Tak sangka ada jugak yang sudi jadi pembaca setia blog aku. Yang tak pernah pandang rendah pada penulisan aku. Aku amat hargai semua tu. Kalau boleh, aku nak bagi hadiah air suam kat sorang-sorang.
Aku akui blog aku bukan blog isu semasa, bukan blog politik, bukan blog yang mempersembahkan penulisan-penulisan yang mempunyai idea hebat yang Super Bijaksana. blog aku cuma blog picisan yang kadang-kala merapunya cukup buat korang rasa nak hentak dagu aku kan.
Aku tau ada jugak yang pandang rendah pada aku disebabkan penulisan caca marba aku tu. Ada juga yang compare kan aku dengan orang lain. Ada juga yang menilai aku dengan penulisan-penulisan aku tu. Mungkin pada matanya penulisan dan juga gaya aku menampakkan yang tahap pemikiran aku sangat bodoh di matanya. No Class. Dan sampah semata-mata yang mempunyai ribuan ulat-ulat yang ligat menggeletek gedik. Tapi rasanya tak perlu kot nak pandang serong kat aku dan pandang rendah kat aku. Sampai ada jugak yang takut lepak dengan aku sebab baginya kalau lepak dengan aku hanya akan buang masa dan tak dapat langsung input-input dan ilmu-ilmu berguna.
SUMBER |
Kadang-kala tak semua orang suka tunjuk bijak secara terbuka. Kadang-kadang orang yang nampak bodoh tu sebenarnya lebih berguna daripada orang yang korang anggap bijak pandai tu. Jangan Simply-Simply Judge orang melalui luarannya. Luaran tak melambangkan siapa sebenarnya seseorang tu. Ibarat korang tengok sorang pakai Smart ber kot dan kemeja Tuck In dalam seluar ketat sendat. Tak semestinya orang tu seorang yang berjaya ataupun jutawan. Mana tau dia tu cuma pelakon Shortfilm yang tengah Shooting.
Jadi, aku akan teruskan dengan gaya aku. Sebodoh-bodoh penulisan aku ni, Alhamdulillah aku tetap ada pembaca setia sampai sekarang. Alhamdulillah.. This is me. Tapi untuk menilai aku melalui penulsisan aku je, itu memang tak adil bagi aku. Tepuk dada, tarik bulu dada tu sekali dan tanya selera. Rasa tak suka, jangan singgah sini. Korang tak payah penat-penat nak nilai aku dah. Sebab masih ada yang sudi singgah beratus-ratus kali kat sini untuk baca penulisan caca marba aku tu.
Jangan nilai seseorang daripada luaran sahaja. Sebab korang tak pernah kenal macam mana seseorang tu dari sudut dalaman dan juga pemikiran dia lagi. Dont be The Judge Just By Looking Their Output Only.