AKTIVITI BESAR BLOGGER KEMBALI LAGI

Dari malam tadi mata aku tak boleh pejam. Kepala otak aku ni ligat memikir sampaikan susah untuk aku tidur. Hurm. Mengganggu rentak kenormalan hidup aku je. Jenuh aku fikir kenapa Sakura susah sangat nak jatuh cinta kat Naruto. Apa kurangnya Naruto jika nak dibandingkan dengan Sasuke tu? Harapkan rambut je belah tengah macam Nick Carter, tapi jahat. 

Ok, cukuplah sesi luahan perasaan aku tu. Straight To The Point. Dah lama rasanya aku tak Join aktiviti besar melibatkan banyak penaja besar. Last sekali aku Join tahun lepas.

Hari ahad ni akan berlangsung satu aktiviti melibatkan ramai bertempat di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD. Aktiviti ini diuruskan sepenuhnya oleh Team #KelabBloggerBenAshaari dengan tajaan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

LOKASI DAN TEMPAT MENARIK UNTUK BERIADAH BERSAMA KELUARGA DAN ANAK-ANAK, LOKASI DAN TEMPAT MENARIK UNTUK BERCUTI BERSAMA KELUARGA DAN ANAK=ANAK, KBBA BLOGGER'S DAY OUT, KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA KKTTC

Sedikit info tentang Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ( KKTTC ) ni. Aku pun sebenarnya baru tau tentang keujudan tempat ni. KKTTC ni sebenarnya dah lama wujud.

Lokasi dan tempat ni sebenarnya sangat-sangat sesuai untuk korang bercuti dan beriadah bersama keluarga disebabkan banyak fasiliti dan aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh rencakan untuk ahli keluarga korang.

LOKASI DAN TEMPAT MENARIK UNTUK BERIADAH BERSAMA KELUARGA DAN ANAK-ANAK, LOKASI DAN TEMPAT MENARIK UNTUK BERCUTI BERSAMA KELUARGA DAN ANAK=ANAK, KBBA BLOGGER'S DAY OUT, KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA KKTTC
SUMBER
Antaranya aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat tu seperti Driving Range, Gelanggang tenis, Paintball , Sirkit Go Kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan juga Basketball. Menarik kan? Macam-macam aktiviti korang boleh buat kat sini. 

Selain daripada beriadah, bersukan dan berjimba kat sana, korang jugak boleh bikin majlis perkahwinan korang dan juga majlis-maljis yang lain kat sana. Luas kawasan Parking kereta kat sana dah boleh tampung 500-700 tetamu untuk satu-satu masa. Catering pun tak payah nak tempah jauh-jauh. Korang boleh je tempah Catering kat sana. Untuk info yang lebih cekal dan padu, korang boleh Contact sendiri 03-8318 0008 ataupun pergi ke Instagram KKTTC, @kelabkomuniticyberjaya


Aku sambung balik pasal aktiviti KBBA Blogger's Day Out ni ye. Untuk aktiviti ni, 100 orang blogger akan cuba aktiviti yang dahpun dirancang. Antaranya GOlf, Badminton dan Paintball. Tapi aku dengar cerita bukan semata-mata menatang-menatang tu je. Bila aku dengar, aku dah mula rasa ada lah 'Sesuatu' yang dah dorang rancang tu. Ok, aku dah mula gugup dan seriau. Tapi aku tak kisah sebab aku rasa 'Sesuatu' tu sangat menarik dan lebih mencabar. Aku ni Remi pantang dicabar tau. Pernah sekali orang cabar aku main baling selipar, setahun dia tunggu aku tak muncul-muncul tau! 

Kenapa 100 je blogger yang Join Game-Game tu?? Sebab ni adalah aktiviti besar yang pertama kali dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari dan tak dibuka untuk orang ramai lagi. Tapi.. korang dijemput hadir untuk memeriahkan suasana kat sana dan berkenalan dengan ramai blogger-blogger kacak dan comel termasuk aku.  Dan jikalau aktiviti besar pertama Kelab Blogger Ben Ashaari ni berjaya dengan jayanya, ia akan dibuat lagi dengan penyertaan yang lebih besar lagi daripada ni. Inshaa Allah.

Setiap aktiviti memang akan sunyi sepi, tak berseri dan Cannot Go Far jikalau tiada tajaan daripada penaja-penaja hebat. Antara penaja-penaja aktiviti KBBA Blogger's Day Out ni adalah :-

CYBERVIEW CYBERJAYA 

COSMODERM 

YEOS MALAYSIA 

STAMP N PRINT ENTERPRISE 

NATALIA 

Jadi, moh ler datang sana. Meriahkan lagi suasana yang dijangka gamat dengan teriakan, jerit tempik, gelak tawa dan tangisan para blogger yang panik dengan aktiviti-aktiviti yang dah dirancang tuh. Aku pulak akan cuba sentiasa bertenang dan  berkelakuan seperti lelaki normal dengan apa yang bakal aku tempuhi tu nanti.

LOKASI DAN TEMPAT MENARIK UNTUK BERIADAH BERSAMA KELUARGA DAN ANAK-ANAK, LOKASI DAN TEMPAT MENARIK UNTUK BERCUTI BERSAMA KELUARGA DAN ANAK=ANAK, KBBA BLOGGER'S DAY OUT, KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA KKTTCJom pakat ramai-ramai datang untuk meriahkan lagi suasana. Boleh juga bawak keluarga korang jalan-jalan kat sana.

{ 12 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 23 April, 2015
wah seronoknya..macam nak join..kalau join first timer la dpat jumpa semua blogger ni...excited pulak
Unknown Unknown 23 April, 2015
@Ija Rased:

datang lah.. meriahkan lagi suasana.. hehehe
Aku pengembara Aku pengembara 23 April, 2015
Ahad ade hal laa.. singgah kejap je boleh.. hehe..
Mimin Adam Mimin Adam 23 April, 2015
semoga berjalan lancar event ni ;)
ma ❥ ma ❥ 23 April, 2015
nak intai dr jauh je la.. hehe malu nak gi dekat
Unknown Unknown 23 April, 2015
@Aniq Bukhary:

mailah bro.. hehehe.. dapat jugak bersua wajah.. hehe
Unknown Unknown 23 April, 2015
@Cikk Mimin:

Inshaa Allah.. sama-sama kita doakan program ini akan berjalan lancar :)
Unknown Unknown 23 April, 2015
@ma ❥:

adeh. mai je k.. hahaha. apa dia ngintai dari jauh je.. hehehe
Unknown Unknown 23 April, 2015
@Budak Nakal:

mai lah.. dialu2kan bro.. hehehe
HeRo HeRo 24 April, 2015
Hebak intro mu Bro! Hahaha...tertibe konfius baca ...Apapun see you. Be there or Be Square!
Uncle Zuan Uncle Zuan 26 April, 2015
hmmm lama tak join aktiviti dengan blogger lain.. hmmm patut ke aku datang? tkt menggugat kekacakkan ekau plak.. hmmmmmmmmmmmmmm