Aku anggap ni satu rezeki dan satu penghargaan buat aku. Dan aku sendiri pun tak menyangka yang tabiat aku selalu menyamar jadi Raden Amzar sebenarnya diperhatikan oleh orang kuat novel Dia Isteri Luar Biasa dan kemuncak dia, aku diperhatikan sendiri oleh penulis novel Dia Isteri Luar Biasa, Kak Umie Nadzimah. Aku rasa nak pengsan dua jam dah mula-mula. Aku rasa macam nak Deactivate akaun sosial aku je.
Adeh. Segan dan malu tu sebenarnya ada, tapi aku tetap berlakon Cool dan sentiasa kacak. Gila ko. Udahlah aku banyak merapu dalam masa menyamar jadi Raden Amzar. Betullah orang cakap, tindak-tanduk kita dalam dunia ni sentiasa diperhatikan. Sekarang dah terbukti.
Terima kasih buat rakan Qaseh Sue yang rupa-rupanya merupakan salah seorang orang kuat penulis novel Dia Isteri Luar Biasa. Dia lah yang bertanggungjawab dalam hal ni. Dialah yang menyebabkan penulis novel tu perati je perangai aku. Hahaha.
Penyudahnya, aku dapat satu hadiah penghargaan kerana terus menghidupkan watak Raden Amzar. Bila aku dapat tu, perasaan dia seolah-olah aku naik ke pentas untuk ambik segulung sijil pra diploma masa konvokesyen. Berdebar-debar sangat. Jom tengok apa hadiah yang aku dapat.
 |
Novel Dia Isteri Luar Biasa. |
 |
Yang ni aku tak tau apa dia. Macam Cover kaset pun ada. Tak kisah, yang penting ada gambar Raden Amzar yang sebenar dan Dewi Yusra. Heh heh. |
 |
Ni yang paling mahal ni. Ada Sign daripada penulis novel ni sendiri. Ni yang buat novel ni istimewa daripada yang lain. Heh heh. Terima kasih Kak Umie dan Qaseh Sue!! |
 |
Jaga-jaga. Agenda Freemason terlihat di situ. |
Jutaan terima kasih kepada Kak Umie, Qaseh Sue dan jugak Team Kak Umie sebab sudi menghadiahkan saya novel ni. Raden Amzar sememangnya Happy dan menghargai pemberian yang sangat-sangat besar ni. Semoga Kak Umie akan terus menulis novel-novel yang Best dan berjiwa macam ni. Terima kasih sekali lagi.

Tapi kalau sekali tengok muka aku, memang mirip betul dengan Raden Amzar kan? Budiman pulak tu. Hahahaha.