Jom kita tengok apa yang disediakan oleh Restoran Dulu & Kini @KLMUC ni.
Beraneka jenis kuih |
Ubi rebus tradisional. Katanya ni antara Killer Weapon kat restoran ni. |
Pengat durian. |
Sambal Udang Petai |
Sotong Masak Kicap |
Tafu Lembut Kukus |
Kari Ayam Ubi Kentang |
Sayur Campur |
Ikan Patin Masak Tempoyak |
Daging Dendeng |
Ayam Masak Lemak Rebung |
Aneka Ulaman termasuk sambal belacan, tempoyak, cencalok, budu dan sambal gesek. |
Aneka telur, aneka ikan masin, tempe, tauhu |
Lidah |
Semestinya kambing panggang ni yang menjadi sumber inspirasi pada semua yang sedang berpuasa. Hahaha. Daging panggang kat sini sangat Juicy. Cuma ada part yang liat sikit.
Beraneka pencuci mulut dan kek yang boleh didapati kat sana. |
Untuk makluman, lauk-lauk yang dihidangkan itu akan DiRotate setiap hari. Jadi, lauknya tidak akan sama untuk setiap hari.
Jom kita usyar pulak senarai penuh makanan yang disediakan kat Restoran Dulu & Kini KLMUC ni.
Aneka Lauk Tradisi
- Ayam masak lemak rebung
- Ikan patin masak tempoyak
- Asam pedas tulang rawan kacang hijau
- Daging dendeng
- Asam rebus nanas dengan ikan masin
Aneka Lauk Kini
- Tafu lembut kukus
- Sambal udang petai
- Sotong masak kicap
- Sayur campur
- Kari ayam ubi kentang
Sup
- Sup campuran (Daun Sup & Bawang Goreng)
Aneka Lauk Sampingan
- Aneka ikan masin
- Aneka telur
- Tempe
- Tauhu
- Kerabu
Ulaman Kampung
- Aneka ulaman
- Sambal belacan
- Tempoyak
- Cencaluk
- Budu
- Sambal gesek
Kaunter 1
- Kambing panggang
- Lidah panggang
- Ayam panggang
- Air asam
- Black Pepper Mushroom Sauce
- Percik Sauce
- Mint Sauce
Kaunter 2
- Roti jala / Pengat durian
- Rebusan tradisional (Ubi/Pisang)
- Kelapa gula / Sambal
- Bubur kacang hijau
- Pulut Hitam
- Pengat pisang
Kaunter 3
- Aneka kuih melayu
- Aneka buah tempatan
- Air
Harga untuk Buffet Ramadhan Restoran Dulu & Kini @KLMUC :-
DEWASA - RM48.00 / pax
KANAK-KANAK - RM 24.00 / pax (bawah 12 tahun)
Apa yang menarik tentang Restoran Dulu & Kini @KLMUC ni adalah suasananya yang terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Dan tentunya keistimewaannya adalah kerana ia dikendalikan oleh para pelajar nya sendiri yang akan mengendalikan operasi 3 kali dalam seminggu. Dan pada aku pulak, tentunya ia amat istimewa kerana kat situ ramai awek-awek KLMUC. Jenuh cuci mata. Hahaha.
Restoran ini juga mengalu-alukan persembahan daripada para pelajar, tarian moden kepada tarian tradisional selain persembahan muzik akustik. Katanya, pentas ini terbuka kepada artis di KL yang ingin menonjolkan bakat mereka. Ini satu perkara yang menarik. Tak nak cuba ke?
Untuk makluman juga, restoran Dulu & Kini @KLMUC ni beroperasi setiap hari bukan hanya menyediakan Buffet Ramadhan di bulan Ramadhan saja. Di bulan Ramadhan, restoran Dulu dan Kini dibuka dari jam 6 petang hingga 9.30 malam. Dan di hari biasa pula ianya dibuka dari pukul 8 pagi ke 9 malam.
Jika berminat untuk merasai sendiri masakan dan keenakan di restoran ni, korang boleh ke :-
Kuala Lumpur Metropolitan University College
Blog A, Wisma Sachdev
Jalan Raja Laut,
Chow Kit,
50350 Kuala Lumpur
Jika ingin membuat tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi :-
016 680 6994 / 016 250 2073 / 012 423 8120
Kredit - Ida Baharum |
Pastikan tempah awal-awal sebab biasanya restoran-restoran Buffet Ramadhan ni akan penuh bila dah masuk minggu kedua Ramadhan.