Sebelum ni, aku selalu jugak tertanya-tanya, betul ke Lembaga Zakat Selangor ni ada turun padang untuk cari golongan-golongan asnaf dan juga fakir miskin? Betul ke dorang ada keluarkan duit zakat yang dibayar oleh semua umat Islam kat Selangor ni untuk diberi kepada golongan yang memerlukan? Adakah benar-benar dorang amanah dalam memegang duit zakat tu? Betul ke dorang gunakan duit zakat tu ke jalan yang betul atau pun terseleweng? Betul ke pencuci Daia boleh mencuci sampai ke Singapura? ehh...
Jujur aku cakap, aku memang kurang yakin pada Lembaga Zakat Selangor sebelum ni. Sebab banyak aku dengar komplen-komplen yang mengatakan susah benar nak minta bantuan zakat, susah betul nak Contact orang zakat ni. Bila telefon semedang je tak berangkat.
PROJEK ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015
Tapi baru-baru ni, aku dan Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput untuk bersama dalam satu projek Zikra iaitu satu program jelajah kasih bersama asnaf yang dianjurkan Lembaga Zakat Selangor.
Bermula program, kitorang berkumpul kat perkarangan Lembaga Zakat Selangor untuk Breakfast.
Lembaga Zakat Selangor yang terletak di Shah Alam. Nasib baik aku tak sesat. Aku ingatkan kat Kampung Baru tu. |
Para Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari, wartawan, staf-staf Lembaga Zakat Selangor dan juga Mufti Selangor tengah menikmati Breakfast. |
Majlis bacaan doa sebelum memulakan perjalanan. Untuk menjadikan perjalanan ini selamat dan diberkati. |
Tempat pertama yang kitorang tuju adalah Asrama Anak-Anak Asnaf Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Sempat lagi dorang bergambar dengan anak-anak Asnaf ni. Kacau budak-budak tu nak belajo je. Hahaha. |
Anak-anak Asnaf ni tekun mengulangkaji pelajaran. Belajo pandai-pandai ye adik-adik. Dah beso boleh jadi blogger. Eh. |
Bilik tidur dorang. Memang kemas dan selesa sangat. Tahniah Lembaga Zakat Selangor sebab berjaya menyediakan kemudahan seselesa ni kepada anak-anak Asnaf. |
Tahniah kami ucapkan kepada Lembaga Zakat Selangor kerana berjaya menyediakan sebuah asrama yang lengkap dari segala segi kemudahannya. Dan mengikut mata kasar aku sendiri, asrama ni sangat selesa. Kat sini, seramai 168 orang pelajar dihimpunkan dari umur 10 tahun hinggalah ke 16 tahun.
Sedikit info. Asrama anak-anak fakir dan miskin ini dikenali sebagai Baitul Hasanah yang bermaksud rumah yang baik. Baitul Hasanah ni diwujudkan untuk membangunkan generasi kedua. Kat sini, budak-budak ni didedahkan dengan macam-macam program pembangunan yang dapat meningkatkan aspek spiritual dan intelektual agar dorang ni semua berjaya di masa hadapan.
Lembaga Zakat Selangor juga dalam perancangan untuk membuka kompleks yang sama kat Sepang, Banting dan Hulu Selangor. Dan daripada mulut seorang daripada orang Lembaga Zakat Selangor tu kepada aku sendiri, katanya dorang akan membuka kompleks ni di setiap daerah dalam Selangor. Alhamdulillah. Wang zakat tu disalurkan ke jalan yang betul.
Lembaga Zakat Selangor juga dalam perancangan untuk membuka kompleks yang sama kat Sepang, Banting dan Hulu Selangor. Dan daripada mulut seorang daripada orang Lembaga Zakat Selangor tu kepada aku sendiri, katanya dorang akan membuka kompleks ni di setiap daerah dalam Selangor. Alhamdulillah. Wang zakat tu disalurkan ke jalan yang betul.
Okeh. Tempat ke dua yang kitorang tuju adalah ke butik D'Qaseh kepunyaan Kak Sal. Kak Sal adalah salah seorang ibu tunggal kepada empat orang anak yang masih belajar. Kak Sal kini menjalankan perusahaan kedai jahitan.
Sekalung tahniah kepada Lembaga Zakat Selangor kerana telah membantu Kak Sal dan anak-anaknya (ehem-ehem) untuk meneruskan kelangsungan hidup ni. Antara bantuan yang diterima Kak Sal adalah bantuan makanan, kewangan bulanan, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan untuk anak-anaknya.
