BENGKEL MISTERI - GAMBAR SEKADAR PERHIASAN |
Patutlah lain macam aku rasa sebelum ni. Time cornering aku rasa ketat. Time cornering aku rasa macam nak tersungkur. Apa lagi time aku layan corner dalam kelajuan 240km/j. Rupa-rupanya tayar aku bocor. Pagi-pagi aku terpaksa ke bengkel untuk tampal tayar motor. Sesampainya di bengkel, aku disapa oleh seorang mekanik.
" Wahai encik saudara. Boleh kiranya saya membantu encik saudara? Apa sebenarnya masalah encik saudara?"
Pergh. Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa melambangkan budaya. Aku tertarik dengan mekanik ni. Berbahasa orangnya. Aku pun dengan penuh kesopanan dan kesusilaan membalas semula teguran itu.
" Encik mekanik, tolong tampal tayar belakang motor saya.",ujar aku sambil jalan menunduk di hadapan mekanik tersebut.
" Baik encik saudara. Encik saudara sila lah duduk di sofa tersebut sementara tunggu saya siapkan motor encik saudara.",pinta mekanik tersebut sambil menunjuk ke arah sofa yang berada di dalam bengkel.
Sedang aku melangkah, secara tiba-tiba terbentang karpet merah. Menambah lagi keasyikan langkahan aku, muncul pula dua orang gadis persis model. Entah dari mana munculnya. Aku diiring sehinggalah ke sofa yang berada di dalam perut bengkel tersebut. Pergh. First class service. Aku pun terus melabuhkan punggung aku di atas sofa tersebut. Lembut dan beralun-alun. Selesa. Aku tekan-tekan sofa tersebut. Pergh! Sofa air. Dalam keghairahan aku meneliti ke setiap ruang bengkel tersebut, secara tiba-tiba aku dihidangkan dengan air jus oren dan nasi goreng basah. Terbaekk. Sambil-sambil aku melayan kenikmatan duniawi tu, aku sempat menjeling-jeling ke arah mekanik yang menyapa aku sebentar tadi. Kelihatan beliau baru memulakan eksperimennya ke atas motor aku.
Kedegang! Kedegang! Kedegang! Kedegang!
Humanggaiihh! Budi bahasa punyalah sopan, tapi punyalah kasar dan ganas perilakunya. Mulut aku melopong. Lagi menambah hairan aku tatkala melihat mekanik tersebut mengetuk-ngetuk ekzos motor aku dengan penuh keazaman. Terlihat dari riak wajahnya. Nampak jahat dan cukup bernafsu sekali. Sambil sesekali beliau mengurut-ngurut dagunya dan tersenyum sinis. Apalah kena mengena ekzos dengan tayar motor? Perasaan cuak tiba-tiba menguasai diri aku. Adakah mekanik itu psychotic? Persoalan demi persoalan bermain-main di minda aku. Dek tidak dapat menahan perasaan cuak tersebut, aku terus menutup mata. Sehinggalah..
" Encik saudara, tayar belakang encik saudara tak bocor pun.",ujar mekanik psycho tersebut.
Huh! Terperanjat aku. Aku cuba mententeramkan emosi aku. Dengan berbekalkan sedikit kecekalan, aku cuba menguasai keadaan dengan sedikit tengkingan.
" Kenapa pulak tak bocor?!! Saya yang bawak motor tu! Saya taulah bocor ke tak? Apa ni?!! Macam mana kamu jadi mekanik ni?!!",jerkah aku dengan niat agar di jiwa mekanik tersebut terselit perasaan sayang takut kepada aku. Namun mekanik tersebut seolah-olah tiada perasaan. Aku pula yang semakin gugup apabila memandang wajah selamba bodoh mekanik tersebut yang merenung tajam mata aku. Dah macam zombi dah aku tengok. Lagi-lagi apabila beliau memegang spanar saiz 59.
