LG Cinema 3D Smart TV.Ibarat Tarzan Baru Keluar Hutan

Aku rasa aku yang paling lambat buat entri untuk event Nuffnang ni. Bukan apa, kadar tekanan air dalam badan aku agak tinggi kebelakangan ni. Mungkin sebab terlebih minum jus timun agaknya. Jadi, pada hari ni aku akan kupaskan serba sedikit event anjuran Nuffnang ni yang julung-julung kali aku sertai. Sebelum ni tak pernah lagi aku melibatkan diri dalam event dari Nuffnang. Mungkin disebabkan jawapan aku di dalam entri --> INI <-- yang menyebabkan pihak Nuffnang berasa takjub dan tertekan agaknya dan terus memilih aku untuk ke event tu.

Ok, beralih kepada event pelancaran LG Cinema 3D Smart TV yang berlangsung tersebut, aku sangat-sangat teruja. Sebenarnya, ni pertama kali aku tengok teknologi 3D sebenarnya. Yang aku cakap aku pernah pergi menonton wayang 3D tu adalah mitos semata-mata. Aku cuma pernah tengok 3D di TV3 satu ketika dulu yang menayangkan filem JAWS. Tapi masa tu, aku pun tak faham apa yang dikatakan 3D tu. Aku tengok tak ada perbezaan pun. Tak terkeluar pun ikan jerung tu daripada tv. Yang aku nampak skrin tv aku warna hijau je. Macam tak ada effect pun cermin mata 3D yang boss besar(bapak aku) belikan dulu. 

Tapi bila aku hadir ke event tersebut yang menayangkan beberapa ketul LG Cinema 3D Smart TV, aku rasa. WOW!!! Seolah-olah aku berada di dalam dunia lain. Seketul-seketul objek dalam tv tu terkeluar daripada tv. Pergh!! Tangan aku terkapai-kapai untuk menyentuh objek-objek yang terkeluar tu, padahal dah tau dah yang tu 3D. Rasa macam nak duduk depan tv tu sambil kunyah-kunyah k-pop PopKorn. Memang sangat-sangat jakun aku masa tu. Walaupun aku cuba mengawal kekacakan yang telah aku sematkan dalam diri, namun dalam hati aku betul-betul sangat-sangat dan hyper teruja. Rasa macam nak bawa balik tv tu. Yang buat aku terkemut-kemut, tatkala aku menonton satu LG Cinema 3D Smart TV bersaiz 72inci. Pergh!! Korang bayangkan besar tak besar. Objek yang terkeluar daripada tv tu lagi lah besar. Aku hampir terjatuh bila cuba mengelak objek-objek yang secara tiba-tiba terkeluar daripada tv tu. Nampak tak? Aku ibarat tarzan yang baru keluar dari hutan!!

Kesimpulannya, jika ada modal memang aku nak ambil satu LG Cinema Smart TV. Alang-alang yang bersaiz 72inci tu. Sebab aku amat berpuas hati dengan apa yang ditonjolkan oleh syarikat LG. Memang seolah-olah aku berada di dalam dunia yang lain. Jadi, jom layan gambar-gambar aku sewaktu di event pelancaran LG Cinema 3D Smart TV tersebut. Gambar tak banyak sebab aku tak ada kamera DSLR mahupun kamera kompak. Nak bawa keluar handphone murahan aku untuk tangkap gambar , aku jadi malu-malu arnab.



Pose sambil memakai cermin mata LG Cinema 3D Smart TV. Memang smart. Ditambah lagi dengan kadar kesmartan tuan punya blog. Muahaha.

 LG Cinema 3D Smart Tv

LG Cinema 3D Smart TV





Kami sedang melantak santapan yang disediakan semasa event tersebut. Kat dalam panggung wayang kata kau! First time aku masuk dalam bilik GOLD CLASS ni.

bergambar kenangan bersama bakal bini. EH! Haha. Sumber gambar www.siezuka.com.
antara blogger yang hadir pada malam itu. KAK SHA, BRO FRAMESTONE, FAZROL.COM, MADAM MONDOQ, DHIYAZ, CIK LILY PUTIH dan juga BONI. Dey! Nama sendiri pun nak masuk ke?!
Entah apa lah yang si KID tu excited sangat ye? Dari kiri, aku, Siezuka, Bro Framestone, Madam Mondoq, Kid, dan Kak Sha.


 
Bergambar di luar pula. Kali ni terselit awek berbaju putih kat sebelah aku.Beliau adalah blogger yang bernama Cik Wawa. Cantik orangnya. Sumber gambar www.ciklilyputih.com.



 Masih lagi mod bergambar. Cik Lily Putih ni sangat-sangat sempoi orangnya.



EH! Salah gambar. Sesat pulak gambar ni. Ini bukan event pelancaran LG Cinema 3D Smart TV tapi ni masa event pelancaran kedai Kawasaki Motorcross. Saja nak buat korang jeles. Hahaha. Lepas ni aku akan cerita pula pasal event Kawasaki ni pula. Dah pernah aku buat sebelum ni. Tapi aku masih belum tepati janji untuk buat sambungannya kan? Jadi, tunggu! Sumber gambar www.broframestone.com.



