertakan akaun-akaun sosial aku yang sah lagi sahih.

FACEBOOK - BONI KACAK
PAGE FACEBOOK - BONI KACAK OFFICIAL
TWITTER - BONI KACAK
INSTAGRAM - BONIKACAK
KEEK - BONIKACAK
YOUTUBE - BONI KACAK
WECHAT - BONI KACAK
WASSAP - BONI KACAK
GOOGLE+ - BONI KACAK

Selain daripada akaun-akaun kat atas tu, itu bukan aku. Itu dah tentunya penyamar-penyamar yang tak ada kehidupan dan yang hidupnya diselubungi kemurungan tahap melampau-lampau, keterlampauan dan keterlaluan. 

Aku memohon jasa baik kawan-kawan untuk Share artikel ni sebab aku takut ada yang dah jadi mangsa penipuan atau sebagainya. Busuk nama aku.

 Jangan suka menyamar jadi orang lain sebab korang akan menyusahkan empunya badan. Jangan hidup suka menganiaya orang lain sebab balasannya sangat teruk kat akhirat nanti jika orang yang teraniaya tu tak memaafkan korang.



5 comments.. read them below or add one

Mar Mansor Mar Mansor 03 April, 2015
ish..dipergunakan macam ni..seram
Unknown Unknown 04 April, 2015
Perghh!! nie mesti kes dengki tahap Cipan. Tak pun jeles sebab dieorang tak sehensem abam Boni. Heheh. Tabahlah abam Boni.
I N A  A I N A A I N A A I N A A 04 April, 2015
Mereka yang suka ambil gambar org ni memang tak ada kerja lain agaknya. Astagfirullah
AnonymousAnonymous 05 April, 2015
mangkuk hayun betul penyamar tu...mungkin mereka inginkan kehenseman seperti bro boni tapi tak dapat...so mula la buat taik tahap tapir....
Kakcik Seroja Kakcik Seroja 05 April, 2015
Wah...susah juga jadi orang kacak ni, kan?