" Encik saudara, memang tak bocor tayar belakang tu. Tapi yang bocor tayar spare encik saudara."
Aik. Aku bingung seketika. Sejak bila motor aku ada tayar spare. Namun dek kerana fobia akan mekanik tersebut, aku tidak memanjangkan soalan itu kepada beliau.
" Ok. Sekarang dah ok dah motor saya tu?",soal aku pendek.
Sejurus persoalan itu dikeluarkan, aku terperasan ada seorang lagi mekanik yang berlari pecut secara tiba-tiba dan menuju ke arah radio di dalam bengkel tersebut. Aku memerhati tingkah laku beliau. Aku melihat beliau menekan butang play. Suasana bertukar menjadi ceria dengan berkumandangnya lagu 'Fikirkan boleh'.
( Sila klik play pada video di bawah sebelum meneruskan sesi pembacaan untuk menambahkan lagi feel. )
Dan sejurus lagu tersebut berkumandang, kesemua mekanik-mekanik di dalam bengkel tersebut berkumpul setempat dan mula menari poco-poco kecuali mekanik psycho yang berada di hadapan aku. Beliau hanya berdiri tegak,memetik-metik jari dan mengangguk-ngangguk kepala mengikut irama lagu.
( Sila klik play pada video di bawah sebelum meneruskan sesi pembacaan untuk menambahkan lagi feel. )
" Di sini, dengan teknologi yang kami ada ni, tiada apa yang TAK BOLEH kami perbaiki! Kami BOLEH melakukan apa sahaja! Kami BOLEH memperbaiki segala kerosakan! Motor encik saudara dahpun ok!",ujar mekanik psycho tersebut.
Aku terlopong secara membabi-buta. Tidak mempercayai apa yang berlaku di hadapan mata aku. Aku semakin cuak. Selepas menyelesaikan bil, aku terus melompat ke atas motor. Terkial-kial aku menendang starter motor. Namun tidak juga hidup.
" Apa ni?!! Kenapa motor aku tak boleh hidup?!! Apa yang dah korang buat dengan motor aku sebenarnya?!! Mengeji kamu! Mengeji kamu!!",teriak aku.
" Encik saudara! Motor encik saudara sebelah sana! Tu bukan motor encik saudara.",ujar mekanik psycho sambil menuding ke arah motor aku. Kelihatan beliau masih lagi berdiri tegak,memetik-metik jadi dan mengangguk-nganggukkan kepala mengikut irama lagu. Begitu juga dengan mekanik-mekanik yang lain. Mereka masih lagi berpoco-poco.
Selepas melompat ke atas motor aku, dengan membabi buta aku memecut meninggalkan bengkel misteri tersebut. Sesampainya di rumah, aku terus dilanda demam. Aku taip entri ni pun dalam keadaan berselubung dengan selimut ni. Demam teruk aku. Misteri sungguh bengkel tu.
BONUS FOR TODAY
Semalam aku telah mencipta rekod baru dalam sejarah aku berfesbuk. Dengan bantuan dua orang lagi kawan aku, MUHAMMAD ZUHAIDI HASHIM a.k.a ADI dan juga RAZALI BASRI a.k.a JALI a.k.a RB, kami telah membuat rekod komen sebanyak 443 komen. Pergh. Terbanyak dalam rekod komen mengomen dalam sejarah fesbuk kami bertiga. Bermakna anggaran setiap seorang dari kitorang komen lebih kurang 110 komen. Pergh. Boleh pulak aku layan komen sampai macam tu sekali. Berpintal-pintal urat jari aku. Jom layan komen-komen tersebut. Macam biasa, jangan dipertikaikan arrow dan bulatan aku. Itulah yang sehabis baik aku dapat lukis dengan tangan maskulin aku ni.
Hmmm .. Cam mimpi je crita ni ... Yeke .. Leh caya keee ... -.-'
Perrghhh .. Komen sampai 400++ tuh .. Leh kematu tangan dibuatnye .. Ngeee ..