Mak.. eh.. Kak Sal, kuatkan semangat ye!
Sedikit info, Kak Sal mula menjadi Asnaf Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2010.
Lokasi seterusnya adalah ke rumah Encik Jali Bin Kadio. Beliau mula menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2014. Antara bantuan yang dierima termasuklah bantuan hari raya dan bantuan pembinaan rumah tiga bilik yang berharga rm48,000.
Bacaan doa oleh Mufti Selangor sendiri selepas majlis penyerahan kunci rumah berakhir. Encik Jali nampaknya sangat-sangat berbesar hati bila Mufti Selangor sendiri mengimamkan bacaan doa. |
Sebelum berangkat ke lokasi seterusnya, tuan rumah meminta agar kitorang menjamu selera dengan makanan yang dorang sediakan. Aku mula-mula keberatan. Ye lah. Rasa macam menyusahkan tuan rumah pulak. Tapi bila tertengok makanan yang terhidang tu... aku jadi tak sampai hati pulak nak biarkan perut aku ni kebulur. Hahaha. Terima kasih tak terhingga kepada Encik Jali sekeluarga sebab sudi menjamu kitorang dengan makanan-makanan tu.
Lokasi seterusnya adalah ke rumah Encik Saharune Bin Abd Kadir. Encik Saharune ni seorang peniaga sate. Apa yang buat kitorang sebak dengan Encik Saharune ni, dia merupakan orang kelainan upaya (OKU) tanpa kaki kiri semenjak lahir. Hidupnya sangat susah sampaikan kaki palsu pun dia buat sendiri. Bukan je kaki palsu tapi tempat bakar sate pun dibuat sendiri. Masha Allah. Tetap bersemangat untuk hidup. Dia mempunyai tanggungan isteri dan lima orang anak.
Tempat bakar sate yang dibuat sendiri |
Mula menerima bantuan zakat pada tahun 2014. Antara bantuan zakat yang diterima adalah bantuan hari raya, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan. Turut juga menerima bantuan modal perniagaan.
Sebelum bergerak dari situ, kitorang dijamu dengan sate Encik Saharune. Ternyata... sate dia memang sedap. Baik dari rempah sate mahupun kuah dia. Memang sedap. Rasa menyesal tak bawak Tupperware.
Tahniah Lembaga Zakat Selangor. Kewajipan sebeginilah yang umat Islam lain inginkan. Terus mencari golongan-golongan Asnaf sebegini yang sememangnya memerlukan bantuan. Dan semoga Encik Saharune terus bersemangat untuk berniaga sate.
Lokasi seterusnya adalah ke Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor, Jalan Kebun. Kat sini lagi membuat perasaan kitorang jadi sebak. Walaupun hati aku sekeras tulang unta, tapi masih belum berjaya membuat aku tak rasa sebak kat sini.
Sampai kat sana kitorang dibawa pusing-pusing dalam tu. Aku berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Memang selesa buat penghuni-penghuni kat sana. Tahniah buat Lembaga Zakat Selangor sebab berjaya menyediakan tempat selesa begini kepada para penghuni.
Pintu bilik penghuni-penghuni sana. Rajin dorang menghias. |
Kat sini juga disediakan bilik terapi untuk memastikan warga-warga di sini sentiasa sihat. Sempat jugak sesi demonstrasi dibuat. |
Alhamdulillah. Lembaga Zakat telah berjaya menyediakan satu tempat yang bagi aku amat selesa untuk dihuni oleh warga-warga emas ni. Semoga warga-warga dan penghuni-penghuni di sini akan selesa dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan dorang. Aku tak tau kenapa bila aku tengok wajah-wajah yang ada kat sana, aku rasa sebak sangat, Ada yang memerhati kitorang seolah-oleh mencari seseorang. Adakah dia mencari anaknya. Hmmm..
Lokasi terakhir kitorang pada hari tu, Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi Klang. Besar betul tempatnya. Aku rasa lagi cantik daripada sekolah menengah aku. Haha. Rasa jeles pulak. Rasa macam nak belajar je kat sini. Selesa memang tak dinafikan lagi. Memang selesa sangat. Untuk info korang semua, Maahad Intergrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang ni dibiayai sepenuhnya oleh JAIS dari segi kos makan dan tempat tinggal. Alhamdulillah.
