Bila fikir balik ada logiknya. Mana mungkin kemesraan tu akan tercuit kalau suami balik je ke rumah dihidangkan pulak dengan bau tungkik stokin tak basuh, bau ikan kering, bau ketiak basah isteri yang melekat kat sofa, bau telur yang tertumpah kat lantai, mahupun bau Pavlola yang dah berkulat kan? Silap haribulan suami terus keluar dari rumah dan balik ke rumah mak dia. Kalau bernasib buruk, seminggu suami tak balik cari sesuatu yang Fresh dan lebih wangi dari apa yang dihidangkan kat rumah sendiri. Tak takut ke?
Jadi, antara perkara yang terbaik boleh dilakukan untuk menghangatkan lagi hubungan cinta suami isteri tu.. penuhi rumah dengan aroma-aroma indah yang wangi. Bagaimana caranya? Adakah perlu untuk mencuri daun pandan jiran senyap-senyap dan taburkan sepenuh rumah? Atau adakah perlu untuk calit minyak wangi sentiasa di hidung masing-masing setiap jam? Tak perlu bersusah payah macam tu sebenarnya. Ada satu jalan yang sangat mudah tapi sangat membantu untuk mewangikan satu rumah sebenarnya.
SUMBER |
Pernah dengar Ambi Pur? Pastinya ramai pernah dengar dan mengakui sendiri betapa berkesannya ia untuk menjadikan rumah sentiasa wangi dan menyenangkan lantas menjadikan hubungan suami dan isteri lebih mesra . Baru-baru ni Ambi Pur tampil dengan koleksi TherapyMood Ambi Pur. Ia adalah koleksi yang sangat-sangat membantu untuk menaikkan Mood bercinta pada hubungan suami dan isteri.
Koleksi Love's Bouquet. Ia mampu mengingatkan
korang kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan
Koleksi Relax & Unwind. Koleksi ni mampu mengundang korang seolah-olah berada dalam taman di mana korang boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba
koleksi Splash of Revival. Koleksi ni mampu membawa korang seolah-olah memasuki
hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil
menikmati tiupan angin
Ketiga-tiga koleksi ni mempunyai kekuatan yang tersendiri. Terpulang pada korang nak mencuba yang mana satu. Ikut pada keselesaan dan ketenangan korang dan pasangan.
Ini pulak koleksi yang sedang aku gunakan. Koleksi Love's Bouquet.
Memang aku sendiri akui.. aroma rumah aku yang sekarang ni sangat menenangkan aku. Aku rasa sangat asyik. Perasaan ni bagi aku memang dapat membantu untuk menaikkan lagi seri dan Mood bercinta. Yelah. Takkan masa bercinta je dihidangkan dengan aroma-aroma wangi je kan? Bila dah kahwin bau spender tak basuh melekat sana sini. Kan tak membantu tu. Mana nak mari Mood kemesraan tu. Silap-silap yang selalu datang Mood naik angin je. Tu yang jadi kes suami tinju isteri bertalu-talu agaknya.
Owh ye. Aku jugak ada gunakan untuk Febreze tu untuk helmet aku. Mana taknya. Helmet kalau dah terlalu lama, memang ada keluarkan bau yang tungkik. Sakit hati bila bau kepala sendiri lepas sarung helmet tu.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Ambi Pur :-
Mesra mesra jugak. Jangan dilupa bulan puasa ni. Kang sebab terlampau mesra, terproses anak pulak di siang hari. Naya je. Beringat sikit ye suami isteri semua.
Terima kasih Boni inform pewangi Ambi Pur ni. Akak mang dok cari pewangi ni.
Nak letak dalam kereta akak. Pehtu nak spray kat diri sendiri gak.
Sebab orang kata, Pewangi Ambi Pur ni lebih wangi dari perfume.
Boleh gitu? Hiks...