P/S :- berkenaan entri semalam. Iaitu entri 
Aku mendapat bermacam-macam feedback. Jadi, kesempatan ni aku ingin perbetulkan sedikit salah faham yang berlaku di situ. Sebenarnya kami bergurau je sesama blogger. Entri yang dorang terbitkan juga adalah entri melawak dan menyakat aku. Jadi bukanlah ada unsur-unsur negatif seperti mengutuk sesama blogger. Ulang suara. Kami hanya bergurau sesama kami. Haha. Untuk merapatkan silaturahim sesama blogger. Jadi, harap salah faham tu akan terungkai. Dan lagi satu. Aku bukan blogger femes. Sebab aku hanyalah seorang blogger picisan yang tak ada peminat. Yang ramai tu semuanya adalah kawan-kawan blogger. Hahaha. Dan bila aku selidik komen-komen kat  entri sana, aku rasa malu yang amat-amat. Blushing-blushing pipi aku ni. Terpaksa aku sorok kemerahan pipi aku dengan legging pink jiran aku.


{ 33 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 03 June, 2012
untunglah dikelilingi blogger cntik.. hahaha.. ya, pasal entri mnyakat tu, mula2 slah faham.. lepas baca entri tu, baru tau..
anamizu anamizu 03 June, 2012
perhhhh 72inchi???gile style habaq hang!! guwa mahu rembat sebijik gak la kalo cmtu! bleh wat mini cenima kat umah!!!


eksaited gile smpai tah bp byk tande "!" guwa gune! hahaha






luv,
cik ana
Hidayah Hidayah 03 June, 2012
Haha..boni...???
Tak kenal pun..
Entah sapa entah..
Blogger tak pemes ek..?
;)
nasir hamzah nasir hamzah 03 June, 2012
huh boni, malatop lah hang!! hah! kan dah kuar loghat utagha.. tak tau nak komen apa tp teruja baca entry ni.. g.luck boni..
Unknown Unknown 03 June, 2012
hamboi...best nampak..haha,siap gold class lgi..
حاني رملي حاني رملي 03 June, 2012
bestnya la kan..sy yg baca ni pulak teruja lebih dgn tibi pekebenda tu =='
Admin Admin 03 June, 2012
jom angkat satu LG itu ! ;D
fazrol fazrol 03 June, 2012
aku pun tak tulis lagi.. dahsyat la boni..
NAL NAL 03 June, 2012
best la dpt join event mcm ni..
Aien Not Alien Aien Not Alien 03 June, 2012
LG 3D pula...huhuhu $$$$$$ lerrr...



bagus la boni ni aktif sana sini :D
Dkna Abza Dkna Abza 03 June, 2012
senyum memanjang je kan dapat dikelilingi awekkkss ;p
Nurrul Hazieqah Nurrul Hazieqah 03 June, 2012
Mahal tak ekk law nak beli tv nie , Nurrul terasa nak juga tengok dan rasa pengalaman mc cik Boni alami...

* amboi... awekss cune sebelah... perlu ke saya jeles ? werrkkk ! :P
Nadnod Azizan Nadnod Azizan 03 June, 2012
muka bahagia masing ;D bestnya dpat pergi event nuffnang :)
~Cik Sweety~ ~Cik Sweety~ 03 June, 2012
dh ada 1 kt umah..huhu
Ayu Ayu 03 June, 2012
wahhh..bestnye leh g event Nuffnang...tak lama lagi Boni jadi pamessss, yay!jgn lupa akak ngan Yayan taw!Hikss...
Arina Shamsul Arina Shamsul 03 June, 2012
ecece..gambar 1st tu yang control kekacakan tu ye..ke time ni tengah terkemut terkentut-kentut tu..hahahaha.


best la dia..huh! nak jeles keee, tak nak eh..

jeles la..haha.
m!3yr4h_LolLy m!3yr4h_LolLy 03 June, 2012
gambar first n last to tak berapa boleh blah sangat. untunglah dapat pakai spek 3D to. :)
MAY MAY 03 June, 2012
ari tu sizuka ajk jgk.tp x blh join.hukhukhuk.

lme x terjah.a little bit bz.hihi,spiking kawww.kuikuikui.

eh.btul ke kne kjar dgn babi hutan?
Unknown Unknown 03 June, 2012
owhhh ni laa BONI...nmpk ms party LG aritu..tp segan nk tegur laaa...

*maluuuuu
The Fakhirin The Fakhirin 03 June, 2012
best giler ko bro..di apit pompuan comel..hahahaha...
Unknown Unknown 03 June, 2012
bakal bini yer... Nurul fikir 10000 hari dulu.. Hahahaha
~Sal Ismail~ ~Sal Ismail~ 03 June, 2012
happening gitu..syok habes~ ^^

p/s: mekasih utk doa itu..amiin~ =)
AnonymousAnonymous 03 June, 2012
Ok! gua jeles!! fine!! huu~ T.T
ctk ctk 04 June, 2012
ensem pulak tgk boni ni...hahaha
ceklala ceklala 04 June, 2012
untunglaaaa dapat join aktiviti mcm ni sume kan
ch000tz ch000tz 04 June, 2012
hamboyyyyyy rameynyerrrr
Myra Jay Myra Jay 04 June, 2012
Wahhh!! semua gambar dikelilingi awek2 cun..
Oooo Cik Sizuka tu bakal bini Boni ye? AE tak jeles ke, ha takpun Bro Framestone..heheee


p/s: Legging kaler pink?? Boni punya ke??? Mesti kiut..hahaaa
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 04 June, 2012
gua merasa cemburu dan irihati sekali melihat pos cenggini....
Unknown Unknown 07 June, 2012
wahhh kak sha lom buat lg entry event LG tu. nantikan photo2 boni ye dlm ebtry di blog kak sha?

semalam kak sha baru buat entry contest LG tu je.

anyway kak sha suka la gambar boni ngan cik sizueka tu. ihiks
Geng Borak Geng Borak 08 June, 2012
abang kacak.. diri ini tak bermakna jika tidak hangkut 72 inci tu ke rumah.. wahahahahahahaaa