SEPETANG BERSAMA BLOGGER DAN YEOS 2015

Hari ni lebih kurang 150 orang blogger menghadirkan diri ke sepetang bersama Blogger dan Yeos 2015. Aku turut tak terkecuali untuk turut serta bersama program yang dengarnya kali terakhir dianjurkan oleh Denaihati Network ni.

Selepas sesi pendaftaran, kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku terselit di kumpulan 3 bersama dengan Miekael, Lobam, Mama Darwish, Alin Marlini, Darul, Iza dan juga Roni. Dan kami memilih nama kumpulan Telo... Grand bangat. Kenapa telo? Sebab ketua kumpulan kitorang daripada Indonesia, maka kitorang sepakat menggunakan 'Telo' yang diambil sempena bahasa jawa bermaksud tiga.




Aktiviti pertama tentunya sesi meregangkan otot. Walaupun aku bersifat elastik dan menganjal, tapi aku tetap turut serta dalam sesi memanaskan badan ni. Takutlah nanti menyusahkan ahli kumpulan yang lain kalau kaki aku krem. Tak pasal-pasal dorang kena papah aku.. Suapkan aku makan suapkn ku minum. 

Selesainya sesi memanaskan badan dan Tresure Hunt bermula. 

Ada 6 Checkpoint yang kitorang kena tempuhi dalam Treasure Hunt ni. Setiap Checkpoint ada Task yang perlu kitorang selesaikan. 

Check Point Pertama. 

- Susun Puzzle
- Panjat Dinding untuk dapatkan kepingan terakhir Puzzle
- Selfie berkumpulan
- Insta Video dubsmash


Untuk cabaran kali ni, Miekael Maliki memainkan peranan yang sangat penting untuk kumpulan kami. Kami kagum dengan kecekalan, kesadoan dan juga kekentalan tangannya yang memanjat dinding ni.

Check Point kedua.
- Cari dan susun kotak di bawah kerusi dalam keadaan mata ditutup
- masukkan jarum dalam air dan timbulkan jarum tu.


Juga hasil tangan Miekael Maliki. Yang brjaya menumbulkan jarum tu di atas air. Kami yang lain memberi kata-kata semangat dan kata-kata godaan.

Check Point ketiga.
- Letak tin air dalam keadaan condong tapi tak jatuh dalam masa 5 saat.
- Selfie dengan banner


Juga hasil tangan Miekail. Hahaha. 

Check Point keempat
- Jawab soalan gila susah.
- Selfie berlatarbelakangkan pemandangan Putrajaya



Check Point kelima
- Selfie dengan pelbagai Pose tapi arahan untuk Pose hanya diberi melalui bahasa isyarat sahaja.
- Selfie bersama tiga orang AJK


Check Point keenam
- tulis satu entri di blog pilihan
- dapatkan halaman pertama di Google.

Menarik cabaran-cabaran ni. Dan nasib baiklah aku buat senaman panaskan badan tadi. Kalau tak, aku rasa dah pitam secara comel dah aku ni. 

Untuk tahun 2015 ni, Yeos sekali lagi menjadi salah satu penaja utama untuk program ni. Sudah dua tahun berturut-turut nampaknya. Dan aktiviti yang dianjurkan untuk kali ni lebih menarik lagi daripada  sebelum ni. Bukan je dapat merapatkan lagi silaturahim antara blogger-blogger, malahan dapat menjadikan badan yang lesu menjadi sihat dengan aktiviti Outdoor sebegini. Terima kasih kepada Yeos dan juga para penaja yang lain. Aktiviti sepetang bersama blogger dan yeos 2015 ni memang awesome dan mabeles. Bertambah menariknya bila di mana-mana je ada air Yeos ni. Mata aku tak lekang dari air Yeos ni. Sampai kitorang terlupa untuk dahaga. Ada je air Yeos ni kat mana-mana. Silap-silap kitorang tidur malam ni mimpi air Yeos.

Apa yang kami dapat hari ni sangat berharga. Antaranya bertemu dengan blogger-blogger lain yang selama ni hanya bersua muka di dalam alam maya saja. Malahan kami kumpulan 3 juga berasa sangat bangga kerana ketua kumpulan kami adalah salah seorang blogger Indonesia. Bukan hanya dapat merapatkan ukhwah blogger di dalam negara sahaja, malahan merapatkan lagi dua negara yang berjiran ini. Mungkin lepas ni, Darul boleh bawa kami pusing-pusing di Jakarta. Kenalkan dengan cewek-cewek di sana. Hahahaha.

Semoga aktiviti yang melibatkan para blogger ini takkan habis dan terhenti sampai sini saja. Semoga ia diteruskan kerana ukhwah sesama kita perlu dirapatkan kerana satu sebab.. Kita berada di bawah satu payung dan satu nama iaitu 'blogger'. Takkan blogger hilang di Google.









{ 9 comments.. read them below or add one }

yoorinmelacolea yoorinmelacolea 13 June, 2015
huh..best nyeee.. enjoy korang
Qiya Saad Qiya Saad 14 June, 2015
Selamat bkenalan abg boni...:)
Sani Sani 14 June, 2015
Salam perkenalan bro Boni Kacak...
Mama Darwiish Mama Darwiish 14 June, 2015
Boni memang kacak ngeh2 lagi elastik
Iza Iza 15 June, 2015
Cayalah...telu Grand Bangat the best! Boni kacak memang sempoi...hihi..
hazman fadzil hazman fadzil 16 June, 2015
Miekel tu memang gigih betul orangnya.... tapi dalam banyak gambar aku suka tengok gelagat ko dengan tin yeos 45darjah tu....tu tak masuk lagi dengan ko punya lagu sorak kan....tapi serius memang semput semua orang dibuatnya kan... bila nak turun bukit tu rasa lega yang amat...hahahaha
Ayue Rejaluddin Ayue Rejaluddin 16 June, 2015
Boni mane gambar kitorang yang comel2 ni??
Hahaahahaha... Muntah!
Winda Krisnadefa Winda Krisnadefa 18 June, 2015
Wahahahaha, ini posting paling detail seputar Treasure Hunt di SBB 2015 kemarin.
Hidup kelompok Telo!
Salam dari Indonesia.