Dan mengikut info yang aku dapat, Lembaga Zakat Selangor juga memberi RM150.00 setiap bulan kepada pelajar-pelajar di sini. Alhamdulillah.
Lokasi ni menjadi tempat kitorang berkumpul untuk majlis penutup Projek Zikra ' Jelajah Kasih Bersama Asnaf 2015' ni.
Sambil makan sambil dengar ucapan penutup. Lauk.. pergh.. Ikan siakap stim limau. Feveret aku dalam arena pemakanan ni. Heh heh. |
Alhamdulillah. Jujur aku cakap, persepsi aku terhadap Lembaga Zakat dah banyak berubah daripada sebelum ni. Ye lah. Dulu aku tak nampak apa yang Lembaga Zakat ni buat dengan duit yang dikumpul tu. Tapi bila aku saksikan sendiri segala macam yang dilakukan tu, dapat membuka mata aku.
Itu lah sebabnya kita tak boleh memandang sinis akan sesuatu yang kita tak nampak.
Ada juga benarnya kata-kata seorang wakil daripada Lembaga Zakat Selangor ni. Memang mustahil untuk dorang lakukan penyelewengan duit zakat ni sebab setiap tahun memang dorang akan di audit oleh 6 badan audit termasuklah Audit Negara.
1. Audit Dalaman LZS (MAIS) – yang melibatkan audit ke atas kewangan dan pengurusan
2. Audit Kualiti LZS (MAIS) – yang melibatkan gerak kerja dalaman LZS seperti pematuhan kepada prosedur agihan
3. Audit Kualiti SIRIM-ISO 9002:1994 (1999), ISO 2001: 2000 (2003) dan ISO 2001:2008 (2010) – yakni siri audit oleh SIRIM demi memastikan LZS layak untuk terus menerima Persijilan ISO
4. Audit Syarikat dan Badan Profesional Luar – yang melibatkan audit kewangan LZS
5. Audit Dalaman MAIS – Yakni melibatkan kewangan dan pengurusan LZS
6. Audit Negara – Yakni melibatkan kewangan dan pengurusan LZS
2. Audit Kualiti LZS (MAIS) – yang melibatkan gerak kerja dalaman LZS seperti pematuhan kepada prosedur agihan
3. Audit Kualiti SIRIM-ISO 9002:1994 (1999), ISO 2001: 2000 (2003) dan ISO 2001:2008 (2010) – yakni siri audit oleh SIRIM demi memastikan LZS layak untuk terus menerima Persijilan ISO
4. Audit Syarikat dan Badan Profesional Luar – yang melibatkan audit kewangan LZS
5. Audit Dalaman MAIS – Yakni melibatkan kewangan dan pengurusan LZS
6. Audit Negara – Yakni melibatkan kewangan dan pengurusan LZS
Dan Lembaga Zakat lah satu-satunya entiti yang laporan auditnya dipamerkan kepada umum. Boleh rujuk kat sini ➨ http://www.e-zakat.com.my/laporan-lzs/ (sila klik)
Ada jugak kitorang tanya pada dorang, macam mana dengan kes yang susah benar nak minta bantuan zakat. Susah benar nak hubungi Lembaga Zakat Selangor untuk memohon bantuan.
Jawapan dorang kepada kitorang, korang kena hubungi HOTLINE dorang di talian 1-800-88-5353 kerana talian ini lebih efisien.
InshaaAllah dengan pencerahan ni, dapat membuka mata kita semua untuk lebih yakin pada Lembaga Zakat Selangor. Seperti mana terbuka nya mata aku. Alhamdulillah.
Owh ye. Aku ingin memohon bantuan semua untuk SHARE kan artikel ni supaya ramai lagi yang akan membuka mata dan menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengenai ketirisan yang berlaku pada Lembaga Zakat Selangor. Dan semoga kita tak ragu-ragu lagi untuk membayar zakat. Kerana zakat kita, amat bermakna pada golongan-golongan Asnaf dan golongan-golongan yang memerlukan.
Kita selalu pandang sinis sesuatu yang kita tak nampak dan tak tau kebenarannya kan. Jarang sekali kita nak buat Research dan mencari kebenaran sesuatu tu. Semoga selepas ni kita akan berubah. Sama-sama lah kita berubah dan melatih hati kita untuk lebih bersangka baik.